Kak Lyn post something kat Facebook dan kawan kolej kami menyangkal kenyataan saya tentang hadith palsu. Jangan salah anggap, saya bukan menolak 100% apa yang dia kata, saya faham apa yang dia nak sampaikan, tapi tetap tak setuju dengan idea dia.. Ya, walaupun faham aya masih tak setuju. Tapi sebab dia kawan lama, malas pula nak bertegang urat.
Just nak share pasal Hadith Palsu atau Hadith Maudu'
Hadith Maudu' iaitu hadith atau perkataan seorang yang dikatakan hadith Nabi Muhammad SAW, maka hasith ini teranglah palsu.
Mula timbul hadith maudu' (Palsu)
Selepas tahun 40 Hijrah bermulalah menyebaran hadith-hadith palsu iaitu sebaik sahaja terjadinya fitnah diakhir zaman pemerintahan Khalifah Uthman dimana umat islam dikala itu pecah menjadi beberapa golongan;
Pertama : Golongan Syaidina Ali yang kemudian dinamakan golongan Syi'ah
Kedia : Golongan Khawarij, yang menentang Ali dan Muawiyyah.
Ketiga : Golongan yang memegang tampuk kerajaan pada masa itu.
Perpecahan tersebut menyebabkan timbulnya perasaan mempertahankan aliran fahaman masing masing.
Dan untuk ini mereka bertindak mengadakan hadith hadith palsu dan menyebarkannya ke dalam masyarakat. Maka mulai masa tersebut terdapatlah hadith hadith riwayat yang sahih dan yang palsu
No comments:
Post a Comment