Tuesday, July 12, 2011

Rokok Itu Duit

Abah kena heart attact isnin lepas, alhamdulillah..baru keluar malam semalam, walaupun keadaan abah nampak penat tapi alhamdulilah, better than before. Menurut pemerhatian saya waktu jeling jeling kat bilik bilik lain time nak ambil air panas, rata rata patient jantung ni lelaki. Tak tau la kalo kat PPUM je, tapi rasanya kat mana mana pun gitu kot..Ya ya ya..pasti dan mesti lelaki lelaki akan kata :

1) Abah hisap rokok tukar tukar, kalo setia 1 jenama takde la kena penyakit (refer pada comment Abg Mothar saya)

2) Eh, mana ada, saya hisap rokok sikit je (ni comment dr abgchik saya)

3) Doktor kata tak bole terus berhenti, kena kurangkan jer (ni kata pakcik yang duduk hujung kaki abah)

Apa lagi? Apa lagi kata penaja? Ya, semua orang akan mati, semua orang pasti mati tapi kenapa kita pilih jalan salah sedangkan kita dikurniakan akal? Kenapa kita perlu berlaku zalim pada diri sendiri? Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.



Pagi pagi tadi, sebelum ke office saya ke PPUM, ambil ubat abah..yang kelakarnya, ubat abah banyak sampai beg saya penuh, xboleh nak tutup..dah la berat!! Jadi, kepada para perokok perokok tegar, kalau tak nak berhenti merokok, sila sediakan duit yang mengunung sebab kosnya sangatah mahal!...atau beli insuran atau start cari kerja yang cover bil hospital yang tinggi.




No comments: