Cukup!
Berhenti mainkan perasaan ku..
Cukup!
Berhenti mainkan hati ku..
Cukup!
Aku tak mahu tertipu dengan mainan mu lagi..
Cukup!
Hentikan segalanya..
** Jiwang tau nak bermadah segala bagai..
Tadi kami kena bawa lauk sorang 1 jenis;
Zahidah bawa ayam masak lemak,
Ila bawa sambal sotong,
Siti bawa paprik ayam,
Adda bawa mushroom soup,
Shiqah bawa puding laici,
Kak Maria bawa sambal ikan bilis siap petai lagi,
Zila bawa tembikai fresh gitu..
Saya bawa daging masak kicap.
Nyum..Nyum..Nyum.. Jangan ditanya berapa pinggan saya melantak!
Gambar? Ada ke orang yang ingat semua tu waktu makanan terhidang didepan mata? Kalau anda adalah orang itu, tahniah kerana anda seorang yang pandai mengawal nafsu .. tapi mungkin juga anda tidak bernafsu!
Walaupun saya sedar diorang semua dah bersepakat minta resepi sebab nak buat saya perasan, tapi saya tetap nak perasan juga!
Makanya saya siarkan resepi kat sini sebagai tanda perasan yang tak terhingga. Tapi sure lah resepi sesuka hati. Mesti lah tak tau aturan yang betul, tapi walaupun tak ikut aturan, mungkin ada tempias - tempias resepi arwah mak. Walaupun sure lah tak boleh jadi macam daging masak kicap arwah mak.
Daging Masak Kicap
TQ Makcik Google
Bahan-bahan;
500gm daging (tak tahu la batang pinang ke apa, tak pernah kisah pun tentang tu)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
5 biji bawang putih-di tumbuk
1 1/2 inci halia -di tumbuk
1 bawang besar (separuh ditumbuk , separuh lagi potong bulat)
1 batang daun bawang-potong kasar
1 batang daun sup-potong kasar
1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang (yang ni pun tak jumpa pula )
1 biji tomato-belah 4
1 biji kentang - dihiris nipis/ dipotong dadu (Tak nak guna kentang pun takpe)
air secukupnya (-Kalau nak berkuah tapi saya tak guna pun sebab saya nak kering)
sedikit minyak , garam dan serbuk tumix ayam secukupnya (Tumix, sila beri royalty atas iklan ini)
Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama sedikit garam, ajinamoto dan serbuk tumix ayam selama 3-4 jam.(tak nak pun tak per)
3. Sementara tu boleh lah kalau nak goreng hirisan kentang dulu.
4. 3-4jam sudah berlalu, maka saya goreng daging tu dengan minyak yang banyak (anggaran 2 senduk kot) - keluarkan dan tumbuk daging tu. (Hah, rasanya beza dengan resepi lain sebab tumbuk kot )
5. Panaskan minyak yang sama dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi..dah naik bau masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam yang ditumbuk tadi.
6. Bila agak-agak bahan tadi dah sebati, masukkan daging dan kentang dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
7. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air sedikit - tak bubuh pun takpe)
Masukkan cili benggala.
8. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang dan daun sup, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.
Tada ~~~
No comments:
Post a Comment