Siapa sayang saya?
Siapa?
Jawablah..
Awak pernah terfikir soalan ini?
Saya selalu berfikir tentang soalan ini,
Tapi jawapan yang saya berjaya rumuskan adalah...
Tak Ada!
Semua orang yang kononnya menyayangi saya mempamerkan 1001 macam tindakan yang menjerumus kearah 'ketidaksayangan' kepada saya.
Lalu, saya tanya soalan yang sama lagi?
Siapa sayang saya?
Dan, saya hampa lagi.
Saya cuma bertanya lagi,
Dan sekali lagi, saya hampa..
Saya cuma bertanya lagi,
Dan sekali lagi, saya hampa..
Dia tak sayang saya,
Dia tak ambil berat,
Dia tak macam orang lain,
Dia tak itu..
Dia tak ini..
Bertuahnya dia,
Bertuahnya kamu,
Bertuahnya mereka,
Bertuahnya dia,
Bertuahnya kamu,
Bertuahnya mereka,
Soalannya,
Betul ke apa yang saya harap?
Apa yang saya harap pada dia?
En.Tunang pernah kata,
"Hati ini millik Allah, kalau nak hati abg,minta pada Allah"
Kalau saya asyik persoalkan cinta dia tak cukup,
Cukup sangat ke cinta yang saya beri?
Kenapa si dia tak sayang saya?
Sebanyak mana sayang yang saya beri?
Dia tak ambil berat?
Berat mana yang saya beri?
(Saya lah yang paling ambil berat fasal berat yang saya ambil 87kg)
"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"
Maka mungkin tidak, kalau apa yang jadi pada kita adalah yang terbaik buat kita?
Bukankah itu janji Allah?
Bukankah itu janji Allah?
Awak fikir tak macam tu, sama ada ianya kifarah untuk kita atas kesalahan kita yang lampau sekaligus menghapuskan dosa kita, dan juga menaikkan darjat kita atau ianya memang ditakdirkan untuk kita. Allah berfirman dalam al-Quran
“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan Allah sebaik-baik Perancang” Surah Al-Imran ayat 54
Saya kata buat diri saya sendiri, apa kata saya mendidik diri saya supaya bersyukur?
Apakata?
Bersyukur atas apa yang dikurniakan, dalam masa yang saya perbaiki diri, perbaiki diri dan perbaiki diri!
Kalau waktu itu dah kahwin, dan menganggap kita dah lewat,mungkin awak silap sebab selagi ada nyawa, selagi hidup kita masih ada masa.
Bila diuji kenapa tak anggap ianya kegagalan kita dimasa lampau?
Kegagalan dalam mengatur diri..
Kegagalan dalam mengawal nafsu..
Kegagalan dalam mencintai dia kerana Allah?
Iye, saya dah buat semua itu.
Maka kenapa tidak menganggap ianya hadiah dari Allah untuk mengurniakan kita pahala?
Untuk menjadi alasan kepada Allah untuk mengingkatkan darjat kita?
Bukankah dunia ini hanya pentas untuk kita mengumpul ganjaran dan untuk dibawa pulang?
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI
JariPunBerkata
No comments:
Post a Comment