Thursday, August 25, 2011

Adab : Jujur

Hari ni saya cuti..bercuti hari raya la kononnya..huh, raya lah sangat! Saya teman abah buat check up kat PPUM,check jantungnya..doktor kata stand yang diletakkan sebelum ni dah ok. Alhamdulillah.. Tapi tiba tiba abah cerita pasal matanya yang selalu pedih..abah kata kadang kadang ada color color pelangi kat pandangannya. Jadi, doktor tu rujuk pada bahagian mata, sewaktu abah tunggu no giliran, saya ke kaunter ubat, beli ubat..total kos telah saya tangga tapi cuba menidakkan amout tu, hampir RM500! Hurm.. lepas beberapa ujian mata, doktor kata mata abah ada selaput tapi tak perlu nak buat operation pada masa terdekat. Mungkin tahun depan..Tahun depan?! Ya, tahun depan. Berapa pula kena simpan?! Wallahualam.. Semoga segalanya dipermudahkan.



Kadang kadang saya terfikir, bila kita mengaku kita sayang. Benarkah kita sayang? Sanggup susah dan senang dengan dia? Apa itu sayang? Bila segalanya go smooth pastu kita mengaku dengan bangganya kita sayang. Bagimana bila kita diduga? Benar ke kita sanggup susah dan senang bersamanya? Sungguh?

Dulu, bila Arwah Saadiah meninggal, Ogy Ahmad Daud kata "Demi Allah, saya sangat sayangkan mak saya" Saya sebak..sayu dengan perkataan tu,. Bila arwah mak sakit, saya terfikir, apa lagi yang saya mampu sumbangkan? apa lagi yang saya mampu beri? Sebab saya yakin, saya sangat sayangkan mak, dan rela berkorban jiwa dan raga untuk mak. Bila Allah uji, tiub makan mak tersumbat dan saya kena tuang susu manually setiap 4jam,maknanya tiap 3jam waktu tidur saya terganggu jam 10malam - 1pagi - 4pagi,dan jangkamasa untuk bagi susu tu sekitar 35-45minit.Waktu itu sapa kata saya tabah? Keyakinan saya tergugat..sayang saya terancam..saya selalu merungut. Hanya kerana tak cukup waktu tidur.

Hinggalah waktu saya sedar saya dah tak de mak lagi, waktu tu saya peluk Kaklyn dan kata "Saya nak jaga mak saya lagi, saya sanggup jaga dia sepanjang hidup saya" Sampai sekarang saya terfikir, betul ke apa yang saya lafaz?

Saya tanya diri saya dan tanya lagi dan lagi..apa yang saya rasa. Iye, saya jujur! Tapi bisikan apa yang wujud dalam diri saya ni? Adakah saya tak jujur sepenuhnya? Atau saya menggunakan perkataan jujur untuk menutup apa yang saya rasa?

Apa yang saya rasa? Saya impikan kehidupan dikelilingi orang orang yang fikir apa yang saya fikir.. Sama - sama membantu, saya bukan Civil Engineer yang punya gaji puluhan ribu (agaknya!)  Saya impikan adik beradik yang punya mulut untuk bertanya "Berapa bil tadi?" "Siapa yang nak hantar abah pergi hospital?" "Berapa harga ubat?" Tapi, mungkin ini jalan yang telah ditetapkan untuk saya. Mari belajar untuk menerima!

Semoga Allah buka pintu hati kita semua..

No comments: