Monday, October 31, 2011

Jom Nyanyi : Rimas

Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari cari ketenangan diri

Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu engkau hadir dalam diri ini

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tersembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

Mengapa aku yg terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas

Friday, October 28, 2011

18SX : Mari Menggoda

Kat surau semalam saya sembang - sembang dengan kawan office sementara tunggu masuk waktu asar.

Kak Maria tanya "Dah sedia dah?"

Kawan-kawan yang lain semua ketawa, saya pun share lah kisah En.Tunang dalam kereta minggu lepas, waktu dia ambil saya dia baru balik solat isyak rasanya.

Masuk je kereta saya letak tangan kat peha dia.

"Duk elok -elok boleh dak?" 
Memalukan!
Saya angkat tangan.

Cubaan kedua
"Isk, dia ni..duk diam diam!"
Saya angkat semula tangan.

Cubaan ketiga,
Saya letak semula tangan atas pehanya
"Tinggal tak berapa hari lagi, sabaq boleh dak?"
Saya ketawa malu (mesti lah cover) dan biarkan tangan atas peha dia.

Dan..
Allahu la ilaha illa huwa alhayyu alqayyoomu..
la takhuthuhu sinatun wala nawmun..

Awak ingat saya setan ke nak baca surah tul qursi?
Sangat pedas!!


-JariPunBerkata-

Jom Comment : Budak Budak Sekarang ...

Budak - budak sekarang... 
(isikan tempat kosong tidak melebihi 3500 patah perkataan)

Pernah tak awak persoalkan soalan itu?

Jawapan saya adalah ...Merepek tahap cipan terbang melayang-layang!

Budak ni adalah kawan saya punya adik, last time jumpa/berhubung dia 4tahun lepas, atau mungkin lagi lama dari tu,

Pagi semalam dia tel "Hello ini adik ni"

"Adik mana?"

"Hajar!"

Siapa Hajar, tapi dari style cakap 'plus' dialek bahasa dia saya cam la Hajar yang mana satu.

"Kak, amik Hajar kat Stesen Keretapi KL"  

"KL? Macam mana awak boleh sampai KL?" 
Gila, macam mana boleh sampai KL pula? 
Bukan sepatutnya dia ada kat Kedah ke?

"Kak jangan banyak tanya la!" 
What the fish? 

"Akak kerja lah wak" Saya dah start menyampah

"OK, kalau macam tu kak ambil no ni bla bla bla.." Dia dah start bagi no

"No apa?" Walaupun saya dah agak no apa yang dia nak bagi

"No bank islam" 

Sengal tak?

Dah bersedia dengan kisah yang lagi sengal?

Pagi ni saya dapat sms;
Hajar disyaki TIBI. Awal pg td,sesak nafas g ospital,skrg kat kk greentown. Duit da abes, 0213029001418** BSN

Apakah? 
Senang gila nak minta duit!
Adik-adik saya nak minta duit pun mukadimah panjang 8muka kertas kajang tau 
(Tipu! Tapi takde la semudah ini)
Ini senang-senang sms minta duit.

Sangat sengal!

Pic yang takde kaitan ni sengaja dirampuk!

Jom Kahwin : Door Gift

Pinggan tak retak; 
Nasi tak dingin.
Awak tak hendak;
Saya tak ingin.


** Berdasarkan pantun 4 kerat diatas, sila jawab soalan 1-5


1. Apakah yang lebih panas dari glue gun kalau nasi tu tidak dingin?




2. Apa kaitan pinggan dengan pinggang saya yang sakit kerana buat door gift?


3. Kenapa glue gun sangat sakit dan pedih juga panas hingga melecurkan lengan? Ouch!!!


4. Kenapa Linda kata saya buat comot?


5. Kenapa tiada siapa lagi yang ingin mambantu saya selain Zura, Linda, Aida dan Zahidah?




JariPunBerkata

Thursday, October 27, 2011

Jom Kahwin : Semakin Hari..

Makin nak kenduri makin saya ligat berfikir, betul ke keputusan ini?
Tambah pula bila saya sedar orang-orang dikeliling sangat menyayangi saya! 
M U N T A H    S E K A R A N G ! ! ! 
Bila Linda kata ..
"Kak yang, apakata kita pilih 1 hari, kita keluar spend masa berdua je,kita check in hotel ke.."
How sweet, bila saya tanya "Kenapa?"
Jawapannya "Iye lah, lepas ni kan Kak Yang dah kahwin, mesti tak boleh macam ni lagi"
Sebaknya!

2 hari kemudian, bila saya keluar jumpa Kak Lyn dan question kenapa nak jumpa kat luar dan kenapa tak jumpa kat rumah je,
 Kak Lyn tunjuk angka 2

"Berdua denganmu pasti lebih baik" Saya menyanyi penuh gediksss
"Dua bulan!"
"Dua bulan apa?"
"Dua bulan lagi aku boleh spend masa dengan kau, lepas ni jangan haraplah!" Terang Kak Lyn 
"Kenapa pula jangan harap? Kalau nak keluar, keluar je lah"
"Blah lah, aku berani potong jari lah, mestilah Wan kau tak bagi" 
Walaupun saya yakin sure En.Tunang tak kan izinkan tapi saya tetap berharap

Sangat sweet, dan saya jamin mesti Kak Lyn dan Linda dah berpakat  untuk buat saya perasan
Pasti!!!
Tapi entah kenapa saya suka perasaan perasan ini

Jom Sihat : Acid Folik

Mengapa asid folik diperlukan

* Apakah asid folik?
* Kenapakah saya perlukan asid folik?
* Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
* Apakah sumber makanan yang terbaik?


Apakah asid folik?
Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

* bayam, 1 cawan;
* kacang bendi, setengah cawan;
* asparagus, setengah cawan;
* lentil, setengah cawan;
* hati, 1 keping;
* 11 kubis brussels;
* kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
* emping bran, 7 sudu makan;
* germa gandum, 25g / 1 aun;
* betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

* brokoli kukus, 2 pucuk;
* buah oren saiz besar;
* nasi putih, setengah cawan;
* oat, setengah cawan;
* kacang merah, setengah cawan;
* jagung saiz besar, 1;
* biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
By: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

5 Untuk Palestin


5 Untuk Palestin  |  Isi Borang Online


Adakah anda seorang kakitangan awam yang sangat perihatin serta mengambil berat tentang isu kemanusiaan yang kini dihadapi oleh rakyat Palestin?

Anda ingin memberikan sumbangan untuk Palestin secara berterusan tanpa melalui banyak prosedur tetapi tidak tahu caranya dan anda tidak punya banyak masa?

Sertailah Kempen 5 Untuk Palestin, dan anda akan mampu melakukan sumbangan secara berterusan dan sistematik walaupun anda tetap bekerja seperti biasa.

Sumbanglah sebahagian dari nilai masa bekerja anda untuk rakyat Palestin! 



Untuk isi borang, sila tekan sini


Saya baru isi borang tu kejap tadi, selain dari RM5 kita boleh pilih amount lain such as RM10, RM15.. tapi saya pilih RM5 jer. Tapi macam untuk kakitangan kerajaan jer, saya salah ke? Takpe, tunggu apa yang mereka reply lepas ni!


Kalau nak menyumbang thru sms pun boleh;


Type:
Palestin <jarak> RM 10/5/3/1 hantar ke 39111


-JariPunBerkata-

Jom Kahwin : Saya Beli Cadar

Dear My Blog,

Sangat penat hari ini, bangun seawal 6pagi dikejutkan alarm nokia,
Lepas mandi saya melayan Linda breakfast di mamak belakang rumah, 
Sempat bersembang dengan Kak Adeq,..(Hehe, Kak ke Adik?)
Dia duk bertanya persediaan kahwin
Heh, lagi ditanya lagi saya rasa tak cukup ~sigh~

Tengah harinya saya bertemu En.Tunang,
Kami ke Mydia Jalan TAR.
Beli barang untuk door gift yang tak settle settle lagi tu.
Budget face towel yang mulanya 47sen dah jadi 26sen. sangat jimat,kan!


Blog nak tahu,

Lepas ke Jalan TAR, En.Tunang cam buat ayat tak nak balik,
Jadi kami ke Midvalley...
dan..
dan..
dan..
Saya yang kononnya pakai heels yang kononnya dapat membantu saya kelihatan seksi, akhirnya beli selipar jepun aka selipar jamban berharga RM13 tapi takpe, pasal saya plan nak bawa selipar tu pergi office.
Tipu, selipar tu selipar biasa jer..
dan..
Yang paling menarik,
kami ketemu cadar yang cantik di Jusco
tapi
cadar tu size king, bila sales girl tu nak cari size queen, saya ternampak sesuatu!!!
Cadar yang sangat..
Saya ulang!!
Cadar Yang Sangat Cantik dan Berwarna Pink!
tapi..
Apa kaitan tema krim & gold kami dengan pink, kan?
Lepas tu En.Tunang bagi saya ayat yang best
"Allah tak marah pun tak ikut tema, dah ayang suka, ambil je la"
Arrrgghh, 
Sayang, awak sangat manis~
Part yang paling manis??
Yang paling manis bila.. bila..(sipu2 gatal)
(Saya mengambil keputusan untuk tak nak cerita)

Tuesday, October 25, 2011

Jom Kahwin : Apa Kaitan Merajuk, Dating Dan Heels

Puas gaduh lebih kurang pukul 12 tengah hari tadi..
Dari workstation hingga ke surau..
(Gaduh kat surau sebab senang nak lepaskan volume suara)
En.Tunang bagitau dia nak tidur kejap.
Kau dah sakitkan hati aku, senang-senang kau nak tidur?
Sangat silap perhitungan!
Berkajang-kajang saya hantar sms dan..
Nani datang ajak pergi lunch kat Menara TM
Oh, rupanya saya tertidur dengan nyamannya.
14 missed call dari En.Tunang pada jam 12.41! 
Hah, puas hati!




Dan dia telefon lagi, dah la saya menghadapi cabaran yang besar sebentar lagi..
Jalan turun bukit tanah merah dengan heels 2inch ~
2 inch jer..
Jer ke?
Mestilah tidak untuk saya!




Tipu! Mestilah bukan setinggi ni..kata pun 2inch, kan..


Sebab nak merancang perjalanan menuruni bukit tanah merah dengan jayanya, saya pun jawab lah call..
Suka!!
Suka bila En.Tunang merayu segala bagai..
Sayang, awak buat saya cair..
Tapi ..
Eleh, tips ni semua perempuan buat rasanya.
Even dah tak merajuk, pura-pura merajuk semata-mata nak si dia pujuk lagi!
Iya, itu yang saya buat,.
Dan rewards, saya ada date esok!
Berjaya!!!
So, itulah kaitannya :)

Jom Share : Kempen Tutup Aurat


Kempen Tutup Aurat di Rusydee Artz | Lukisan Dakwah ♥ Jom support :)

Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat ):



BA: Aku tetap nak buka aurat!

TA: Aku tetap nak tutup.



BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.

TA: Ada orang kata tak cantik tutup?



BA: Buka ni fesyen.

TA: Tutup still boleh berfesyen.




BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.


TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.




BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.

TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman. 




BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.

TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?




BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.

TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.






BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.

TA: Lebih indah di pandangan suami halal. 





BA: Tak sedia lah nak tutup.

TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.



- lukisan tanpa nama rusydee artz -Kesemua ini adalah karya Rusydee Artz 

: ) diizinkan share dan copy serta sebar. Semua milik Allah. Tiada satu pun milik beliau.

Sunday, October 23, 2011

Jom Share : Befriender

Saja nak share something, ini tentang NGO ni. 
Mungkin ada something info yang kita boleh share kat sini


   map
Or view Befrienders from google map.

Call us at 03-79568144 or 03-79568145
E-mail us at sam@befrienders.org.my
Address:
95 Jalan Templer
46000, Petaling Jaya
Malaysia

Jom Shopping : Hari Yang Penat

Huhu, penatnya hari saya..
Pagi-pagi semalam saya keluar..pergi Subang Parade bersama anak Azura, Adhwa.
Kan, saya ada update previous post pasal sales di The Body Shop.
Makanya saya beli 1 set pefume, body lotion, body butter dan shower gel dengan harga RM193
Suka!

