Friday, October 14, 2011

Jom Resepi : Ikan Pekasam

Nyum..nyum..
Ni antara barang wajib ada kat rumah saya, ikan pekasam puyu!
lantaklah busuk pun,
tapi engkau tetap menjadi pujaan hatiku!

Dulu, Aida pernah datang rumah dan kagum dengan kewujudan benda ni,.
Habis berpinggan-pinggan dia bantai benda ni.. (Aida still ingat berapa pinggan)

Tadi Huda bawa menatang ni ke office, sangat menarik!
Kalau waktu makan tu nasi panas sure lagi gempak,
atas nasi tu taruk balance minyak goreng pekasam ni dan kicap masin!
Aaaahh... 
Nikmat dunia!
Hasil bantuan dia saya sertakan resepinya,
Saya tak pernah try pun
Mana lah pula saya nak jumpa ikan puyu, kan..



BAHAN-BAHAN

1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (boleh pelbagai jenis ikan).

CARA-CARA

1)Ikan disiang serta di cuci sebersi-bersihnya dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis dan cili padi.
Tambahan:
Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 

No comments: