Friday, September 23, 2011

Jom Kahwin : Entry Ini Jiwang

Malam tadi,jam 8 lebih tel rumah dah bunyi. Hah, sure salah ni no lah tu.. tel rumah tu sebulan sekali pun susah nak bunyi. Lamanya dering.. panas takde siapa yang mengalah nak keluar bilik pick up call, saya pun keluarlah.. (lembut hati mak, nyahhh..) tu pun sebab bilik saya pun yang paling dekat.

"Assalamualaikum" Suara kena tegas, melambangkan usaha yang dikerah .. bergerak dari katil lagi, bangun..jalan, buka pintu, jalan, angkat ganggang..usaha tu, nak angkut lemak bersama lagi..

"Ayang..awat abg call hp tak dapat?"

Boipren cheq..

"Org tel balik!"  Saya terus letak tel, cari hp..mana nokia cabuk i nih?? selongkar..selongkar..

Jumpa! Sure la bateri habis, kan..

Rupanya En.Tunang tel pasal malam nanti ada org nak berubat. 
Pula tu kata dia lagi "Tel mlm asyik cancel call je" 
Pembetulan, syg bukan tel malam eik..kul 2-3 pg tu kira awal pg dah, sure la saya dah hanyut dibuai mimpi..

Tanpa hujan atau guruh juga petir, En.Tunang tanya saya "Ayg tak rindu abg ke?"

Jawapan standard yang saya bagi tiap kali soalan tu diutarakan "Tak"

Seperti biasa En.Tunang ketawa cam kelakar sangat.

Sembang-sembang, kitorg deal untuk pergi JAIS isnin nanti..(saya dah bayangkan nak pakai jubah hitam saya tu, sopan giteeeww..)

Excited lebih saya ni, tapi time sembang takleh lah tunjuk kita ni teringin sangat kat dia, kan.. saya pun buat- buat atur jadual..konon busy lah sgt!

Minta maaf lah, tak reti nak lahirkan rasa teruja kalau dengan En Tunang ni. Rasa cam loser je kalau nak bagitau dia yang saya sangat dambakan kasih sayang dia. Eeeiiuuwww..

But then, saya yakin dia tau apa yang saya rasa.

Kita berdua jauh berbeza,
Langit dan bumi tapi serasi,
Ku cintaimu, kau cintaiku..
Itu saja yang perlu kau dan ku tahu..

Tapi entry ni pun dah jiwang,kan..

No comments: