Wednesday, August 17, 2011

Puasa : Petua Malam Lailatul Qadar


Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah malam lailatul qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu - malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, Insya Allah malam qadar jatuh pada malam ke 21 ramadhan

No comments: