Waktu ngechat dgn kawan sekolah di FB, tiba-tiba saya mencadangkan kita buat biskut makmur sama-sama.
Masalahnya, kami sama-sama tak tau buat biskut makmur ni.. Biskut ni memang biskut wajib hari raya, ingat lagi zaman sekolah dulu, seminggu nak raya mesti mak dah start mengayak tepung.
Adoi la la la...
Saya ni, kalau suruh pergi ke kedai 8kali pun sanggup (pasal kedai bawah rumah je..) dari menghadap biskut biskut raya ni, lagi pun zaman sekolah dulu saya tak suka raya, segala gala tentang raya saya tak suka, biskut raya ke..lagu raya je..berjalan raya ke..salam raya ke..Part paling tak boleh tahan, nak menghindari lagu raya, macam mana, kan..Kalau dengar radio, mak akan pasang bagi satu rumah dengar, pastu keluar lagu raya..tak pun sure cerita bertemakan raya (Mak selalu dengar THR) saya seorang je yang panas telinga.Lantaklah Aby Fana dengan Nasa tu tengah buat lawak ke apa, saya tetap panas. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah!!! (macam jin dengar surah qursi pula gayanya)
Tapi part duit raya, baju raya...hah, itu terkecuali, part tu saya suka! Ketupat raya, part nak anyam ketupat raya paling saya suka, sebab boleh tunjuk skil..dalam family, selain mak, saya kakngah dan abg chik je yang punya skill ni..bila kakngah dah kerja, tinggal la saya dengan abg chik, tapi laki kalau dah besar mana nak layan semua ni kan, tinggal lah saya.Makanya perasaan riak juga bangga tu datang dengan sendirinya, nak-nak pula bila adik adik minta ajar, kan..Oh, alangkah bangganya.. Dah besar besar ni je baru sedar diri, biskut raya tu dah boleh negotiate skit la..tapi biskut yang lama-lama je, yang modern ni still saya pandang hina lagi..

Makanya, saya pun skodenglah resepi biskut makmur ni..
Biskut ni pakai baju raya color kuning. Kuning?! Ops..
Bahan-Bahan:
500gm minyak sapi
3 ½ cawan tepung gandum serbaguna (diayak)
secubit garam halus
segenggam gula aising(supaya kuih tidak mudah hancur)
kacang tanah (digoreng dengan sedikit minyak sehingga rangup dan dikisar)
Gula aising secukupnya untuk saduran
Cara:
Uli tepung gandum beserta minyak sapi, gula aising dan garam.
Adunan yang baik adalah lembut tetapi kurang berminyak.
Sekiranya masih berminyak tambah tepung gandum tetapi pastikan adunan tidak keras sepeti adunan biskut biasa.
Kemudian bentukkan ikut suka serta dimasukkan kacang kisar sebagai intinya.
Bakar selama 15 minit pada suhu 150 - 175 darjah Celcius.
Cadangan Hidangan:
Setelah masak tunggu 2-3 minit sebelum disadurkan dengan gula aising. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment