Wednesday, September 28, 2011

Jom Menonton : Kisah Pengkhianat Bangsa

Ini cerita Mamat Khalid dan semestinya saya dan semua pembaca boleh agak siapa yang dimaksudkan.

Saya bukan menyokong PAS apatah lagi PKR, tapi saya sokong apa yang dikatakan Mazidul, dia kelihatan begitu kebal berbanding yang lain.

Dan untuk mereka yang menyokong dia, terutamanya bangsa melayu,syabas saya ucapkan. Syabas kerana biarkan maruah bangsa sendiri dipijak-pijak, dan tahniah kerana menelan nasi lemak yang beracun!

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya..
Biarkan..
Biarkan..
Biarkan bangsa kita di hina-hina..
Biarkan..
Biarkan..
Biarkan mengkhianat bangsa di puja-puja..
Biarkan..
Biarkan..


Dengan senang hatinya saya tujukan lirik ini ;

Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia



No comments: