Sunday, August 28, 2011

U Love Me, U Love Me Not..

U Love Me, U Love Me Not..
U Love Me, U Love Me Not..
U Love Me, U Love Me Not..

Masih berkira kira tentang sayang dia pada kita?
Masih bersedih sebab cinta yang kita beri tak dibalas setimpalnya?
Masih berfikir fikir kenapa dia tak berfikir sebagaimana kita fikir?

Apa yang kita harap waktu kita limpahkan kasih sayang pada si dia?
Harap dia balas sebagaimana yang kita beri?
Mohon dia pulangkan sebagaimana yang kita hulurkan?
Impikan dia beraksi seperti hero filem hindustan?

Maka, percayalah..apa yang kita bakal dapat hanyalah kesedihan!
Ulang:
Percayalah..apa yang kita bakal dapat hanyalah kesedihan!

Mari saya kongsi;
Saya dambakan lelaki yang hensem macam Aaron Aziz, 
Yang kaya cam Tengku Mahkota Johor, 
Yang sasa macam Awie, 
Yang romantik macam Jehan Miskin,
Yang pandai main gitar macam Syam Kamikazee, 
Yang..
Yang..
Yang..
banyak sangat 'yang' kalau nak disenaraikan.

Persoalannya, wujud ke lelaki yang macam saya impikan? 
Sempurna ke saya kalau nak dibandingkan dengan lelaki impian ciptaan saya?

En.Tunang minta saya delete semua lelaki dalam facebook, dalam masa yang sama dia galak approved dan add perempuan-perempuan yang kononnya sedara lah, kawan sekolah lah, kawan kampung lah! Apa agaknya saya rasa yer? Apa? Apa? 

Ulang dengan lebih detail : A P A ??
Kenapa tak bincang? Kenapa perlu tanya soalan yang seharusnya dia fikir?

Contoh;
Bila pasangan kita curang, apa yang perlu kita buat? Tanya kenapa dia curang? untuk apa? Untuk bagi dia peluang cipta 1001 alasan? Untuk apa? untuk buat kita rasa bersalah dan menganggap kita adalah punca dia berpaling?


Makanya, saya buat keputusan untuk serahkan rasa ni pada Allah SWT kerana saya telah khabarkan pada hati saya bahawa DIA sebaik baik pendengar ;



Ya ALLAH Ya Tuhanku..

sekiranya benar dia yang ditakdirkan untukku..

Kau rapatkanlah lagi hati kami berdua dalam mencari keredhaanMu..

gandakanlah perasaan takut kami terhadapMu agar kami tidak terpesong dari jalan yang

 telah Engkau tetapkan..


Ya ALLAH Ya Tuhanku..

dan sekiranya dia bukan takdirku..

kau jauhkanlah dia dari sisiku..

hilangkanlah bayangnya dari pandangan mataku..

luputkanlah dia dari mimpiku..


hanya padaMu tempat aku berserah..

hanya padaMu tempat aku memohon petunjuk..

amin..amin..ya rabbal a'alamin..


No comments: