Friday, July 22, 2011

Jom Kahwin : Dia Kata.. (II)

Rujukan : 


Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari

Selalu saya harapkan kebaikan, Pasti! ..dan siapa pula yang taknak? Pasti semua orang nak dan mengharapkan kebaikan. Tapi kebaikan jenis apakah ini?

Maha Suci Allah, tersimpang jauh kah saya dengan kata-kata ini?

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Dukacita ini untuk menghapuskan dosa? Kalai begitu, ujilah saya lagi Ya-Rabb, cuma saya pinta kekuatan untuk melangkah..kekuatan untuk bertahan! Semoga saya tergolongan dikalangan orang-orang yang beriman.

" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Ya, kelalaian selama ini buat saya leka, lantas berfikir hanya si dia yang paling penting dari segalanya. Sehingga saya lupa, cinta itu milik Allah.. Pasti ujian ini kerana dosa saya.Pasti! Dosa kerana menganggap si dia lebih dari Allah. Dosa kerana terlepas pandang tentang nikmat yang terbentang luas., dosa yang tak terhitung banyaknya. Astagfiullah Al- Azim, sungguh saya tersimpang jauh! Ya, cukuplah Allah bagi kami!

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Andaikata..terlalu banyak ayat saya bermula dengan andaikata..Terlalu banyak! Dimana status saya disisi Allah? Sungguh saya tak mampu untuk berfikir. Jauhnya saya dengan para sahabat, apatah lagi dengan orang-orang beriman. Belum dikira dengan dosa kerna tidak bersyukur. Allahu Akbar!

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) ".
( Riwayat Muslim )

Ya Allah, siapalah yang tidak redha Kau sebagai Tuhan, Sepenuh hati Aku bersakti tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Ya, sepenuh hati aku redha!

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia.. Tapi kadang kadang kita tersilap catur lalu melihat perkara lain lebih penting dari Dia. Nauzibillah

No comments: