Monday, November 26, 2012

Penat

Salam hangat untuk cintamu
Aku yang kandas dan patah hati
Biarlah orang memandang lemah
Aku tak mau bercinta lagi
(Jera - Agnes Monica)
 
 
Saya percaya, cinta itu boleh hilang ;
Semudah  petikan jari,
Selayang debu yang ditiup angin..
Sepantas kerdipan mata.
 
Saya yakin iman saya selemah daya,
Senipis nipisnya,
Serapuh rapuhnya..
Tapi sehabis daya saya buat yang 5 itu,
Sehabis usaha menambah yang 1 itu.
Jenuh selongkar almari demi menutup yang wajib itu!
Kerana itu walau usaha saya setapak, saya sudah lelah se-ela.
Sebab saya dah penat menapak.
 
Saya bukan pelakon hebat,
Diam tika melihat dia berlakon.
Saya tak mampu senyum waktu dia bergebang lancang.
Saya bukan pemerhati itu!
Oleh sebab itu juga saya memilih untuk gadaikan rasa yang konon dipanggil cinta!
Huh, cinta!!!
 
Cukup sudah tanggungjawab yang saya pikul!
Berhenti untuk menambahnya!
Saya bukan sehebat itu untuk menggalas gunung dibahu kiri dikala bukit tersedia dibahu kanan!
Saya tak rela menarik lautan tika sama menolak tasik!
 
Hancur hati,
Kala semua yang saya panggil dunia diam!
Sedangkan kamu adalah segala-galanya untuk saya,
Berkecai jiwa,
Bila kamu sebahagian dari mereka.
 
Pasti ada jawapan yang pasti,
Tapi saya memilih untuk berdiam,
Melihat caturan Allah,
Saya yakin ada jawapan yang pasti.


Friday, November 9, 2012

Dunia Tak Perlukan Awak

Kadang kala kita akan pilih tindakan yang salah semata-mata untuk memaksa orang memalingkan pandangan kearah kita.
Kedengaran agak ketandusan kasih-sayang, bukan..

Percayalah tindakan itu tak kan berjaya.

Dunia tak ingin lakonan sayang,
Dunia tak perlukan mereka yang meminta,
Dunia hanya perlukan awak sekiranya awak memberi..

Hurm, kerana kita tinggal didunia!

Dunia hanya pandang awak bila awak hulurkan gaji setiap bulan,
Dunia hanya akan sedar kewujudan awak bila awak hulur bantuan,
Dunia akan wujud bila awak bergembira.

Ya, saya kunci jawapan saya Abg Aznil!