Saya mendapat tahu daripada suara blogger yang mendakwa satu Sidang Media bersama Exco Kontroversi Selangor, Dr. Hasan Ali akan berlangsung pada esok jam 10 pagi. Sidang Media ini juga dijangka panas di mana Hasan Ali dikatakan bakal membuat 1 kenyataan yang bakal mencabar hubungan PAS, DAP dan PKR di Selangor. Hasan Ali yang acap kali bertindak di luar kawalan dan perbincangan Kerajaan Negeri mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja yang mengadakan dakwah kristian secara halus melalui pengedaran risalah kepada orang Melayu. Tindakan Hasan Ali turut diherdik musuh politik dalaman, Khalid Samad yang turut meminta maaf kepada pihak Gereja atas tindakan yang di luar pengetahuan pihak pengurusan. Allahu Akbar, saya bukan penyokong mana mana parti politik, malah tak ambil tahu pun pasal politik. Tapi saya ni penyokong Ustaz Kazim Elias. Kata Ustaz Kazim Elias, dia hanya mahu menegakkan islam. Makanya saya ni penyokong islam. Tapi, saya kurang bersetuju tindakan Khalid Samad yang menyelar tindakan Hassan Ali ni, saya percaya 101% Hassan Ali menyokong JAIS bukan kerana kepentingan politik, dia menyokong JAIS atas nama islam.
Come On la pakcik pakcik sekalian..bila ianya melibatkan agama tolonglah..tolongah..TOLONNGLAH BERSATU! Terpulang pada Khalid Samad untuk minta maaf pada pihak gereja, mungkin ada benar dimana mana mengapa dia pilih untuk meminta maaf, tapi agak kurang syiiiook bila mereka tak paham maksud tindakan Hassan Ali tu. Wallahualam, mingkin ada perkara yang saya terlepas pandang.
Come On la pakcik pakcik sekalian..bila ianya melibatkan agama tolonglah..tolongah..TOLONNGLAH BERSATU! Terpulang pada Khalid Samad untuk minta maaf pada pihak gereja, mungkin ada benar dimana mana mengapa dia pilih untuk meminta maaf, tapi agak kurang syiiiook bila mereka tak paham maksud tindakan Hassan Ali tu. Wallahualam, mingkin ada perkara yang saya terlepas pandang.
Bila kita mampu bersatu hanya kerana BERSIH yang menuntut pilihanraya yang bersih, kenapa kita nak berpecah belah hanya kerana Hassan Ali sokong JAIS? Mana lagi penting, politik atau agama kita?
Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.
Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.
2. Yang Membolehkan
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.
Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.
Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.
Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkahwinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.
Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.
Yang Mutlak Diharamkan
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."
P/S : Solat yang sah-sah wajib pun ramai yang tak buat, apalah sangat nak dibandingkan dengan masuk gereja yang hukumnya dibolehkan..
No comments:
Post a Comment