Thursday, September 8, 2011

"Hati Ini Milik Allah"

Kawan saya tel lagi, dia memang ada isu dengan tunangnya, tak tahu sampai bila dia mampu bertahan. Hurm, kalau dah sayang..

Mula - mula dulu dia duk bercerita pasal tunang dia yang baru berhenti kerja, tunangnya bagi 1001 alasan, yang ni tak best,yang tu tak seronok, kerja ni penat, kerja tu sibuk, kerja ni tak larat, orang tu jahat, bos ni kejam,..macam macam lah! Makanya kos hidup ditanggung oleh kawan saya. 

Waktu dia cerita tu, saya teringat zaman jahiliyyah En.Tunang dulu, dia pun macam tu, macam-macam kerja dia cuba tapi semua tak menjadi. Jadi saya faham apa yang kawan saya rasa, saya nasihatkan dia bersabar. Dalam waktu yang sama, semua kawan-kawan suruh dia tinggalkan, saya je yang suruh dia bersabar, sebab saya lihat dia sama macam saya dulu. 

Mungkin sebab saya yang faham dan tak menghalang, dia kerap bercerita pada saya, cerita tentang hal dia dan tunangnya,
tunang dia ada perempuan lain,.
tunang dia cekik dia sebab dia jumpa perempuan tu,.
tunang dia tak nak kerja dan tak nak cari kerja,.
Kawan rumah tunangnya duk telefon minta duit sewa rumah dari kawan saya,.
Makin hari makin gila saya rasa..saya ke yang gila sebab suruh dia bersabar, atau dia yang gila sebab bersabar dan terus bersabar. Ustaz Kazim Elias kata "Kalau kita mencintai yang lain melebihi cinta kita pada Allah, kita akan jadi buta dan pekak" Mungkin juga ada benarnya, bukan saya kata dia mencintai tunang lebih dari mencintai Allah, tapi... (iye, ayat saya habis sampai 'tapi' jer..)

Saya melihat nasib saya agak baik, bila En.Tunang berhenti kerja dan tinggal di sekolah pondok di kampungnya (kami tak pernah bercerita tentang ini dengan detail) waktu tu saya rasa dia bodoh dan akan lebih menyusahkan saya lagi. Mana tidaknya, waktu kerja pun gaji tak cukup tiap bulan, nak berhenti dan duduk di sekolah pondok, sapa nak sara? Saya ambil keputusan nekad, tinggalkan dia.3bulan dia disana, 3bulan saya tak menghubungi dia, kata En.Tunang, saya tak support dia belajar agama. Tapi waktu tu saya tak komen, saya fikir, buat apa nak layan orang yang tak pernah faham?Sejujurnya, saya tak marah dia belajar agama, saya marah dia berhenti kerja dan duduk di pondok. Saya marah sebab dia hancukan harapan saya. Waktu tu saya dah 24tahun, berapa lama lagi saya nak tunggu dia? Dan 3bulan saya tak hubungi dia, mungkin sebab faham, dia pun mendiamkan diri.

Tapi lepas 3bulan berada disana, dia berubah. Berubah secara total.. Anugerah terbesar untuk dia dan secara tidak langsung untuk saya. Sikit -sikit dia merangkak bina kehidupan, walaupun mungkin lambat compare than others tapi alhamdulillah! Dan selepas itu dia pindah dari Alor Setar ke Puncak Alam, perkara pertama yang dia buat adalah jumpa abah dan bagitau dia nak 'kawan' dengan saya, huh, lepas 2tahun baru fikir nak minta izin abah?! Perlahan lahan, dia mula berjinak-jinak dengan jemaah masjid. Dia dihadiahkan kawan-kawan yang baik dan saling menasihati. 

Alhamdulillah..Semoga Allah tidak pesongkan hati kami setelah Allah tunjukkan jalan yang lurus.

Benar kata pujangga ; Selangkah kamu berjalan menghampiri Allah.. dan seribu langkah Allah berlari mendapatkan kamu.



Kawan ajak saya jumpa dan bersembang, saya pun tak tahu nak cakap apa. Nak sembang apa? Bukan saya kata dia tak perlu bercerita, tapi siapa lah saya untuk dengar? bukan saya tak nak dengar kisahnya, tapi untuk apa saya dengar? Saya melihat takdir saya dibantu oleh kuasa Yang Maha Esa, perubahan En.Tunang hanyalah anugerah dari Allah, saya tak nampak apa-apa kuasa yang maha berkuasa selain dari-Nya.

Saya pernah bagitau kawan waktu dia minta saya jumpa tunangnya untuk bersembang kisah mereka, saya kata "Akak boleh jumpa kalau awak nak akak jumpa, akak boleh sembang kalau awak nak akak sembang. Tapi untuk yakinkan dia, akak tak mampu. Akak tak mampu ubah hati orang" saya turut pesan kat dia, pesanan dari En.Tunang yang saya ingat sampai sekarang 
" Dia tak mampu nak ubah hati dia sendiri, kita pun tak mampu ubah hati kita,hati ini milik Allah, minta kat Allah, Hanya Dia yang mampu " 
Tapi bila kawan seakan tak yakin dengan pesanan itu, apa mampu saya buat, betul kata En.Tunang, kita pun tak mampu nak ubah hati kita sendiri.


Untuk kawan ;
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran), dan kuatkanlah (perteguhkanlah iman) kesabaran kamu, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan).” (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 200).

-JariPunBerkata-

2 comments:

fatihahct said...

cam kenal je sape org neh...rindula kt awak...

Jari Pun Berkata said...

Puan Siti!!!
rind merindu semakin hari semakin rindu..kenal ke wak? hurm..nasib org lain2, tp tujuan kita diuji sama..utk dinilai semampu mana kita pulang ke jln-NYA