Lagi suka sebab saya beli serum vitamin c serta mosturizer jugak..
mosturizer tu sebab Zahidah kirim, yang serum tu sebab..takde sebab!
Haha,.
Sebab lama sangat kat dalam tu, Adhwa jerit "Dahla, asyik barang maklang aje!"
Balik dari Subang Parade saya migrain, tidur kat rumah Azura, jam 4 lebih baru balik.
Sampai je kat rumah, Azlinda kata dia kerja petang esok, belum pun duduk terus saya ajak dia ke Sogo pasal saya plan nak ajak dia hari ahad.
Terus salin seluar dan ke Sogo, cari hantaran untuk En.Tunang, rupanya ada sales!!!
Dan saya berjaya peroleh kemeja Polo dengan harga RM58.
Mak suka!!!
Pastu untuk match kan dengan baju En.Tunang, saya ke Jalan TAR untuk cari kain ela yang sama color.
Dari Gulati's ke Maya Silk ke kedai-kedai tepi jalan..
Dari RM198 ke RM158 ke RM45..
Akhirnya saya teringat yang Aida ada bagi saya kain dari Bukit Tinggi warna hitam, terus ajak Azlinda balik, dan sms Aida minta izin letak kain dalam pahar hantaran!
Jimat!!!
Masuk je pintu, abah hulur telefon, Kaklyn tel ajak keluar.
Haha, akhirnya saya tidur jam 5 pagi!

JariPunBerkata

Friday, October 21, 2011

Jom Kahwin : Kad Kahwin II

From: AS Soff Resources [mailto:assoffprint@gmail.com]
Sent: 21 Oktober 2011 16:03
To: **JariPunBerkata**
Subject: Re: FW: PETA UMAH AWAK..

Jadi ada apa2 nak ubah x? kalau takde saya nak cetak terus.

Yessza ~~
Ini email yang En.Kad Kahwin bagi.

Suka!!

Apa yang paling saya suka?

Pasal En.Tunang kata dia ni abang Faizal Tahir, saya pun call lah dia nak minta email address pasal nak send map ke rumah saya dan lebih teruja kerana suara dia..
SAMA!!!

Lemah longlai lutut, terus suara i jadi semanja Ella (Miang!)
Tapi yang lebih suka sebab dia ni keep update dan layan jer karenah saya dan En.Tunang..
Eh, tak..tak.. 
En. Tunang sempoi jer..
Saya agak mengada sikit. 
En.Tunang warned before call dia 
"Jangan dok arah dia macam macam, dia banyak tolong kita" 
Alahai, mana ada arah macam-macam, saya cuma suruh tambah 1 junction yang dia tak buat, lepas tu suruh dia tambah traffic light yang saya lupa nak masukkan, tu jer..

 Jom tunggu hasilnya..

JariPunBerkata

Jom Shopping : The Body Shop Promotion

Tada ~


Tak faham?
Tekan ini

Jom Kawan : Ehem..ehem..

Semalam saya ambil Annual Leave, teman En.Tunang yang terpaksa ke mahkamah pasal pesalah yang dia jamin tu dah lari, seram sejuk saya waktu dia cerita dia dapat waran tangkap. Alhamdulillah, semua selesai dengan baik.

Habis urusan mahkamah saya plan untuk complete kan borang nikah saya, En.Tunang tiba-tiba tak jadi nak ke MAIS sebab dia kena masuk kerja.

Saya ikut dia ke UiTM Puncak Alam, dan plan akan ke Shah Alam dari sana. Lepas makan, waktu nak jalan ke bus stop, kami bertembung dengan kawannya.

"Tu lah Adam" Kata En.Tunang
**Adam (Bukan nama sebenar)

"Ohhh.." Ada saya kisah?

"Ni tunang aku" En.Tunang terkenalkan saya. 
Untuk melahirkan sifat pemalu, saya senyum dan tunduk.

"Dia ni lah kawan dengan kawan ayang tu" Kata En.Tunang

"Kawan orang? Siapa?" Saya terkejut

"Kawan ayang lah! kak..kak apa tu?" En.Tunang memandang saya

"Kak siapa?" Tanya saya still tak boleh tangkap.

Gossip baru ni!

"Hawa" Kata Adam
** Hawa bukan nama sebenar

En.Tunang pun minta kebenaran hantar saya, saya keep tanya kat En.Tunang.

"Dah berapa lama?"
"Sejak bila?"
"Dah pernah keluar dating ke?"
"Contact hari-hari ke?"
Dan jawapan yang saya terima sangat positif :)
OMG!!!
Macam mana saya boleh terlepas gossip terhangat ini?
Message hari-hari..
Tiap-tiap pagi berbalas balas email
Tapi saya tertinggal gossip terpanas ini.

Hahaha,
nampak sangat menyibuk laksana kak nam doplas saya nih..
Apa-apa pun, mari kita doakan kebahagian mereka berdua (-_^)

Teka kenapa saya pilih pic ni? Mioooww~

Persoalannya sekarang,
Macam mana En.Tunang ada no Kak Hawa?
Macam mana?
Macam mana?
Jelesss!!! 

JariPunBerkata

Wednesday, October 19, 2011

Jom Kahwin : Siapa Sayang Saya?


Siapa sayang saya?
Siapa?
Jawablah..

Awak pernah terfikir soalan ini?
Saya selalu berfikir tentang soalan ini,
Tapi jawapan yang saya berjaya rumuskan adalah...
Tak Ada!

Semua orang yang kononnya menyayangi saya mempamerkan 1001 macam tindakan yang menjerumus kearah 'ketidaksayangan' kepada saya.

Lalu, saya tanya soalan yang sama lagi?
Siapa sayang saya?
Dan, saya hampa lagi.


Saya cuma bertanya lagi,
Dan sekali lagi, saya hampa..



Dia tak sayang saya,
Dia tak ambil berat,
Dia tak macam orang lain,
Dia tak itu..
Dia tak ini..


Bertuahnya dia,
Bertuahnya kamu,
Bertuahnya mereka,

Soalannya,
Betul ke apa yang saya harap?
Apa yang saya harap pada dia?

En.Tunang pernah kata,
"Hati ini millik Allah, kalau nak hati abg,minta pada Allah"

Kalau saya asyik persoalkan cinta dia tak cukup,
Cukup sangat ke cinta yang saya beri?


Kenapa si dia tak sayang saya?
Sebanyak mana sayang yang saya beri?

Dia tak ambil berat?
Berat mana yang saya beri?
(Saya lah yang paling ambil berat fasal berat yang saya ambil 87kg)

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

Maka mungkin tidak, kalau apa yang jadi pada kita adalah yang terbaik buat kita? 
Bukankah itu janji Allah? 
Awak fikir tak macam tu, sama ada ianya kifarah untuk kita atas kesalahan kita yang lampau sekaligus menghapuskan dosa kita, dan juga menaikkan darjat kita atau ianya memang ditakdirkan untuk kita. Allah berfirman dalam al-Quran 

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan Allah sebaik-baik Perancang” Surah Al-Imran ayat 54

Saya kata buat diri saya sendiri, apa kata saya mendidik diri saya supaya bersyukur?
Apakata?
Bersyukur atas apa yang dikurniakan, dalam masa yang saya perbaiki diri, perbaiki diri dan perbaiki diri!

Kalau waktu itu dah kahwin, dan menganggap kita dah lewat,mungkin awak silap sebab selagi ada nyawa, selagi hidup kita masih ada masa. 


Bila diuji kenapa tak anggap ianya kegagalan kita dimasa lampau? 
Kegagalan dalam mengatur diri..
Kegagalan dalam mengawal nafsu..
Kegagalan dalam mencintai dia kerana Allah?

Iye, saya dah buat semua itu.
Maka kenapa tidak menganggap ianya hadiah dari Allah untuk mengurniakan kita pahala?
Untuk menjadi alasan kepada Allah untuk mengingkatkan darjat kita?
Bukankah dunia ini hanya pentas untuk  kita mengumpul ganjaran dan untuk dibawa pulang?

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI


JariPunBerkata

Tuesday, October 18, 2011

Jom Sejarah : Siapa Kamal Attartuk? II

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk. Bukannya mengeji, tetapi sekadar ingat-mengingati.

Semoga ini menjadi satu pengajaran pada kita, untuk memperbaiki diri sendiri, InsyaAllah. 

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 
4. Beliau pernah menegaskan bahawa 'negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.' 
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan. 
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya 'siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?' oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan' beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

P/S: credit kat dia