Moga entry ni tak mendatangkan fitnah. tujuan hanya untuk melepaskan apa yang saya rasa, takde niat nak aibkan mana mana pihak. Entry ni bukan untuk salahkan kawan-kawan saya tapi cuba nak share betapa sakitnya hati bila kejujuran kita tak dihargai. Pedih sangat!
Kawan (mari kita namakan dia kawan) sms saya ptg semalam, dia marah sebab tak puas hati dengan kawan lelaki (dan dia ni pula kita namakan kawan lelaki) di office (Mungkin boleh refer kat sini) bila saya balas "Sabarlah byk-byk" dia keep reply dan kaitkan lelaki itu sebagai pasangan saya.
Alahai sayang, akak dah bosan wak...Mulanya, saya tel en.tunang, konon nak mengadu tapi cara dia yang tak welcome buat saya mengambil keputusan untuk bercerita lebih kurang, en tunang suruh abaikan jer..
Abaikan??!

Dari minggu lepas 'Kawan' duk bebel-bebel tak puas hati sebab kawan lelaki tu block dia dr laman sosial, dalam bebelan keep mention 'boifren kak adda..' yang saya terkedu bila ada kawan yang saya baru kenal 3-4 bulan tanya siapa, dia jawab dengan penuh jujur 'kawan lelaki' (mention nama kawan lelaki tu) . Sayang,awak tak perlu sejujur itu..
Jujurnya, (Banyaknya penggunaan perkataan jujur) sebelum ini banyak kali dah saya terasa hati dengan kawan saya yang tak habis habis nak kaitkan saya dengan kawan lelaki ni.Iye, memang kami pernah rapat dulu, tapi lagi manis kalau tolong hormat air muka saya di tempat baru, tak payah lah nak ungkit kisah lama, dah setahun pun.
Dan lagi kami tak pernah ada hubungan yang serius, tak pernah keluar dating, jalan berpimpin tangan. tak pernah.. tapi saya tak pernah suarakan sebab saya tahu semua ni salah saya, kalau takde angin, masakan pokok akan bergoyang. Jadi, saya terima sebagai balasan saya yang gatal selama ini.

Tapi bila kaitkan saya dengan masalah mereka berdua yang melancarkan perang dingin, buat saya rimas.
Jujur, saya rimas!
Saya telefon lelaki itu, tanya betul ke dia tak bertegur sapa dengan kawan saya kerana saya? Tak, kawan lelaki kata semua ni sebab tak tahan dengan mulut kawan tu sendiri.
Hah, tak pasal je bazir prepaid saya! Saya sempat minta maaf kalau saya ada buat dia tak selesa kerana kisah lama kami, dia faham dan dah lupakan kisah dulu. Huh, sangat dewasa pula bila bersembang ala-ala serius gitu..

Magically, (seperti selalu..) letak je phone ada missed call dr en.tunang.
Cik abg ni memang ada 'kimia' dengan kawan lelaki..
Maka sebelum disoal siasat, smlm saya pun jujur lah bagitau, saya tel kawan lelaki sebab nak clarify the issues. Saya bagitau saya tak suka kawan asyik kaitkan saya dengan masalah dorang berdua.

Apa yang jadi? En.tunang marah dan kata saya tak jujur, tuduh saya curang belakang dia. Tak reti jaga adab semasa tunang. Sebab saya tak minta izin dari dia sebelum telefon lelaki lain. Yuhuuu..apa adab semasa bertunang?
Jom gooogleeee..
Jom gooogleeee..
ADAB BERTUNANG
Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-
a) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
b) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
c) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
2. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt bermaksud:-
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]
Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].
Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi bermaksud :-
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud ].
Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi
Part mana yang saya tak reti jaga adab semasa bertunang? Minta izin tu adab seorang isteri. Tak sabar nak kahwin ke apa?
Bosan..saya bosan bila dia tak pernah nak berubah, tak pernah nak berhenti menyalahkan saya. Saya tau saya tak baik, tapi saya tak sejahat yang dia sangka. Saya tau batas saya!
Bosan..saya bosan bila dia tak pernah nak berubah, tak pernah nak berhenti menyalahkan saya. Saya tau saya tak baik, tapi saya tak sejahat yang dia sangka. Saya tau batas saya!
Kejap tadi saya sms dia ;
"Sakit hati ya? tp percayalah,lagi sakit hati bila kita disalahkan lps kita jujur.Kalo syg rasa org bukan pmpuan yg sesuai.buat la kputusan.org dh xnk hrp apa2"
No comments:
Post a Comment