Monday, November 21, 2011

Jom Fikir : Hanya Saya II

Bila awak kata.. 
"Eleh, setakat itu..Meh kita tukar, aku sanggup je duduk kat tempat kau"
Awak tahu apa yang saya fikir?
"Ambil! ambil semuanya!"

Tapi bila saya fikir semula,..
Bila saya tak cerita segala-galanya pada awak,
Adakah awak juga macam saya?

Saya anggap saya tahu segalanya tentang awak, 
..dan sebab itu saya anggap apa yang awak hadapi tak seberat yang saya galas.
Tapi betul ke?

Sebab bukan segalanya saya mampu kongsi,
walaupun pada saya, awak tempat saya muntahkan segalanya tentang saya.
walaupun pada saya, awak tempat saya luahkan segalanya tanpa hijab,
walaupun pada saya, awak tempat saya ceritakan segalanya tanpa lindung.
Sekali lagi, bukan segaanya saya mampu kongsi..

Dan, ianya meyakinkan saya dengan fakta saya tentang hidup..
'Hanya Saya'

No comments: