Abah : "Kalau nak mati pun biaqla hang menikah dulu"
"Kalau nak mati pun biaqla hang menikah dulu" termasuk kali ni dah 3 kali dah abah ulang ayat yang sama, balik kerja semalam sebenarnya saya nak ke Shah Alam, ambil perfume Victoria Secret untuk Cik CT, on the way balik rumah, adik (Zura) telefon, katanya dia nak balik dah sebab hari nak hujan, bimbang baju yang dijemurnya basah.** Zura berhenti kerja untuk jaga abah yang baru kena serangan jantung 4 Julai lalu
Malam tadi, lepas makan, abah masuk bilik, abah panggil saya, saya duduk sebelah abah sambil picit picit bahu, kata abah "Bagitau kakngah, abah nak ajak dia pergi 7masjid,nak buat solat hajat" Tak sampai hati nak tanya apa-apa. Saya cuma angguk faham.
Uzur sangat nampak keadaan abah, lepas tidur, makan ala kadar kemudian tidur...lalu tidur..kemudian tidur dan tidur..
Tak mampu nak fikir apa,harap harap tak ada apa apa buruk bakal terjadi dalam masa terdekat. Baru sangat mak pergi..tak sanggup nak hadapi lagi dalam masa terdekat, tapi kalau itu yang terbaik untuk abah..
No comments:
Post a Comment