Thursday, November 17, 2011

Jom Menulis : Saya Pendosa

“Better to be known as a sinner than a hypocrite.”

Bila jumpa quote ni, saya teringat sesuatu dan ianya dekat sangat dengan diri saya.

Iya, diri saya!

Maka,

Saya hadiahkan ayat ni pada diri saya sendiri.

Iya, saya rela awak kata saya bersalah dan berdosa pada awak. 

Ianya lebih baik,. 

Itu yang saya fikir pada mula dulu.

Saya fikir begitu, sebab saya rasa, mungkin tiba masanya awak sedar siapa awak..

Kita dah terlalu besar untuk berangan.

Dan bila awak tak boleh terima, saya fikir ianya tetap lebih baik,

Lebih baik kita tak ada apa-apa dari saya berpura-pura kagum dengan segala kisah-kisah itu..

..dan terus jadi hipokrit.

Teka, apa beza cerita tentang awak pada manusia yang kenal awak berbanding dengan tulis di blog yang tak de siapa kenal awak?

"Itu yang kau patut buat!" Kata kawan kita

Kalau itu apa yang awak dan kawan  kita buat, apa beza kita?

Sebab..

Pada saya, kedua-duanya sama. 

Macam kita duduk dan bersembang tentang dia, dia dan dia..

Macam tu juga saya menulis tentang dia, dia dan awak..

Sebab tu saya tak bagitau siapa-siapa tentang blog ni.

..delete..

..delete..

..delete..

Tak ada apa-apa yang saya nak jelaskan sebab saya tak mampu nak patah balik macam dulu jadi..

Saya pulangkan awak pada hidup yang indah tanpa saya.


No comments: