Tadi saya dan kawan-kawan berbuka puasa kat Seoul Garden, Bangsar. 7 orang kesemuanya. Antara 7 orang ni, salah seorang kawan kami ni memang agak merimaskan. Tak faham kenapa, dari 10 kata-kata yang keluar dari mulut dia, pasti 5 menyakitkan hati.
Ya-Allah, tak baik rasa begitu,kan..tapi memang itu yang saya rasa.
Sampaikan 1 tahap saya rasa nak cakap "Dari awak cakap dan menyakitkan hati orang, apakata awak diam?" Tapi kesian pula kalau dia spoil mood kerana saya. Tapi serious tak faham kenapa dia boleh bercakap dari mula sampai hingga balik dan segala kata kata dia menyakitkan hati.
Bila dia bangun untuk pergi solat maghrib, saya pandang Kak Farah dan cakap "Minta maaf, tapi boleh tak nak mengumpat?" Minta izin untuk mengumpat?
Kak Farah pun cam dah faham apa yang saya na bagitau terus je reply "Cakap! Akak pun tak puas hati juga"
Dengan jahatnya saya pun sambung "Daripada cakap dan menyakitkan hati orang, baik diam,kan.."
Dan Kak Farah angguk manja.
"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah - mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai" (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)
“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)
5 comments:
ni da kira ngumpat dlm blog neh...xbaik tau...ha3
SSfatihah : Tapi xsebut nama..tp awk-awk xkenal siapa dia! ker awk kenal?
kenal sgt...ha3...
hahaaa betul tu awk..sy pom geram je nak ckap..'eh ko boley diam x skejap!'..tp ku mseh punya hati n perasaan..!
tu la mslhnya, kalo kita sound kang sentap..tp b4 org sound knpe la tak nk pk..
Post a Comment