Apakah tidur sekejap sebelum waktu Zohor? Ia dinamakan qailulah .Waktu untuk Qailulah ini adalah selepas masuk waktu Dhuha hingga sebelum Zohor.
Melalui menyelidikan saya (ayat perasan!) ia adalah amalan Rasulullah s.a.w. Saya meyakini setiap sunnah Nabi s.a.w adalah baik diikuti oleh ummahnya dan tentu ada kebaikan pada amalan tersebut.
Lalu mari kita cuba amalkan tidur sekejap yakni sekitar 10 hingga 15 minit sahaja sebelum waktu Zohor.
Gaya tidur ramai-ramai kat surau ( Ehsan : Pakcik google )
Amalan Qailulah ini bukan sahaja memberi kecergasan kepada jasmani dan minda, bahkan ia sangat efektif dalam menguruskan masa kerana ia tidak memerlukan tidur berjam-jam sebagaimana tidur siang kebanyakan orang hari ini.
Kitab ‘Misykatul Masabih’ menyebut salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi,
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.”
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ pula berkata,
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”
No comments:
Post a Comment