Tuesday, August 9, 2011

Jom Kahwin : Kenapa saya nak kahwin?

Rasulullah bersabda bermaksud:
“Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kenapa kita kahwin? Kenapa saya nak kahwin? Kawan saya pernah tanya soalan ni. Saya jawab "sebab dah kawan lama, nak buat apa lagi? Saya pun takde kawan dengan laki lain..kahwin je lah"

Tapi bila En. Tunang buat hal, kitorg tak contact sampai 3-4 hari, saya sendiri tanya soalan yang sama pada diri sendiri "Untuk apa saya kahwin?" 

En. Tunang pernah kata, saya bukan isteri dia, buat apa dia nak bagi layanan istimewa pada saya. Tapi, bukan ke dalam tempoh bertunang ni kita perlu lebih mengenali. Dulu waktu berkawan, relevant kalau dia bagi saya jawapan tu, tapi bila bagi jawapan tu sekarang, saya rasa macam dia bagi saya alasan. Sudahnya, sampai hari ni,..4hari dah kami tak berhubung (Huh, merajuk lagi..tapi kali ni,saya yang merajuk!)

Kebetulan kejap tadi saya jumpa sesuatu yang bermakna, mungkin boleh kongsi.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  •  Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.


Mungkin kami selalu (baca : selalu sangat) bergaduh sebab khilaf saya, mungkin niat saya tak betul tentang perkahwinan. Ambil mood untuk perbetulkan niat ;

“Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

No comments: