Dia kata saya tak faham, saya rasa dia yang dah melampau. Tipu kalau saya tak suka dia berubah, tambah lagi berubah ke arah kebaikan. tapi kena tak cuba bahagikan masa dgn betul? Dia yang pilih untuk penuhkan aktiviti hariannya, kenapa saya pula yang perlu bertoleransi? Salah ke cara saya berfikir? Atau dia yang dah berubah?
Tak, sebab dari dulu lagi dia memang cam tu..atau dia dah ada yang lain?! Ehmm..
Awal pagi dia bgn ke surau, mengaji dan solat subuh jemaah - Bagus!
Pergi kerja - Bagus!
Balik kerja dan bergegas ke surau untuk solat maghrib tunggu sampai ke isyak - Bagus!
Belajar tajwid kat rumah Ustaz Asri - Bagus!
Mengajar moay thai (hari isnin dan rabu) , hari yang lain belajar perubatan alternatif nurrun nubuwah - Bagus!
Sabtu dan ahad kalau tak OT, gi gotong royong - Bagus part OT jer..part gotong royong tu, apakah?
Memanglah semua tu bagus tapi siapa yang penuhkan aktiviti tu? Pastu bila saya tel mesti nak guna ayat menyakitkan hati, contohnya ;
"Ayg rasa waktu ni abg dok buat apa?"
Sengal! Ko ckp je lah ko tak nak ako tel,kan..
Salah ke cara saya berfikir?! Memanglah kena redha, tapi apa makna redha yang sebenar? Huh, kena study ni!
No comments:
Post a Comment