Bukan senang saya nak duduk depan TV dan menonton cerita dari awal sampai habis, Malam ni saya lakukannya! Tajuknya 'Oh Haram' di TV3 lakonan Aqasha sebagai Rahimi yang baru pulang belajar Usuluddin.
Cerita ini seperti nak beritahu yang Rahimi ni extreme kepada islam, sangat mengikut ajaran islam sehingga kerap dipanggil ortodox islam oleh ahli keluarganya.
Siapa kata kalau kita tegas dalam islam tu kita extreme beragama? Kalau begitu kenapa Rasulullah SAW tak melarang Umar Al-Khattab yang dikenali kerana ketegasannya? Siapa kita yang nak membandingkan diri kita dengan sahabat Rasulullah SAW? Siapa pula yang kata berlembut itu salah kerana itu yang diamalkan oleh Abu Bakar AS.
Yang salahnya bila menginjak-injak kesucian islam itu sendiri, bila menganggap orang yang melaksanakan hukum Allah sebagai golongan extreme dan berfikiran sempit.
Rasanya, jika tak mampu nak berbicara tentang agama, lebih baik diam, dari bertindak dan tindakan itu menghina agama itu sendiri. Cukuplah menganut agama lain menghina islam, kenapa kita yang sudah sedia islam tumpang menghina agama kita. Seperti bertudung kepala, kemudian menasihati orang yang tak bertudung supaya bertudung. Tapi bila muncul seorang wanita lain dan mengajak menutup aurat mengikut syariat islam yang sebenar, kita melenting dan menganggap islam agama toleransi dan tidak perlu berfikiran sempit dan ketinggal zaman.
Ini cuma pandangan peribadi saya, mungkin ada salah hasil kelalaian dan kelemahan saya tapi drama ini sangat mengecewakan kerana pendekatan yang diambil dan ending yang saya tak jumpa moralnya atau saya ke yang salah kerana tak faham apa yang cuba disampaikan?
Wallahualam -
No comments:
Post a Comment