9 Ogos 2011 Bersamaan dengan 9 Ramadhan 1432. Maknanya dah 9hari kita berpuasa. Pejam-celik, pejam-celik dah 1/3 dah kita kat dalam bulan puasa ni..
Tapi perasan tak? (Ya, saya seorang yang perasan!) Walaupun tido tak sampai 4jam, tak mengantuk pun! Baru perasan?! Kan..kan..kan..saya pun baru perasan pagi tadi! Ini ke perasaan tanpa setan?
Even, bangun pagi seawal 4:30 pagi terus masak..tengok TV, seterika baju (Ya, saya adalah orang yang pemalas dan membazir elektrik itu!) , pastu pergi kerja. Bila balik kerja, even kena berhimpit dalam LRT dan komuter pun,sampai rumah terus hidang-hidang makanan (sebab Zura dan Linda dah masak/beli), tak sempat nak duduk terus mandi dan pergi surau untuk tarawih,.. Balik rumah, kemas-kemas pinggan mangkuk, basuh baju..bla bla bla.. dah pukul 12tengah malam kadang kadang sampai pukul 1pagi, tu belum kira kalau sampai mood layan internet lagi tu.. tapi steady je bangun esoknya. Tak penat apa pun..
Sama ada semua ni sebab saya start amal minum Anlene Creamy Taste sejak 1 ramadhan hari tuh,
atau pun sebab Qailulah (tidur sekejap sebelum waktu zohor) saya pun tak pasti. Yang saya sangat pasti, saya suka keadaan ni..rasa ini .. bukan sangat bertenaga cam minum Perl's Cafe tu tapi tak letih dan bersemangat. Ini ke yang dikatakan keberkatan bulan ramadhan? Indahnya perasaan tanpa setan..
No comments:
Post a Comment