Tuesday, September 27, 2011

Jom Kawan : Bertudung Tapi Mengangkang


Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah. -Muslimah-

Kawan saya kata "Aku teringin nak pakai tudung,tapi aku tak suka jadi hipokrit, pakai tudung pastu mengangkang kat jantan sesuka hati"

Saya tanya dia "Kenapa kata macam tu?"

Kawan kata "Kau tengoklah kat internet berapa ramai yang pakai tudung lepas tu peluk2, menyundal dengan boyfriend sesuka hati"

Saya faham apa yang dimaksudkan kemudian saya kata "Tapi orang yang tak pakai tudung pun ramai je buat macam tu"

"Iye, memang yang tak pakai tudung pun ramai, tapi sekurang -kurangnya diorang tak hipokrit"

Saya faham, saya ulang lagi ..
Saya faham. Saya ulang lagi ..
Saya faham kenapa dia cakap macam tu tapi "Siapa yang kata yang pakai tudung tu baik?"

"Semua orang kata"

"Tu mentality masyarakat kita je, orang kita je yang anggap yang pakai tudung tu baik. Bertudung tu salah satu tuntutan agama, kalau kita pakai tudung tak bermaksud kita baik, tapi ianya bermaksud kita tunaikan salah satu tuntutan agama"

"Kenapa kita puasa? Sebab tuntutan agama! Kenapa kita tak sembahyang? Itulah yang saya kata mentality, mentality bila kita anggap orang yang tak puasa jahat, sedangkan solat pun sama wajib dengan solat"


"Kalau aku nak pakai tudung, aku nak pakai tudung lepas tu kat belakang kepala tulis Saya pakai tudung dan saya baik, saya tak mengangkang kat lelaki sesuka hati"

"Boleh!"

Kawan ulang ayat yang sama semula "Tulis Saya pakai tudung dan saya baik, saya tak mengangkang kat lelaki sesuka hati"

"Boleh! Macam orang balik haji, kan diorang ada tulis Malaysia kat belakang kepala diorang"

"Kau bagitau aku kenapa kita kena bertudung?"



"Bertudung kan tuntutan Allah, Lagipun bertudung boleh elakkan kita dari dugaan luar.. Cuba awak bertudung lengkap, berdiri kat jalan depan ni, tahan kereta. Tengok penerimaan orang luar pada awak, bandingkan awak pakai spagetti dan short pants"

"Tapi aku dah cukup baik, kalau laki datang ajak fucking pun aku boleh tepis, tak payah nak bertudung ..pakai short pants pun aku dah boleh tepis. Bertudung ni hanya untuk orang yang tak tahan dugaan je, yang tak yakin dia boleh tepis kalau orang ajak fucking"

"Kita ni cakap kena hati-hati..hukum Allah tu"

"Aku tau lah tu, tapi aku benci kat perempuan-perempuan yang pakai tudung tapi.."

"Tak payah lah pandang yang tu, pandang lah perempuan yang pakai tudung dan ikut landasan islam"

"Siapa?" Tanya kawan

"Awaklah. Awak jadilah perempuan yang macam tu..kan Allah dan bagi kita Al-Quran sebagai panduan, Rasulullah SAW sebagai contoh"

Kawan diam..

"Kalau awak nak terus ikut apa yang Allah suruh..pun bagus. Kalau awak nak belajar dulu, cari ilmu, cari lagi..cari lagi.. bila dah yakin baru pakai tudung pun takpe.." Kata saya

"Tapi awak kena ingat, waktu macam ni lah syaitan duk hasut.. dia akan datang dari pelbagai penjuru" Kata saya lagi

"Kalau kita nak cari alasan, 1000 alasan pun kita boleh sediakan. Tapi kalau kita nak cari jawapan, pasti kita jumpa jawapan" Lagi-lagi saya kata lagi..

Saya setuju, memang ramai perempuan yang bertudung tapi tak baik. Saya pun tak baik, saya pun punya ramai kawan yang bertudung dan hipokrit (hipokrit dalam konteks kawan saya)

Mari kita ke pub, berapa ramai yang bertudung di pub. 
Mari kita ke surau pula, berapa ramai yang tak bertudung di surau..

Tapi, kenapa nak tengok yang tu? 

Kalau awak kata, tapi ramai je yang tak bertudung yang tak solat, jawapannya sama je dengan ramai je yang islam tapi tak bersolat.

Dari kita menunding jari kata dia salah, dan saya betul.. 
Lebih baik kita cari salah yang ada pada diri kita dan ubah..dan cari lagi dan ubah.. semoga kita mampu jadi contoh untuk orang lain.

Maaf sebab tak mampu jadi contoh yang baik buat awak, tapi saya harap kita sama-sama mampu mencipta jalan sendiri menuju arah yang satu.


No comments: