Monday, December 12, 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Syarat Kelayakan Bantuan RM500
* Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
* Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
* Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
* Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.
* Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan

Mykad/kad polis/kad tentera
penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon. Dapatkan borang bantuan isi rumah (boleh DOWNLOAD http://www.treasury.gov.my/, atau berurusan terus dengan pejabat LHDN ) mulai 10 Disember 2011. Isi borang dengan lengkap dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran. Ini kerana LHDN agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,”

2 comments:

Prettywrite said...

kawan cakap ramai yang pakai kereta besar pergi ambik borang ni..maklumlah dekat kelantan 3000 tu dah kira mewah la..huhu

Jari Pun Berkata said...

Prettywrite,
Saya nak ambil untuk abah, walaupun RM500 jer, tapi sapa nak bg free, kan..
Try print tp xboleh, nak suruh adik saya walk in poss office jap lagi!