Monday, August 1, 2011

Buah Tin

Tadi saya kat kawan sebelah sembang tentang sahur, saya cerita tentang kurma. Cik Zahidah kata "Saya lagi suka makan buah tin"

Hurm, saya selalu dengar pasal buah tin, tapi tak kenal pun apa buah tin tu. Jadi saya tanya pakcik google dan saya jumpa ini ;- 



Menurut hadis, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, " Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Surga maka aku katakan, inilah buahnya (Tin), sesungguhnya buah surga tiada keraguannya." (Hadis riwayat Abu Darba; Suyuti)

Diantara kelebihan buah tin:

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Nilai nutrisi didalam buah tin kering:

Nutrisi
Protin gm 4.3
Lemak gm 1.3
Mineral gm 2.4
Serat gm 5.6
Karbohidrat gm 63.4
Tenaga kcal 274
Kalsium mg 126
Forforus mg 77
Zat besi mg 3
Vitamin C mg 1



Bagus - bagus..kena cari ni! Kalau nak beli online, apakata pergi sini

No comments: