Tuesday, November 29, 2011

Jom Share : Curang

Situasi ;

Watak ;
1. Perempuan A sebagai Minah
2. Perempuan B sebagai Ani

Lokasi;
Ka Fei Chong

Ini pertemuan pertama mereka, berkenalan sebab Ani selalu online guna FB suaminya, 
Perbualan dari topik-topik ringan hingga tersasar kepada masalah kisah peribadi.

Minah bercerita tentang kisah cintanya, tentang kekasihnya yang curang dengan kawan sekolahnya dan Ani asyik melafaz syukur tentang suaminya yang jujur ikhlas sejak mula berkawan 16 tahun lepas hingga kini.

Ani beri tips rumahtangga, kataya "Sejak dari bercinta ni kita kena latih diri untuk sentiasa curiga, saya dari dulu lagi dah ajak diri, selongkar hp dia, tanya semua soalan, tabah-tambah lagi bila jawapan dia mencurigakan"

"Sampai sekarang, setiap jam 2pagi saya mesti bangun check hp dia"

Minah ketawa "Setiap malam?"

"A'ah wak, ramai tak percaya, tapi sekarang ni, tepat jam 2 pagi saya akan terjaga untuk check hp dia"

Perbualan berakhir jam 8:31 malam,

Confident tulis jam 8:31 malam! Reka la mesti..
Saja nak buat ayat konon-konon serius,
Nak tau siapa Minah? 
Meh nak sambung..

Thanks Google
Minah adalah teman tapi mesra suami Ani, Azim.
Minah adalah perempuan yang Azim telefon jam 12 tengah malam dan diorang duk bersembang hingga jam 4pagi dan jam 12tengah hari nya dia akan bernikah dengan Ani.
Minah adalah perempuan yang tanya Azim "Kalau awak kenal Ani dan saya dalam masa yang sama, awak pilih siapa?"
Minah adalah perempuan yang Azim bagitau "Kalau saya kenal Ani dan awak pada masa yang sama, saya pilih awak!"

Minah adalah "Abg tengah meeting!" lalu letak tel dan mereka ketawa sama-sama,
Minah adalah "Buat apa nak telefon dia kalau saya ingat awak?"
Minah adalah perempuan yang tinggalkanAzim sebab tak nak rosakkan kebahagiaan awak.

Hurm, bayangkan..
Check hp hari-hari pun tak boleh ubah apa-apa.
Kalau nak curang tu, curang juga!
Percaya pada kawan?
Kalau nak curang, tetap akan curang!
Kesimpulannya, mereka semua tak harus dipercayai!


The Majestic Orchestra - You Mean Everything To Me (HQ Audio)


Special dedicated to 'YOU'
Lupa dari filem apa, tapi katanya 
Cinta Tak Semestinya Bersatu..
&
You Mean Everything To Me

Monday, November 28, 2011

Jom Berkamera

Hari ni saya buat..
Tak buat apa-apa.
Seharian mengadap anak zura,Auni dan Adhwanya..
Tiba-tiba saya jumpa ini.
Gambar raya baru-baru ini.
Actually ni bukan hari raya,
Linda minta ambil pic raya semula sebab pic raya hari tu dianggap disqualified sebab ada muka mak tiri.
So selang seminggu lepas tu, kami ambil pic semula.
Sangat huru-hara!

Belum ready lagi la..
Belum ready jugak!
Perut Abang Yong yang sangat mantap!
Anak-anak Abang Yong dah macam ambil pic persatuan silat dah!
Kami adik beradik. Tengok Abg Yong ketawa!
Menantu Pak Awang. Erk, tapi tak cukup ni, suami Zura takde.
Pada saya pic yang paling menarik rasanya pic yang tak berapa nak jadi.
Buktinya..
Tengok pic yang dua terakhir ni. kan..




Mula-mula nak ambil gambar cucu-cucu tapi dah selerak ke mana-mana dah!
Anak -anak..

Iye, sume pucat lesu sebab sume pun tak make-up, jadi salahkan Linda!

Saturday, November 26, 2011

Jom Share :Kenapa Perlu Jadi Orang Lain?


Hurm,
1 untuk  dikongsi..
Bila kita mampu jadi diri sendiri, kenapa perlu kita jadi orang lain?
Bila kita tak mampu jadi diri kita, kenapa kita perlu jadi orang lain?

Kita ada hak pilih siapa yang kita nak jadi, 
Jadi kenapa kita perlu pilih untuk jadi orang lain?
Kita hak kita,
Milik kita, 
Jom belajar kenal diri kita.
Jadi secara tak langsung kita paham diri kita,
Dan InshaALLAH, kita sayang diri kita.

Jom Bebel : Ting!! Saya hilang

Tora datang lagi..
Ampun la kawan kawan, 
Saja je saya hilang dan muncul kembali.
Sebenarnya saya baru lepas belajar ilmu..
Saya belajar ilmu ghaib
Tinggg ~
Saya sudah punya kamu 
Ya, kamu..
kamu yang tanya kenapa blog ni kena lock
Just nak make sure yang diri ini ada peminat ke x~
<French kiss kamu penuh rakus>


So, 
Sebagai tanda penghargaan kepada peminat,
Sila collect hadiah cenderamata di kaunter pertanyaan
<Tipu kamu>


Tuesday, November 22, 2011

Jom Fikir : Hitamnya Hati

< sumber : sini >
Harus bagaimana lagi 
Dan terus begini 
Dengarkan aku 
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum 
Salahku tetap salahku 
Benarkan ku berbicara 
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila 
Kau kan diam seribu bahasa

Korus 
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu 
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu 
Bagaimana ku nanti 
Bila tiada mengganti 
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam 
Hanya kau ku terbayang 
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka 
Kamulah yang pertama 
Tak mampu aku 
Bayangkan 
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah 
Selalu saja mengabaikan mu 
Dan tapi dah ku sedari 
Segala perit kau lalui 
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu 
Aku bersalah 
Selalu saja mengabaikan mu 
Meninggalkan mu 
Dan tetapi itulah aku sedari 
Segala perit yang kau lalui 
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu 
Bagaimana ku nanti 
Bila tiada mengganti 
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti 
Bila kau tak di sisi 
Yang ku ada hanya kamu saja

Not really suitable nak dedicated lagu ni pada Maha Pengampun,
Tapi tiap kali bila dengar lagu ni, 
Bila penyanyi ni meruntun mengaku salah dia dan mohon maaf,
saya teringat saat pedih saya berpatah balik kejalanNya.

Sangat pedih,
Lagi saya usaha,
Makin payah untuk saya melangkah,
Sesak untuk saya bernafas.
Sangat!!
Sampaikan saya hampir  berputus asa, 

Berburuk sangka dan anggap takde jalan lagi untuk berubah.
Sebab dosa yang maha banyak,
Dan dugaan yang maha hebat waktu saya cuba untuk berubah.

Kata kawan facebook yang hanya dikenali di alam maya,
Allah hanya nak uji seikhlas mana kita..
Allah juga nak ampunkan dosa kita dengan ujian itu..
Betapa Dia Maha mengasihani..

Bila kawan saya menangis dan kata ;
"Saya sengaja gantung telekung  dalam bilik supaya saya dapat tengok telekung hari-hari, dengan harapan saya akan sembahyang  tapi saya tak rasa apa-apa,tak guna lagi nak berubah, byk sangat dosa saya"

Allahu Rabbi,
Tangisan tu pun dah buktikan saya sangat jauh dengan dia,
Betapa saya impikan menangis untuk dosa-dosa saya tapi saya tak mampu..
Hurm,..
Betapa hitamnya hati saya.

Saya sedih sebab saya tak mampu menangis untuk dosa saya,
Saya sedih sebab saya tak rasa apa-apa bila tengok telekung,
Saya sedih sebab saya tak dapat rasa apa yang dia rasa..
Oh,..
Betapa hitamnya hati saya.

Walaupun saya solat hari-hari..
5kali sehari..
Walaupun saya sujud hari-hari..
34 kali sehari..
Tapi saya tetap tak mampu nak menangis macam dia,

Dan sekali lagi,
Betapa hitamnya hati saya..

Jom Fikir : Indon VS Gampang ?

Kenapa marah dengan perkataan 'Indon'? 
sedangkn saya mula-mula dengar perkataan 'Indon' waktu mula2 kerja di dulu, 
saya tanya pd cleaner di tempat kerja "Kampung kat mana?" 
Dan dia jwb "Jawa Timur, Indon" dan lps tu lagi, lagi dan lagi..


Kesimpulannya perkataan 'Indon' memang digunakan oleh org Indonesia di Malaysia, 
Budak Indon ...

budak means hamba dan bagi kami gampang means anak luar nikah. 
Bayangkan situasi ;
Orang Malaysia  : Boleh tolong saya selesaikan kerja ini?
Orang Indonesia : Gampang

Positif bagi orang Indonesia dan sangat.. sangat.. sangat.. negatif bagi orang Malaysia.
So, any issues?

Saya pernah ditipu dgn cleaner di tempat kerja, kononnya takde duit nak mkn dan lesap.


Saya pernah bagi baju-baju yang tak pakai pada Kak Maz, cleaner company lain yang selalu jumpa disurau, pernah bagi dia lotion-lotion, perfume-perfume yang dah tak nak, pernah belikan nasi lemak untuk dia..


Nining, cleaner di company sekarang, kami selalu share  lauk, saya bagi dia lauk yang saya bawa, dan begitu juga dengan dia hari-hari benda yang sama berulang hinggalah saya bertukar bahagian.
Saya punya kakak ipar dari Sumatera yang pandai masak dan baik walaupun ada isu dia tak pandai adab kita, itu dan ini..

Tapi pada saya dan family, ianya sangat.. sangat.. sangat kecil sebab itu kan cuma perbezaan budaya.
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Kesimpulannya, sebagai manusia kita semua unik, 
ada baik, ada yg jahat..
even org Malaysia mahupun Indonesia.

Perlawanan Bolasepak Sukan Sea ke -26?
Malaysia menang!
So what?
Pengadil tak adil?
Makanya 4 gol milik Indonesia juga tak adil?
Kemenangan Malaysia keberuntungan?
Makanya perak milik Indonesia pun keberuntungan!

Gitu dehh?

Monday, November 21, 2011

Jom Fikir : Hanya Saya II

Bila awak kata.. 
"Eleh, setakat itu..Meh kita tukar, aku sanggup je duduk kat tempat kau"
Awak tahu apa yang saya fikir?
"Ambil! ambil semuanya!"

Tapi bila saya fikir semula,..
Bila saya tak cerita segala-galanya pada awak,
Adakah awak juga macam saya?

Saya anggap saya tahu segalanya tentang awak, 
..dan sebab itu saya anggap apa yang awak hadapi tak seberat yang saya galas.
Tapi betul ke?

Sebab bukan segalanya saya mampu kongsi,
walaupun pada saya, awak tempat saya muntahkan segalanya tentang saya.
walaupun pada saya, awak tempat saya luahkan segalanya tanpa hijab,
walaupun pada saya, awak tempat saya ceritakan segalanya tanpa lindung.
Sekali lagi, bukan segaanya saya mampu kongsi..

Dan, ianya meyakinkan saya dengan fakta saya tentang hidup..
'Hanya Saya'

Thursday, November 17, 2011

Jom Menulis : Saya Pendosa

“Better to be known as a sinner than a hypocrite.”

Bila jumpa quote ni, saya teringat sesuatu dan ianya dekat sangat dengan diri saya.

Iya, diri saya!

Maka,

Saya hadiahkan ayat ni pada diri saya sendiri.

Iya, saya rela awak kata saya bersalah dan berdosa pada awak. 

Ianya lebih baik,. 

Itu yang saya fikir pada mula dulu.

Saya fikir begitu, sebab saya rasa, mungkin tiba masanya awak sedar siapa awak..

Kita dah terlalu besar untuk berangan.

Dan bila awak tak boleh terima, saya fikir ianya tetap lebih baik,

Lebih baik kita tak ada apa-apa dari saya berpura-pura kagum dengan segala kisah-kisah itu..

..dan terus jadi hipokrit.

Teka, apa beza cerita tentang awak pada manusia yang kenal awak berbanding dengan tulis di blog yang tak de siapa kenal awak?

"Itu yang kau patut buat!" Kata kawan kita

Kalau itu apa yang awak dan kawan  kita buat, apa beza kita?

Sebab..

Pada saya, kedua-duanya sama. 

Macam kita duduk dan bersembang tentang dia, dia dan dia..

Macam tu juga saya menulis tentang dia, dia dan awak..

Sebab tu saya tak bagitau siapa-siapa tentang blog ni.

..delete..

..delete..

..delete..

Tak ada apa-apa yang saya nak jelaskan sebab saya tak mampu nak patah balik macam dulu jadi..

Saya pulangkan awak pada hidup yang indah tanpa saya.


Jom Kahwin : 43 hari je lagi..

.. cerita sebelumnya sangat miang untuk dikongsikan bagi menjaga sensitiviti pengunjung 18 tahun kebawah dan ibubapa mereka juga.

Bila? 
Tanya En.Tunang

Lagi sebulan 13 hari 
Jawab saya penuh confident!

Salahlah lagi 45 hari 
En. Tunang pura-pura concern

Apa pula, kan esok 17haribulan, ada lagi 13 hari sebab bulan ni kan sampai 30 haribulan je, bulan depan ada 30hari sebab 31haribulan kita kahwin, dah tak payah kira dah lah. Maknanya ada lagi 43 hari je lah 
Saya balas sms dengan penuh semangat.

Entahlah, malas nak kira 
En.Tunang mengaku kalah dengan cara tak berapa nak mengaku.

Takpe lah syg, tak payah fikir fasal ni, sayang fikir pasal benda lain je lah
Yes dear, otak saya bertukar jadi coor biru waktu tu

Fikir apa lagi?
Tanya En.Tunang

Semestinya saya tak balas sms perasan naif tu.
Sangat tipu kalau dia tak faham, melainkan dia tak berada dilandasan yang lurus!

Tapi, kan..cuba tengok table kat bawah ni ;

Daisypath Wedding tickers

Hah, lagi 43 hari ke?
Gila seh,.
Saya tak prepare apa-apa pun lagi.
Tapi tadi saya jumpa ayat dari surah ibrahim.

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim - 14:40)

Monday, November 14, 2011

Jom Fikir : Hanya Saya

Saya?
Iye saya..
Itu yang saya fikir 
Saya hidup dengan diri saya sendiri.
Hanya saya..

Bila saya buang segala-gala..
Bila saya pergi menjauh,

Bila saya berhenti waktu mereka menapak,
Bila saya diam waktu mereka ketawa,
Bila saya tunduk waktu mereka mendongak.

Dan saya sedar dengan yakin,
Saya cuma ada saya.

Apa ada dengan "Awak ok?"
Apa ada dengan "Kesian awak"
Apa ada dengan tepukan tanda semangat itu?

Ada sesiapa sudi ambil sakit ini?
Ada sesiapa mampu beri bahagia itu?

Dan saya yakin, 
Saya cuma ada saya.
Hanya saya milik saya didunia ini.

.. Dan Allah
Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. 
- (At-Taubah 9:129)
TQ google :)

Saturday, November 12, 2011

Ombak Rindu


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Thursday, November 10, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Jom Kahwin : Bunga Reben



Kehadapan Bunga Reben yang sangat dicintai,

Aceceh,.. boleh ke hantar surat kat bunga reben? 
Saya teringin nak dia tahu betapa saya mencintainya~

Dan sengaja buat entry bunga reben lagi supaya awak dapat mengerti betapa saya mencintainya.
Muntah!!!
Iye, macam tu lah yang saya rasa!
Nak muntah sangat bila mengadap benda yang sama hari-hari.

Lepas balik kerja semalam saya ke Kedai Sin Wah,Old Town PJ untuk cari reben yang habis,
Balik rumah sekitar jam 8malam saya mengadap bunga reben sampai 3 lebih.. 
Dah lah sorang - sorang,
Stop kejap ngechat dengan Kak Fara kat ym dan sambung semula.

Bukanlah bunga macam ni, sengaja je tunjuk hasil searching kat google.




Tuesday, November 8, 2011

Jom Kahwin : Kisah Raya Qurban Dan Bunga Reben

Kisah Raya Qurban saya,
Malam harinya saya mengadap bunga reben saya,
Linda kata "Alah, tak best lah, takde mood raya lah"
Lewat malam saya mula masak kuah laksa,
Tidur jam 4pagi dan banguun jam 7 lebih, 
3jam jer?!

Pagi raya abah membebel
"..patutlah hangpa sorang pun tak pernah ikut pi sembahyang raya, rupanya sorang pun tak reti sembahyang raya"
La..la..la..
Saya mandi waktu tu, so tak dengar sangat apa yang abah bebelkan,

Balik kubur saya selamat bersalin,
pakai tshirt dengan kain baju kebaya.
Bersama sanggul tinggi..
(Sangat bibik)
Dan kemas dapur.

Tengah harinya En.Tunang datang,
Minta nasi..
Dah agak dah mamat aloq setaq ni memang cintai masakan saya!
:p
Lepas masak, saya ajak dia beli reben yang habis, 
Dan dari jam 4 lebih hingga 2pagi,
Saya, Zura dan Linda melayan bunga reben :)

Esoknya, saya bangun seawal jam 6,
Kemas dapur dan buka MHI di TV3,
Kemudian saya layan bunga reben,
Bila Zura dan Linda bangun kami sama-sama layan bunga reben,

Abah keluar bilik dan pandang hall yang penuh dengan kotak bunga saya,
Zura kata; "Mulai hari ni, ini kawasan kitorang" Sambil tunjuk tiang sebagai sempadan

Apa kaitan?
Lebih kurang jam 11, Kak Ila telefon ajak pergi Jalan TAR beli barang hantaran,
Balik dari Jalan TAR jam 4 petang dan Zura kata;
"Cepat Kak Yang, kita siapkan bunga kita, nanti boleh buat hantaran pula" 
Dengan penuh tungkus - lumus kami buat bunga reben,
Jam 6 petang, Kak Mala a.k.a kakak ipar saya datang dan sama-sama kami mengadap bunga reben,
Jam 2 pagi, saya dan nak pitam dah dan ajak Zura dan Linda tidur.

Kejap tadi Zura telefon dan bagitau;
"Kak Yang, reben kecil yang tepi ada line gold tu dah habis"
Maknanya apa?
Ya, dia sedang buat bunga reben!

Jom Share : Untuk Bakal Imamku

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini mintaku.


i took from http://nazneennajib.blogspot.com

Jom Nyanyi : Penghujung Cintaku

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu