Monday, August 8, 2011

Rahsia Jari


Yeeehaaa..


Hasil rompak dari sumber yang tidak akan diberitahu saya jumpa sesuatu yang menarik!

1. Jari kecil, halus dan hujungnya meruncingWanita memiliki jari sebegini biasanya berperasaan halus dan idealis. Mereka menyukai barang-barang seni dan pemandangan yang indah. 
2. Jari runcing dan panjangSifat wanita yang memiliki jari ini hampir sama dengan sifat perempuan di atas. Namun mereka lebih banyak bermain dengan perasaan sehingga sesuai untuk memilih kerjaya sebahai juruhias 
3. Jari pendekWanita ini sangat aktif dan berfikir perkara yang besar-besar. Mereka malas menguruskan perkara yang remeh-temeh. 
4. Jari besar dan gemukWanita ini bersifat terlalu berhati-hati sehingga kesannya malas bertindak. 
5. Jari tengah dan jari manis sama panjangWanita yang memiliki jari sebegini ditambah dengan kulitnya yang halus maka dia pandai bermain cinta. Fantasi asmaranya sangat tinggi sehingga sering menciptakan model-model permainan baru. Namun bagi yang berkulit kasar bermakna wanita sebegini suka berprasangka. 
6. Jari tengah dan telunjuk sama panjangPerempuan yang memiliki jari seperti ini bakal mencapai cita-citanya. Mereka pantang menyerah dan rajin berusaha 
7. Jari tengah paling tinggi dan menonjolBiasanya wanita ini kurang sabar sehingga mudah bertindak tanpa berfikir panjang. Namun, dia sering menyesali tindakan yang telah dilakukannya 
8. Tiga jari sama tinggiBerbeza dengan wanita yang jari tengahnya paling menonjol, pemilik tiga jari yang sama panjangnya ini berhati-hati dalam bertindak. Banyak persoalan yang wajar diselesaikan dengan segera tertunda kerana sikapnya yang suka berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu 
9. Ibu jari yang besar dan kuatIbu jari yang besar dan terkesan kuat dapat menggambarkan sifat perempuan yang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang keras untuk maju. Selain itu mereka juga memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi. 
10. Ibu jari kurus dan lembikWanita sebegini mempunyai sikap bergantung kepada orang lain dan sering bersikap ragu dalam membuat keputusan. Ketika bertindak, mereka selalu memerlukan kehadiran orang lain. 
11. Hujung ibu jari runcingWanita ini selalunya berjiwa halus. Kalau menjadi pemimpin, dia seorang yang bijaksana. 

12. Hujung ibu jari yang berbentuk persegiHal ini menandakan pemiliknya berasa tidak puas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Sikap buruknya, dia sering iri hati terhadap orang lain.
Masalahnya, kenapa segala tentang saya tak best? Kenapa? Kenapa? Kenapa  jari saya ;


- Jari besar dan gemuk
Jari tengah paling tinggi dan menonjol
Ibu jari kurus dan lembik


Apakah???!!!


Eleh, tapi semua ni tak boleh percaya. Khurafat semua ni, dari mula lagi saya tak percaya. Saja je menggatal nak cuba!


Dari Aisyah r.a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:”Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”

No comments: