Sunday, July 31, 2011

Morey Morey! Horey Horey!!!

Pagi pagi abah dah kejut kemas rumah, kononnya sebab nak pergi pasar..siap beriya-iya, abah dah ngamuk ngamuk.. akhirnya abah dah bertukar color hijau..ngamuk sebab dah jam 12 lebih kakngah tak sampai sampai lagi. Saya telefon, kakngah kata dia nak bei barang kat Tesco je. Sure lah abah ngamuk, kata abah tak segar kalau beli barang kat pasaraya (sebab abah lagi prefer Pasar Besar Jalan Othman) tak sampai sejam, kakngah telefon lagi, takde udang kat Tesco. Sapa nak bagitau abah? Sure lah saya tak berani..Mood Pak Awang tengah tak tenteram tuh..Saya minta kak ngah cakap dengan abah sendiri. 

Dalam perbualan saya dengar abah kata "Toksah lah kakngah ooii, kalau hangpa ikhlas nak buat tahlil kat arwah mak hang, hangpa tak buat lagu ni" Semua orang diam, adik (zura) bawa anak dia masuk dapur. Dari dulu lagi pun cam tu, kalau abah marah, sapa pun tak berani duk sebelah dia

Seketika kemudian, kak ngah mesej, tak nak balik rumah sebab abah marah dia..alahai, baru marah cam tu pun tak nak balik ke? Hehehe.. Tak kental la kakngah ni.. Kak ngah memang antara adik beradik yang paling kurang ada dalam kisah family rasanya, zaman sekolah kakngah jarang lekat kat rumah, lepas SPM masuk kolej dan kerja, waktu kerja pun kakngah duk menyewa. Kawin usia 23-24 tahun. Makanya, kak ngah kurang berpengalam bila mak/ abah marah. Bila saya cerita kat Zura, kakngah merajuk sebab abah cakap cam tu, Zura pun ketawa. "Cam tu pun nak merajuk?"

Majlis tahlil berakhir dengan selamat, tapi malu sikit bila bungkusan nasi lemak kami tak cukup. Ramai juga orang perempuan yang tak dapat. Minta maaf lah semua..nasi lemak ayam (yang pada mulanya nak buat nasi lemak udang) tu kami budget 70bungkus jer. Sebenarnya saya dah bagitau abah tak cukup, tu pun abah nak suruh buat 50bungkus jer pada mulanya. Bila saya bagitau kat kakngah tak cukup, kakngah tambah lagi 20 bungkus.Tapi masalahnya, sambal dah buat untuk 50bungkus.

Sampai je waktu tahlil, saya duduk belakang tiang dan mengadap orang ramai..apa lagi? mengiralah ! orang perempuan + kanak kanak perempuan = 32 orang. Cukuplah! 
Tapi Malangnya Tak Cukup!!!
Kanak kanak semua tak dapat, orang dewasa pun ramai tak dapat. Aduhai..malunya! Part paling malu bila sorang makcik ni, kami panggil dia Ucu, dia duduk sebelah Makcik Moon,dan Makcik Moon sebelah saya. bila Makcik Moon selak bungkusan dan intai nasi, Ucu sama-sama tumpang jengok nasi lemak makcik Moon, kemudian Ucu berbisik "Sambalnya sikit", Makcik Moon pantas tutup bungkusan dan tepuk peha Ucu,entah apa signal yang Makcik Moon buat, Ucu pandang saya dan tutup mulut , gaya cam rasa bersalah sebab terlanjur kata! Takpe lah Ucu, saya tak ambil hati sikit pun!

 Saya pun mencipta alasan dalam suara yang manja manja dan rasa bersalah "Minta maaflah, tak cukup! nasi banyak je lagi sebenarnya, tapi sambal tak cukup!" Tapi kalau diikutkan, itu semuakan rezeki, yang tak dapat tu kira bukan rezeki mereka lah! Lagipun mana lah boleh budget berapa orang yang datang. kan.. kan..

Saturday, July 30, 2011

wanita,dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Baju raya diawal puasa

Malam semalam, kami ke flat DBKL kat Jalan Klang Lama. Jauhnyaaa... A'ah dah merajuk dengan semua tailor di Malaysia. Kalau yang ada pun jauh lah, apa lah..sudahnya kena lah pergi ke kedai yang jauh ini. Nasib lah dia masih terima dihujunng hujung puasa ni.

Kakak tailor ni orang indonesia, Nama kedainya Yunus Fesyen.Nama nya, entahlah..kal bukan Yunus, mungkin Fesyen. Dah banyak kali dah kirim kain dan baju contoh hantar kat dia, tak pernah pergi sendiri je..semalam, saja gatal-gatal ikut adik (zura) pergi, gatal gatal pun, bawa sehelai kain, dan 2helai baju utk dikecilkan..kat kedai tersangkut pulak dengan sehelai kain, katanya cotton china, rm25 jer.


Tidak! ini bukan baju saya!baju milik pakcik google

Masalah Yunus Fesyen ni, walaupun kedai ciput dicelah flat DBKL, upah baju kurung biasa RM60, upah kecilkan baju RM30, dan upah baju kurung moden RM120.haha..suka pada wanita business minded cam gini! lagi suka bila dapat diskaun RM20!

Kira ok lah tu,kan..dari hantar baju kat orang yang tak dikenali, even murah pun, berakhir dengan sakit hati, buat apa? tak pe lah mahal sikit pun, yang penting puas hati!

Fynn Jamal - 150 Juta


Sweetnya kalo my en.tunang dedicate saya lagu ni..
Lirik dia macam dia sangat faham girlfriend dia..
Hurm, nasib orang lain lain,kan..
tapi, walau bagaimana pun
Saya Dah Mula Rindu En.Riduan 
(Harap maaf untuk kegedikkan ini)

Hip Hip Morey

Semalam balik dari kerja jumpa Mak Cik Esah, merangkap isteri ketua masyarakat kawasan perumahan ni. Mak Cik Esah tanya update tentang tarikh morey. sebab kami plan nak tukar tarikh morey (yang pada awalnya kami pilih 31 Julai) kepada 6 ogos, tapi mengikut perbincangan sebelum ini Mak Cik Esah tak kasi pilih 6ogos sebab tarikh tu dah puasa. Kata Mak Cik Esah, kalau nak bagi orang makan, lagi baik pilih 31 Julai tu, sebab hari hari yang lain orang dah makan, kenyang dah pastuh belum tentu orang nak makan yang kia bawa tu. Saya hanya bagitau akan update kemudian sebab nak tanya Maktam Zaharah dan Kakngah dulu.

Sampai je rumah, saya utarakan isu pada abah, seperti selalu, abah kata "Ikut suka hangpa lah" makanya saya ketemu Mak Tam Zaharah yang tinggal didepan rumah saya. Kata Mak Tam pilih 6 ogos seperti dipinda. dengan kuasa veto Mak Tam mengarahkan saya ke surau, tulis nama kat whiteboard. Sebab takut orang ambil tarikh tu. On the way ke surau, saya telefon kakngah, kakngah kata dia dah ambil cuti 1ogos sebab ingat morey kita 31hb. Alahai, kakngah ni...

Sampai je ke surau. Apa? 6 ogos dah ada orang?! Itu tak berapa nak terkejut, yang lebih terkejut 6haribulan itu morey Mak Cik Esah!

Saya bagitau Mak Tam Zaharah, sudahnya hasil berbincangan Maktam Zaharah pilih 20 ogos dan kami maintain dengan 31 Julai. Takpe, mesti ada hikmah dengan hal ni.. Kaknngah plan nak buat nasi ayam, abah suruh buat nasi lemak..apa keputusannya? kita tunggu pagi 31 hb nanti!

atau  ???

Thursday, July 28, 2011

Jom Kahwin : Abah dok kira duit

Abah update duit kutu tadi, saya bagitau, bulan ni dan bulan depan dapat kutu yang saya main dengan makcik-makcik kat kawasan rumah. Abah tanya tentang duit kutu yang saya main dengan kawan office, saya bagitau InsyaAllah dapat bulan depan juga. Sambil sambil duk kira abah baru sedar duit tak cukup, abah minta RM2500 bulan depan. Alalala latok, RM2500 ke RM250? Mestilah tak mampu..kemudian abah ketawa. Ohh, lawak rupanya. Tahniah, memang abah berjaya buat lawak yang kelakar. Seketika, saya teringat En.Tunang, majuk lagi lah tu, dah 3hari dah hilang.

Sebenarnya, balik tadi, sementara duk tunggu komuter (Ya, saya ngakk punya mobil juga lesen memandu) saya selongkar beg, jumpa tasbih. Hurm, tasbih yang En.Tunang bagi..


Rindu? Hurm, buat masa ni belum lagi..Tapi saya pasti, kalau dia telefon/jumpa utk kali pertama lepas rajuknya habis, mesti En.Tunang tel wujudkan sessi meluah perasaan dan ceramah tentang adab seorang wanita. Dalam ceramahnya pasti wujud tentang wanita yang patut tunjukkan padangan bila ada lelaki yang bukan mahramnya, pastu mesti akan ada ayat syaitan ada pada setiap pandangan lelai terhadap wanita. Saya pasti! Nak betting? RM50 pun saya sanggup! RM500?? sanggup jugak! Tak, saya bukan nak agungkan En.Tunang, jangan salah sangka! jangan salah faham jugak..saya nak cerita betapa dia suka ulang kisah kisah yang sama, dalam setiap situasi yang sama. Macam tel 100 dan agent streamyx tanya lampu kat modem, pastu suruh buat direct connection dari dinding ke modem. Dah boleh agak kan..cam tu lah juga dengan drama ini.


Tahajudd Cinta : Realiti sebenar?

Sinopsis Tahajud Cinta :

Cerita bermula dengan kisah mengenai  sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.  Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak  kpd Citra )ada masalah  dengan suaminya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda  sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan  Citra berjanji kepada dirinya  untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.

Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah.

Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas  di zaman sekarang ni.  Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali  tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat  kepada  Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.

Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri.   Dapatkah Citra dan Solahudin,  menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki.  Solahudin  tidak mahu  menjadi anak derhaka . Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu?

Ini antara sinopsis yang saya berjaya ketemu. Rasanya cerita ni berat.. bukan calang-calang orang boleh mengarah cerita ni..Iye, itu yang saya fikir pada awalnya, dan bila tahu siapa pengarahnya, saya terfikir. Apa pula lah kisah selepas ini. 

Tidak, bukan maksud saya nak beritahu pengarah ini banyak timbulkan isu atau gosip. Tapi sejak  zaman sekolah lagi tiap kali pengarah muncul dengan filem, drama, teater..ada je (bukan semua) kisah - kisah rentetan yang ikut.. 

Director (6 titles)

2006 Diva Popular 

2002 Embun 

1999 Perempuan melayu terakhir 

1999 Daerah shafika (TV movie) 

1997 Jangan (TV movie) 

1995 Jimi Asmara 

2006 Diva Popular (screenplay / story) 

1995 Jimi Asmara (producer) 

Ini antara filem - filem pengarah ini, ingat lagi tak? Saya ulang, bukan semua filemnya diikuti dengan kontreversi. (Ulangn lagi : Bukan semua)

Saya pun tak faham kenapa selalu ada rentetan dari dilem/drama/teater arahan pengarah ni, tapi sinopsis utk isu Tahajudd Cinta, sangat cantik, dari tajuk, jalan cerita hingga ke Citra, segalanya cantik.. (Melainkan watau Ustaz Shauki tu ) tapi mungkin idea ni sangat berat untuk pengarah ini kot..Hurm,.. kasar sangat ke pandangan saya ni? Maaf, tapi ini pendapat peribadi saya. Mungkin sebab itu wujud page ini dan beberapa pages lain. Rasanya ramai juga yang tak berapa setuju dengan wujudnya drama ini.

Kalau tak suka, tak payah lah tengok!

Semudah itu? Sama seperti kalau tak nak mati awal, jangan merokok! tapi kan sebagai perokok sekunder , kita tetap dapat kesan. 'seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan......jangan pula kita menjadi lalat yang merosakkan ikan'.  

Bersangka baik,segala perkara ada baik dan buruknya.

Setuju, segala benda yang terjadi ada baik dan buruknya. Termasuk babi! Iye, Allah turunkan babi ke dunia untuk bersihkan kekotoran didalam bahtera Nabi Noh A.S. Jadi kenapa makan babi haram? Sebab babi banyak keburukan dari kebaikan. Kenapa nak agungkan yang banyak buruk dari yang baiknya? Kenapa? kenapa nak sibuk-sibuk korek ke akar umbi semata mata nak cari baiknya babi? Untuk biarkan agama kita terus dipijak? Keterlaluan ke saya? Minta maaf!

Tapi, menurut penerbit dlm twitter dia, dia tak berniat nak memperlekehkan agama, tp dia just nak menunjukkan realiti. Realiti yg wujud golongan2 agamawan yang mggunakan agama utk kepentingan sendiri (ni ayat dlm twiiter pengarah) yg merujuk pada watak ustaz shauki. 

Persoalannya kenapa? Diulang Kenapa?? Kenapa nak timbulkan isu yangn segelintir tu? Manusia tak sempurna, ada salah, ada silapnya, tapi kenapa nak pandang yang silapnya. Contohnya; Perempuan yang bertudung tak semestinya baik. Mari kita halusi, apa itu bertudung? Kononnya yang bertudung tu menutup aurat. Apa itu menutup aurat? Tapi yang menutup aurat dengan betul pun jahat jugak, yang berpurdah pun ada je yang check -in hotel, tapi berapa kerat? Berapa kerat yang menutup aurat dengan betul (Diulang : dengan betul) check-in hotel? Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tak menjaga aurat? Sama lah juga dengan golongan agamawan ni, nak tunjukkan realiti golongan agamawan ni bernafsu besar, bagaimana pula dengan rata-rata pakcik2/datuk2 dan 'dato' yang bersepah sepah cari pucuk muda? Kenapa sibuk nak pandang sesuatu yang 1 : 1000? 

Tiba tiba saya teringat bagaimana Wardina Safiyyah dibidas dengan isu "artis tak boleh dijadikan idola", pelbagai pihak mencantas pandangan beliau dan membandingkan dengan Dr.Fazley Yaakob dan kejayaan Dato Siti Nurhaliza. Masalahnya, berapa peratus 2 individu ni kalau nak dinisbahkan? 2:1000? Entah! Sebab saya tak pernah terfikir untuk kira berapa ramai artis dalam Malaysia ni, masalahnya beberapa bulan lepas tu isu PHD Dr.Fazley Yaakob diragui. Dan Dato Siti Nurhaliza pula, ramai dah sedia maklum dengan kisah-kisahnya. Inilah sebabnya kenapa "artis tak boleh dijadikan idola". Makanya kenapa nak sibuk-sibuk cari value untuk benda-benda yang kecil sedangkan Allah dah jelas tunjukkan kita jalan. Sibuk nak tunjukkan realiti pelajar Jordan yang bercinta dan berdating ditepi pantai yang kita tak tau nisbah berapa dalam berapa orang. Itu ke realiti wanita berpurdah? Apa pula realiti wanita yang tak menjaga aurat? berhati suci? bersopan santun? berpegang teguh pada ajaran agama? 

Bukan niat nak bidas hasil pengarah wanita ini, cuma tak suka bila isu ni dah dibesarkan wujud golongan golongan yang sibuk nak cari kebaikan disebalik keburukan. Rasanya ramai wanita tidak bertudung di Malaysia ni, dalam ramai ramai tu, pasti ramai diantara mereka yang tahu batas-batas aurat, dan saya yakin dalam ramai ramai itu pasti ramai yang tidak berani untuk berkata tidak menutup aurat itu tidak salah. Rasanay itu lagi mullia dari memerah otak untuk mencari kebaikan dalam keburukan drama ini. Wallahualam.

Madah : Imam Nawawi

Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, 

Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, 

hilang jualah CINTAku padamu..” 

(Imam Nawawi)

Wednesday, July 27, 2011

Blog : Jom Tekan Nuffnag

15:36 27/07/2011 Cik CT telefon dan terus menyanyi andai bila ku mengulang, waktu hilang dan terbuang Hehe..tu lagu caller ringtone saya! tiba tiba dengan penuh excited dan emosi yang agak tidak terkawal Cik CT tanya "Ada, awak ada check nuffnag?"
"Takde wak, semalam saya check takde lagi" saya menjawab penuh sopan dan lemah gemalai
"Saya dah dapat 3hengget 75 sen!" Wujud nilai nilai berlagak dalam nada tersebut
"Banyaknya!" Saya kagum dan dengan penuh emosi saya menaip keyboard, buka nuffnag la mesti.
Point mouse kat symbol dollar terus pamer RM0.00 
"Takde la wak"
"Ada jgn tgk kat luar, tekan kat duit tu" Arah Cik CT penuh perasaan.
Sebagai seorang anak Malaysia yang taat juga penuh wawasan, saya pun tekan button dollar tuh.
"CT, ada seringgit lima sen!" saya pun melonjak kegembiraan!

Hehe, RM1.05 jer.. tapi nak suka juga! Moral dari kisah ini, jika mau saya jadi kaya bagaikan  orang kaya, bantulah saya tekan iklan nuffnag kat sebelah tuh.. janganlah malu malu..niat murni anda, amatlah dihargai!

Blog : Post Your Comment

Post komen sekarang!!!

Kepada kawan - kawan yang kepingin bangat post comment kat blog saya yang comel ini (Muntah skrg!) 

Saya dah enable nye..

Tak tahu pun saya penah disable sebelum ni..

Patutnya tak penah dapat komen, baru bercita cita nak merajuk.

Sila komen skrg!!!



Tuesday, July 26, 2011

Jom Kahwin : Jujur?


Moga entry ni tak mendatangkan fitnah. tujuan hanya untuk melepaskan apa yang saya rasa, takde niat nak aibkan mana mana pihak. Entry ni bukan untuk salahkan kawan-kawan saya tapi cuba nak share betapa sakitnya hati bila kejujuran kita tak dihargai. Pedih sangat!

Kawan (mari kita namakan dia kawan) sms saya ptg semalam, dia marah sebab tak puas hati dengan kawan lelaki (dan dia ni pula kita namakan kawan lelaki) di office (Mungkin boleh refer kat sini) bila saya balas "Sabarlah byk-byk" dia keep reply dan kaitkan lelaki itu sebagai pasangan saya. 


Alahai sayang, akak dah bosan wak...Mulanya, saya tel en.tunang, konon nak mengadu tapi cara dia yang tak welcome buat saya mengambil keputusan untuk bercerita lebih kurang, en tunang suruh abaikan jer..
Abaikan??! 

Dari minggu lepas 'Kawan' duk bebel-bebel tak puas hati sebab kawan lelaki tu block dia dr laman sosial, dalam bebelan keep mention 'boifren kak adda..' yang saya terkedu bila ada kawan yang saya baru kenal 3-4 bulan tanya siapa, dia jawab dengan penuh jujur 'kawan lelaki' (mention nama kawan lelaki tu) . Sayang,awak tak perlu sejujur itu..

Jujurnya, (Banyaknya penggunaan perkataan jujur)  sebelum ini banyak kali dah saya terasa hati dengan kawan saya yang tak habis habis nak kaitkan saya dengan kawan lelaki ni.Iye, memang kami pernah rapat dulu, tapi lagi manis kalau tolong hormat air muka saya di tempat baru, tak payah lah nak ungkit kisah lama, dah setahun pun. 


Dan lagi kami tak pernah ada hubungan yang serius, tak pernah keluar dating, jalan berpimpin tangan. tak pernah.. tapi saya tak pernah suarakan sebab saya tahu semua ni salah saya, kalau takde angin, masakan pokok akan bergoyang. Jadi, saya terima sebagai balasan saya yang gatal selama ini.

Tapi bila kaitkan saya dengan masalah mereka berdua yang melancarkan perang dingin, buat saya rimas. 
Jujur, saya rimas! 
Saya telefon lelaki itu, tanya betul ke dia tak bertegur sapa dengan kawan saya kerana saya? Tak, kawan lelaki kata semua ni sebab tak tahan dengan mulut kawan tu sendiri. 
Hah, tak pasal je bazir prepaid saya! Saya sempat minta maaf kalau saya ada buat dia tak selesa kerana kisah lama kami, dia faham dan dah lupakan kisah dulu. Huh, sangat dewasa pula bila bersembang ala-ala serius gitu..

Magically, (seperti selalu..) letak je phone ada missed call dr en.tunang. 
Cik abg ni memang ada 'kimia' dengan kawan lelaki.. 
Maka sebelum disoal siasat, smlm saya pun jujur lah bagitau, saya tel kawan lelaki sebab nak clarify the issues. Saya bagitau saya tak suka kawan asyik kaitkan saya dengan masalah dorang berdua.

Apa yang jadi? En.tunang marah dan kata saya tak jujur, tuduh saya curang belakang dia. Tak reti jaga adab semasa tunang. Sebab saya tak minta izin dari dia sebelum telefon lelaki lain. Yuhuuu..apa adab semasa bertunang?
Jom gooogleeee..

ADAB BERTUNANG 
Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-


a) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. 
b) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
c) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.

2. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt  bermaksud:-
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]
Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].
Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi bermaksud :-
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud ].
Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi

Part mana yang saya tak reti jaga adab semasa bertunang? Minta izin tu adab seorang isteri. Tak sabar nak kahwin ke apa? 
Bosan..saya bosan bila dia tak pernah nak berubah, tak pernah nak berhenti menyalahkan saya. Saya tau saya tak baik, tapi saya tak sejahat yang dia sangka. Saya tau batas saya! 

Kejap tadi saya sms dia ;
"Sakit hati ya? tp percayalah,lagi sakit hati bila kita disalahkan lps kita jujur.Kalo syg rasa org bukan pmpuan yg sesuai.buat la kputusan.org dh xnk hrp apa2"

Monday, July 25, 2011

Nasyid jalan masih panjang by Edcoustic




Bertakwalah engkau kepada Allah SWT
Bayangkan akhirat dalam kalbumu
Jadikanlah kematian berada di pelupuk matamu
Dan janganlah engkau melupakan saat berdiri dihadapan Allah SWT
Jadikanlah (dirimu sebagai) orang yang malu kepada Allah SWT
Jauhilah larangan-larangan-Nya
dan kerjakanlah kewajiban-kewajiban-Nya
Tetaplah konsisten bersama kebenaran dimanapun berada
Sekali-kali janganlah meremehkan kenikmatan yang diberikan Allah SWT untukmu, kendati pun sedikit.


Sambutlah ia dengan rasa syukur.
Hendaklah diammu dalam keadaan berfikir,
ucapanmu berupa dzikir,
dan pandanganmu ditujukan untuk mengambil ibrah (pelajaran).

Maafkanlah orang yang berbuat aniaya kepadamu.
Sambunglah tali (kekerabatan) orang yang memutuskan hubungan darimu.
Bersikaplah dengan baik kepada orang-orang yang berbuat buruk kepadamu.
Bersabarlah terhadap berbagai musibah,
dan mohonlah perlindungan kepada Allah SWT dari neraka dengan bertakwa.

Note:
* Nasihat ini disampaikan oleh Imam Asy-Syafi'i rahimahullah kepada muridnya yang bernama Isma'il bin Yahya al-Muzani saat beliau mendekati ajal.

Muhasabah Cinta

EdCoustic Muhasabah Cinta free mp3 downloads

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Ehsan : http://www.liriknasyid.com

Wanita Terlanjur, Rasa Diri Jijik & Diterimakah Taubat?

Nak share post ni, dari http://www.zaharuddin.net. renung renungkan dan selamat beramal!




SOALAN
Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.
- Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-
JAWAPAN
Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.
Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.

2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.
Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.
Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi terus terhina dan melahirkan zuriat yang tidak soleh juga semakin membesar sebagaimana Allah memberi amaran. "Di dalam hati mereka dibiarkan berpenyakit lalu Allah menambah penyakit mereka" ( Surah Al-Baqarah)
Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.
3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.
Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.
Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-
إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة
Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan  baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.
Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.
Ayatnya adalah firman Allah:-
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)

5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.
Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.
Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.
KESIMPULAN
Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-
Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.
Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol.janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang  seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.
Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.
Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
7 Ogos 2010