Waktu balik dari tarawih tadi Makcik Esah panggil saya "Hey kamu!"
Amboi, kasar Makcik Esah ni..
Dengan lemah lembut dan penuh sopan saya ke arah makcik makcik yang sedang berkumpul.
"Ahad ni,kamu pergi ke Pusat Komuniti Kawasan Kerinchi" Saya cuba recall kat mana lokasinya, sedang berfikir Makcik Esah sambung lagi
"Ada bantuan hari raya" Bantuan hari raya? Apa kaitan saya dapat bantuan hari raya?
Mak Ndak cuit lengan saya sambil berbisik "Tahun lepas depa bagi RM300" Bling bling blling..saya saya dah tergambar RM!RM!RM!
"Zaharah, kamu pun datang ya" Pesan Makcik Esah pada Mak Tam Zaharah yang sama-sama menjengook ke dapur.
"Sapa buat?" Tanya Mak Tam Zaharah
"Kebajikan masyarakat" Terang Makcik Esah
"Ahad yer.." Saya cuba mengingatkan diri
"A'ah, ahad,tapi bukan kamu lah, kamu bagitau ayah kamu. Jgn nanti kamu pulak datang.." Disambut dengan hilai ketawa makcik makcik yang ada kat situ.
Makcik Esah telah berjaya mainkan perasaan saya!!!
Arghh!! Tipah tertipu bang, tipah tertipu!!!
No comments:
Post a Comment