Monday, July 18, 2011

Sabarlah Wahai Hati : Sepi


Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.

Ku lari ke pantai kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci

Ingin bingar aku mau di pasar..

Bosan aku dengan penat

Enyah saja kau pekat

Seperti berjelaga jika ku sendiri



Pecahkan saja gelasnya biar ramai

Biar mengaduh sampai gaduh

Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih

Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera

Atau aku harus lari kehutan

Belok ke pantai..?


Ingat puisi ini lagi? Puisi dalam "Ada Apa Dengan Cinta?"

Waktu zaman - zaman kisah ini, saya siap menghafal bait bait puisinya, kemudian keluar pula film "Tentang Dia" walaupun rata rata kata film Tentang Dia itu bosan, tapi saya menangis tiap kali tengok film itu, dari panggung ke VCD cetak rompak hinggalah ke VCD original. Hehe..emosi betul!

Tapi manusia tu kan unik, ada yang memangis bila sedih, ada yang shopping (walaupun window shopping jer..) ada yang ingin makan bila sedih. Ya, itu saya, tension jer, makan, sedih jer makan.. cam mana lah tak montel bagaikan gadis yang comel?! (-.*)

Mungkin sebab itu puisi ni ingin bingar, mungkin itu salah satu terapi untuk dia sembuh dari sepinya. Bukankah manusia itu berbeza?! Memanglah kebanyakkan yang suka selubung bawah selimut dan menangis tapi kita tak boleh anggap semua orang begitu, dan buktinya pelulis ini ingin bingar laksana dipasar. Salah ke?

Siapa kita nak kata A betul dan B tak betul. Kita punya banyak cabang dan pilihan. Kalau kita letak air asam jawa waktu masak sambal dan rasakah jalan kita betul,kenapa kita marah orang guna asam keping? Mungkin asam keping pilihan terbaik untuk dia. Selagi jalan yang dia pilih tak bercanggah dengan ajaran ALLAH, siapa kita untuk menghalang?

Rujuk kepada mereka mereka yang suka sangat tolong buat keputusan untuk orang lain, tolong lah faham, mungkin kadang kala kami rujuk kamu bukan bererti kami nak kamu buat keputusan! Bukan! Tidak!! Nahi khabi nahi~~ Kami cuma nak pandangan/idea dari arah yang berbeza, arah yang kami tak mampu nak fikir. Sesuatu yang berada diluar sudut pemikiran kami. Apakata kalau kamu bagi ayat seperti "Saya simpati dengan awak, apakata.." diikuti dengan pandangan dan tolonglah jangan paksa kami ikut keputusan kamu. Tolong!!!

Dan kadang kala kami cerita untuk mendapatkan kekuatan..hanya kekuatan, kekuatan untuk buat keputusan! Oleh itu, sudi-sudi lah untuk alirkan kekuatan. Supaya kami kembali tabah! Indahnya kalau ayat yang diberi "Saya faham apa yang awak rasa, saya kagum dengan sikap sabar awak tapi.." diikuti dgn nasihat

Tapi selalunya kami cerita sebab kami sesak, kami serabut, kami bercerita hanya untuk luahkan, oleh itu tolonglah..tolonglah dengar. Hanya dengar dan diam..tolong jangan bersuara kerana kami tak nak dengar apa apa pendapat. Sungguh, kami hanya mahu kamu dengar. Cukuplah dengan ayat "Faham!Saya faham sangat apa yang awak rasa" "Ye ke? Sampai hati dia" dan pelbagai lagi. Panjang pula kalau nak saya huraikan.

But then, kita sepatutnya faham, tempat yang selayak layaknya berlindung. Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan, Allah mempunyai kurnia yang besar. (Ali 'Imran: 173-174)

No comments: