Thursday, July 28, 2011

Tahajudd Cinta : Realiti sebenar?

Sinopsis Tahajud Cinta :

Cerita bermula dengan kisah mengenai  sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.  Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak  kpd Citra )ada masalah  dengan suaminya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda  sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan  Citra berjanji kepada dirinya  untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.

Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah.

Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas  di zaman sekarang ni.  Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali  tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat  kepada  Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.

Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri.   Dapatkah Citra dan Solahudin,  menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki.  Solahudin  tidak mahu  menjadi anak derhaka . Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu?

Ini antara sinopsis yang saya berjaya ketemu. Rasanya cerita ni berat.. bukan calang-calang orang boleh mengarah cerita ni..Iye, itu yang saya fikir pada awalnya, dan bila tahu siapa pengarahnya, saya terfikir. Apa pula lah kisah selepas ini. 

Tidak, bukan maksud saya nak beritahu pengarah ini banyak timbulkan isu atau gosip. Tapi sejak  zaman sekolah lagi tiap kali pengarah muncul dengan filem, drama, teater..ada je (bukan semua) kisah - kisah rentetan yang ikut.. 

Director (6 titles)

2006 Diva Popular 

2002 Embun 

1999 Perempuan melayu terakhir 

1999 Daerah shafika (TV movie) 

1997 Jangan (TV movie) 

1995 Jimi Asmara 

2006 Diva Popular (screenplay / story) 

1995 Jimi Asmara (producer) 

Ini antara filem - filem pengarah ini, ingat lagi tak? Saya ulang, bukan semua filemnya diikuti dengan kontreversi. (Ulangn lagi : Bukan semua)

Saya pun tak faham kenapa selalu ada rentetan dari dilem/drama/teater arahan pengarah ni, tapi sinopsis utk isu Tahajudd Cinta, sangat cantik, dari tajuk, jalan cerita hingga ke Citra, segalanya cantik.. (Melainkan watau Ustaz Shauki tu ) tapi mungkin idea ni sangat berat untuk pengarah ini kot..Hurm,.. kasar sangat ke pandangan saya ni? Maaf, tapi ini pendapat peribadi saya. Mungkin sebab itu wujud page ini dan beberapa pages lain. Rasanya ramai juga yang tak berapa setuju dengan wujudnya drama ini.

Kalau tak suka, tak payah lah tengok!

Semudah itu? Sama seperti kalau tak nak mati awal, jangan merokok! tapi kan sebagai perokok sekunder , kita tetap dapat kesan. 'seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan......jangan pula kita menjadi lalat yang merosakkan ikan'.  

Bersangka baik,segala perkara ada baik dan buruknya.

Setuju, segala benda yang terjadi ada baik dan buruknya. Termasuk babi! Iye, Allah turunkan babi ke dunia untuk bersihkan kekotoran didalam bahtera Nabi Noh A.S. Jadi kenapa makan babi haram? Sebab babi banyak keburukan dari kebaikan. Kenapa nak agungkan yang banyak buruk dari yang baiknya? Kenapa? kenapa nak sibuk-sibuk korek ke akar umbi semata mata nak cari baiknya babi? Untuk biarkan agama kita terus dipijak? Keterlaluan ke saya? Minta maaf!

Tapi, menurut penerbit dlm twitter dia, dia tak berniat nak memperlekehkan agama, tp dia just nak menunjukkan realiti. Realiti yg wujud golongan2 agamawan yang mggunakan agama utk kepentingan sendiri (ni ayat dlm twiiter pengarah) yg merujuk pada watak ustaz shauki. 

Persoalannya kenapa? Diulang Kenapa?? Kenapa nak timbulkan isu yangn segelintir tu? Manusia tak sempurna, ada salah, ada silapnya, tapi kenapa nak pandang yang silapnya. Contohnya; Perempuan yang bertudung tak semestinya baik. Mari kita halusi, apa itu bertudung? Kononnya yang bertudung tu menutup aurat. Apa itu menutup aurat? Tapi yang menutup aurat dengan betul pun jahat jugak, yang berpurdah pun ada je yang check -in hotel, tapi berapa kerat? Berapa kerat yang menutup aurat dengan betul (Diulang : dengan betul) check-in hotel? Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tak menjaga aurat? Sama lah juga dengan golongan agamawan ni, nak tunjukkan realiti golongan agamawan ni bernafsu besar, bagaimana pula dengan rata-rata pakcik2/datuk2 dan 'dato' yang bersepah sepah cari pucuk muda? Kenapa sibuk nak pandang sesuatu yang 1 : 1000? 

Tiba tiba saya teringat bagaimana Wardina Safiyyah dibidas dengan isu "artis tak boleh dijadikan idola", pelbagai pihak mencantas pandangan beliau dan membandingkan dengan Dr.Fazley Yaakob dan kejayaan Dato Siti Nurhaliza. Masalahnya, berapa peratus 2 individu ni kalau nak dinisbahkan? 2:1000? Entah! Sebab saya tak pernah terfikir untuk kira berapa ramai artis dalam Malaysia ni, masalahnya beberapa bulan lepas tu isu PHD Dr.Fazley Yaakob diragui. Dan Dato Siti Nurhaliza pula, ramai dah sedia maklum dengan kisah-kisahnya. Inilah sebabnya kenapa "artis tak boleh dijadikan idola". Makanya kenapa nak sibuk-sibuk cari value untuk benda-benda yang kecil sedangkan Allah dah jelas tunjukkan kita jalan. Sibuk nak tunjukkan realiti pelajar Jordan yang bercinta dan berdating ditepi pantai yang kita tak tau nisbah berapa dalam berapa orang. Itu ke realiti wanita berpurdah? Apa pula realiti wanita yang tak menjaga aurat? berhati suci? bersopan santun? berpegang teguh pada ajaran agama? 

Bukan niat nak bidas hasil pengarah wanita ini, cuma tak suka bila isu ni dah dibesarkan wujud golongan golongan yang sibuk nak cari kebaikan disebalik keburukan. Rasanya ramai wanita tidak bertudung di Malaysia ni, dalam ramai ramai tu, pasti ramai diantara mereka yang tahu batas-batas aurat, dan saya yakin dalam ramai ramai itu pasti ramai yang tidak berani untuk berkata tidak menutup aurat itu tidak salah. Rasanay itu lagi mullia dari memerah otak untuk mencari kebaikan dalam keburukan drama ini. Wallahualam.

No comments: