Baru- baru ni saya chatting dengan kawan sekolah, tiba tiba dia tanya soalan yang berbunyi ; Lepas tarawih kan kita buat solat witir, kalau tiba tiba terjaga tengah malam cam mana? kena buat solat witir lagi ke lepas solat tahajud?
Masalahnya, lebih banyak yang saya cari, lebih banyak padangan dan jawapan yang saya terima. Jadi saya tanya pada seorang kawan FB saya, sebenarnya saya add dia sebab pic pic yang dia ambil yang sangat cantik. Lepas tu dari komen kawan kawan dia baru saya sedar rupanya dia ni Ustaz. Sama ada benar benar Ustaz yang bertauliah atau tak, saya tak pasti.. tapi apa salahnya kita memuliakan orang yang berilmu, kan..tambah tambah pula ilmu agama.
Maka saya pun mula lah panggil dia Ustaz juga, Ustaz Nas. So, kepada sesiapa yang seaching jawapan pada soalan yang saya. Mari kita share , sebab idea pada jawapan ini lebih tertib;
Soalan :
salam, ustaz, nk tnye..ttg solat witir.. sy ada dgr hadith "tiada 2 witir dalam 1mlm" kalo dah buat terawih kat surau, dah buat solat witir..time tahajud tu cam mana?
ada pndapat kata buat 1rakaat time tarawih, kalo sempat bgn tahajud, b4 solat tahajud tuh buat 1rakaat, bertujuan utk batalkn witir sblm tuh, lps solat tahajud tu, buat 1rakaat lg utk witir yg sah.
ada pndpt yg suh buat witir sblm solat subuh.
ada juga yg kata biarkn je witir before terawih tu. buat tahajud tanpa witir
Jawapan :
makna yg perlu kita fahamkan dari makna hadith tu adalah tiada berlaku 2 witir dalam satu malam,maknanya bila kita dah melakukan witir selepas solat tarawih,tidak perlu dilakukan lagi seandainya kita bangun utk bertahajud..kebanyakan kita ada yg tak faham ttg ini,jadi utk memudahkan lebih baik jika witir itu diakhir2kan iaitu tidak dilakukan setelah solat tarawih tetapi dilakukan selepas tahajud dan solat2 sunat yg lain apabila kita bangun di sepertiga malam,.susunkan aturan amalan yg dilakukan supaya mudah,.seperti selepas solat tarawih,kita berhajat utk bangun menunaikan tahajud,jadi akhirkan witir selepas bertahajud,.mungkin selepas tahajud,kita melakukan solat taubat dan lain2 solat sunat sehingga menghampiri waktu subuh dan ketika itu solatlah witir..wallahualam.
No comments:
Post a Comment