Friday, September 30, 2011

Jadilah Hawa yg ...


Jadilah Hawa yg tinggi dgn didikan agama, merendah diri dgn akhlak terpuji dan baik hati.
Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat Adam.
Jadilah Hawa yg sentiasa dahaga akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yg solehah untuk seorang Adam yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yg mampu menjadi anak, ibu dan isteri yg solehah serta hamba ALLAH yg beriman dan bertaqwa seperti idaman Adam.

Thursday, September 29, 2011

Nasihat : Imam Hasan al-Basr

 "Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, 
BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, 
BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, 

Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, 
nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." 

- Imam Hasan al-Basr.

Jom Kahwin : Nasihat Abah Yang Berjela II

Balik kerja semalam, saya ke dapur minum air, Azura datang tegur 
"Kak Yang campak ayam kat Abg Wan?"
"Mana Tau?" Tanya saya
"Abah cerita"
Dan saya pun bercerita kisah yang sama untuk sekelian kalinya

Pagi tadi saya telefon Kak Ngah, cerita fasal baju nikah, dalam perbualan Kak Ngah tanya
"Kau dah okey dengan Wan?" Hah, mana Kak Ngah tau?
Kejap tu, saya dapat sms;

Akum, sihat ke? Hai, dah lupa kat makteh ke?

Makteh ni adik mak, satu-satunya makcik yang sangat penyayang di alam fana ini. Cheeewah~

Saya pun tel makteh, dalam sembangnya, ada ayat - ayat yang mencurigakan selain dari tanya tentang persediaan nikah, makteh juga cakap tentang

"Kahwin ni kita kena banyak sabar"
"Banyak dugaan nanti, ida kena kuat"
"Perangai perunguih tu kena campak buang" perunguih tu pemarah/panas baran rasanya..
"Lepas ni kena belajar jaga aib suami"

Hah, sah cerita tu dah sampai Penang
Soalannya, terus sampai Penang ke lalu Perak dulu?

Selamat Malam


Selamat malam.
Semoga esok memberi sinar yang baru. 
Saya sayang diri saya, lebih dari saya sayang kamu.
Cukup sudah saya fikirkan tentang kamu.
Saya pulangkan kamu pada Sang Pencipta 
Seperti mana DIA anugerahkan kamu kepada saya.
Kerana saya dah tak mampu angguk setuju.
Iya, saya bukan kawan yang baik buat kamu,. 
Kerana itu, saya pergi..
Semoga kamu ketemu teman yang menghargai kamu.

Wednesday, September 28, 2011

Jom Kahwin : Nasihat Abah Yang Berjela

Tengah meluahkan perasaan dengan Linda pasal kes makan ayam KFC dengan En.Tunang semalam, tiba -tiba abah tanya "Hang campak kat sapa?"

Oh, bukan sepatutnya abah tengah tengok berita ke?

Kemudian,.. 

Linda duk buat memek muka mengejek saya diceramah oleh abah.

Saya bangun, konon-konon angkat pinggan ke dapur. 
"Hang duduk sini" Tengking abah.
Okey, penceramah ini kelihatan mula serius dengan kerjaya yang jarang dipraktikkannya.

"Dengan keluarga hang ok, dengan kawan-kawan lembut gigi dari lidah. Tapi awatla dengan dia hang jadi lagu tu" 
sambung abah lagi

"Kat rumah petang semalam pun abah dah nampak dah, hang dok jerit-jerit kat dia pasal dia tanya awat tak siap awal-awal, hang pikiaq habis-habis.. hang rasa dia tak malu ka? Belum nikah lagi dah kena jerit" 
lagi sambung abah lagi..

"Kalau hang tak buang perangai hang tu, calang-calang laki lah kalau tak bagi hang penerajang"
lagi- lagi sambung abah lagi..

Sejahat itu ke saya? Sangat terasa hati!

Jom Menonton : Slot Akasia TV3 - Sofiyya

Adik Azura suruh saya tengok cerita Sofiyya ni. Dia kata rugi tak tengok, jadi kami pun try tengok.

Ya, rugi tak tengok!


-JariPunBerkata-



Jom Cari : Apa Itu Gangguan Seksual?


Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tidak terhad kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. Ia merentasi jurang gender dan status.

Ianya tertakluk dibawah Akta GANGGUAN SEKSUAL DALAM PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

Saya ceduk dari sini;
MAKNA GANGGUAN SEKSUAL 
Gangguan seksual bermakna: Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal: 

- yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya; atau

- yang, atas sebab yang menasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance). 

Gangguan seksual yang berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.

Gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitujuga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.


BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL 
Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: 

- gangguan secara lisan:

- contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

- gangguan secara isyarat/bukan lisan:

- contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

- gangguan visual contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

- gangguan psikologi:

- contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

- gangguan fizikal:

- contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

Jom Menonton : Kisah Pengkhianat Bangsa

Ini cerita Mamat Khalid dan semestinya saya dan semua pembaca boleh agak siapa yang dimaksudkan.

Saya bukan menyokong PAS apatah lagi PKR, tapi saya sokong apa yang dikatakan Mazidul, dia kelihatan begitu kebal berbanding yang lain.

Dan untuk mereka yang menyokong dia, terutamanya bangsa melayu,syabas saya ucapkan. Syabas kerana biarkan maruah bangsa sendiri dipijak-pijak, dan tahniah kerana menelan nasi lemak yang beracun!

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya..
Biarkan..
Biarkan..
Biarkan bangsa kita di hina-hina..
Biarkan..
Biarkan..
Biarkan mengkhianat bangsa di puja-puja..
Biarkan..
Biarkan..


Dengan senang hatinya saya tujukan lirik ini ;

Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia



Tuesday, September 27, 2011

Jom Kahwin : Hantar Baju Nikah

Jeng jeng jeng..
Saya dah hantar baju nikah kat Pak Jak.


Tailor tuh kawan Pak Jak namanya Fendi (rasanya saya tak salah!).
Mungkin sebab selalu jumpa pelanggan.
Cara dia sangatlah disenangi..
Lagipun dia banyak membantu bagi idea-idea.

Dia banyak gunakan ayat yang cover line ala-ala menjaga hati gitu ;

Contoh ayat :
"A'ah, kan.. kalau letak bunga yanng besar, nanti nampak penuh"
Maksudnya : 
"A'ah, kan.. kalau letak bunga yanng besar, nanti nampak gemuk"

Contoh ayat :
"Tak boleh, takut lah, kan macam melintang"
Maksudnya : 
"Tak boleh, kalau melintang kan nampak gemuk"

Walaupun tipu, tapi suka sebab dia cakap saya dah tak gemuk! 
Katakan semua itu dusta! dusta!!! 
Katakanlah!!!

Jadi, mari kita tunggu hasilnya ~

Kalau yang kat area Kuala Lumpur, Selangor atau Perak yang nak intai-intai, mungkin boleh masuk Facebook dia


Jom Kawan : Bertudung Tapi Mengangkang


Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah. -Muslimah-

Kawan saya kata "Aku teringin nak pakai tudung,tapi aku tak suka jadi hipokrit, pakai tudung pastu mengangkang kat jantan sesuka hati"

Saya tanya dia "Kenapa kata macam tu?"

Kawan kata "Kau tengoklah kat internet berapa ramai yang pakai tudung lepas tu peluk2, menyundal dengan boyfriend sesuka hati"

Saya faham apa yang dimaksudkan kemudian saya kata "Tapi orang yang tak pakai tudung pun ramai je buat macam tu"

"Iye, memang yang tak pakai tudung pun ramai, tapi sekurang -kurangnya diorang tak hipokrit"

Saya faham, saya ulang lagi ..
Saya faham. Saya ulang lagi ..
Saya faham kenapa dia cakap macam tu tapi "Siapa yang kata yang pakai tudung tu baik?"

"Semua orang kata"

"Tu mentality masyarakat kita je, orang kita je yang anggap yang pakai tudung tu baik. Bertudung tu salah satu tuntutan agama, kalau kita pakai tudung tak bermaksud kita baik, tapi ianya bermaksud kita tunaikan salah satu tuntutan agama"

"Kenapa kita puasa? Sebab tuntutan agama! Kenapa kita tak sembahyang? Itulah yang saya kata mentality, mentality bila kita anggap orang yang tak puasa jahat, sedangkan solat pun sama wajib dengan solat"


"Kalau aku nak pakai tudung, aku nak pakai tudung lepas tu kat belakang kepala tulis Saya pakai tudung dan saya baik, saya tak mengangkang kat lelaki sesuka hati"

"Boleh!"

Kawan ulang ayat yang sama semula "Tulis Saya pakai tudung dan saya baik, saya tak mengangkang kat lelaki sesuka hati"

"Boleh! Macam orang balik haji, kan diorang ada tulis Malaysia kat belakang kepala diorang"

"Kau bagitau aku kenapa kita kena bertudung?"



"Bertudung kan tuntutan Allah, Lagipun bertudung boleh elakkan kita dari dugaan luar.. Cuba awak bertudung lengkap, berdiri kat jalan depan ni, tahan kereta. Tengok penerimaan orang luar pada awak, bandingkan awak pakai spagetti dan short pants"

"Tapi aku dah cukup baik, kalau laki datang ajak fucking pun aku boleh tepis, tak payah nak bertudung ..pakai short pants pun aku dah boleh tepis. Bertudung ni hanya untuk orang yang tak tahan dugaan je, yang tak yakin dia boleh tepis kalau orang ajak fucking"

"Kita ni cakap kena hati-hati..hukum Allah tu"

"Aku tau lah tu, tapi aku benci kat perempuan-perempuan yang pakai tudung tapi.."

"Tak payah lah pandang yang tu, pandang lah perempuan yang pakai tudung dan ikut landasan islam"

"Siapa?" Tanya kawan

"Awaklah. Awak jadilah perempuan yang macam tu..kan Allah dan bagi kita Al-Quran sebagai panduan, Rasulullah SAW sebagai contoh"

Kawan diam..

"Kalau awak nak terus ikut apa yang Allah suruh..pun bagus. Kalau awak nak belajar dulu, cari ilmu, cari lagi..cari lagi.. bila dah yakin baru pakai tudung pun takpe.." Kata saya

"Tapi awak kena ingat, waktu macam ni lah syaitan duk hasut.. dia akan datang dari pelbagai penjuru" Kata saya lagi

"Kalau kita nak cari alasan, 1000 alasan pun kita boleh sediakan. Tapi kalau kita nak cari jawapan, pasti kita jumpa jawapan" Lagi-lagi saya kata lagi..

Saya setuju, memang ramai perempuan yang bertudung tapi tak baik. Saya pun tak baik, saya pun punya ramai kawan yang bertudung dan hipokrit (hipokrit dalam konteks kawan saya)

Mari kita ke pub, berapa ramai yang bertudung di pub. 
Mari kita ke surau pula, berapa ramai yang tak bertudung di surau..

Tapi, kenapa nak tengok yang tu? 

Kalau awak kata, tapi ramai je yang tak bertudung yang tak solat, jawapannya sama je dengan ramai je yang islam tapi tak bersolat.

Dari kita menunding jari kata dia salah, dan saya betul.. 
Lebih baik kita cari salah yang ada pada diri kita dan ubah..dan cari lagi dan ubah.. semoga kita mampu jadi contoh untuk orang lain.

Maaf sebab tak mampu jadi contoh yang baik buat awak, tapi saya harap kita sama-sama mampu mencipta jalan sendiri menuju arah yang satu.


Jom Share : True Friend


True friends are not those who tell us what we 'want' to hear but rather what we 'need' to hear. Friends are responsible to ensure that the friendship results in the improvement of both sides spiritually as well as in other ways. Those who fear hurting us if the truth is told to us are like those who would rather see us making the wrong decisions in life & then sympathise when we suffer, yet they knew all along how to have saved us. One true friend is better than 1000 hypocrites cheering us on!

Jom Kahwin : En.Tunang Dan Air Panas

Saja nak share.. Walaupun entry ni agaklah tak berapa sopan untuk wujud didalam alam maya ini..tapi nak wujudkan jugak!

Pagi ahad, Aida mesej bagitau nak datang, sebenarnya En.Tunang dah bagitau nak datang petang yang sama. Tapi saya saja tak bagitau Aida, takpe je kalau dua-dua ada kat rumah. Itu yang saya fikir..

Aida sampai dulu, saya nak ajak makan, tapi waktu tu ada Masak Lemak Ikan Tongkol je, itu pun masam..terlebih asam keping rasanya.. Jadi, saya masak sambal udang.. Mula-mula plan nak makan dengan Aida, tapi tengah tengah masak En.Tunang dah sampai. Jadi makanlah bertiga, sebab abah tidur waktu tu.

Baru lepas makan, En.Tunang minta bancuh air panas, duk kejap abah nak pergi open house raya kat Bukit Kerinchi, lepas abah pergi, En.Tunang tumpang tidur bilik abah dan saya sambung buat bunga reben dengan Aida.

Tengah buat bunga reben, saya sedar dah petang, saya ajak Aida pergi jumpa Pak Jak, dia pak andam kat area rumah kami..Saya hantar baju nikah!

Balik tu kami pergi cari makanan kesihatan. Chicken froozen dan coca-cola. Nyum..Nyum.. Kejap tu En.Tunang cari, suruh balik solat maghrib..Huhu, teringat arwah mak..tu antara kerja arwah mak kalau kitorg still tak balik waktu senja.

Masuk je rumah, dah dengar sayup-sayup En.Tunang dok berzikir. Damai je.. 

Kami terus ke dapur dan.. masak, juga minum coca-cola serta..mengumpat! Suka sangat!!! Siap masak, kami hidang makanan kesihatan tu.

Waktu masak Hafiz datang, Hafiz ni anak jiran yang arwah mak pernah pengasuh , takde la lama sangat arwah mak jaga dia, sampai umur dia 2-3 tahun rasanya, lepas Wan dia pencen, Wan dia yang jaga tapi Hafiz still datang rumah kalau Wan dia keluar ke, ayah dia ada hal ke..Lagipun, rasanya dia suka datang rumah kami sebab nak main angry bird, ayah dia pun tak kasi dia pergi Cyberface jadi rumah kami ni lah alternatifnya.

Lepas makan, saya ke dapur , apa lagi kalau bukan..
cuci-cuci-cuci..
cuci-cuci-cuci..
cuci-cuci-cuci..
Hah, kat dapur pun sempat iron baju lagi..

En.Tunang lagak seorang tuan rumah melaung dari hall
"Ayang,buat air panas"
Apakah?!
Aida senyum - senyum tapi saya tak pasti maksud senyum dia, yang pasti saya dah tahu, En Tunang rasanya akan minum air panas lepas makan!

Lepas hantar air milo panas (sebab kami takde kopi), En.Tunang suruh masak nasi. Arrrgghh!!! Tapi disebabkan lauk takde, dia minta tukar kepada maggie je.Mulanya saya ingat maggie tuang air panas je, rupanya nak masak juga, taruk telur dan ikan tongkol tapi its better than kena masak lauk,kan.. Tapi nak Arrrghhh!!! juga! Yang lagi Arrrghhh!!! lepas bagi maggie dia minta air. Sure lah saya bagi air kosong,kan..

Kesimpulan yang saya dapat, saya sangat penat! Baru 1 hari tu,.. Betul ke keputusan saya nak spend seluruh hidup saya buat Mohd Riduan Che Saad ni?

Jom Kahwin : Pagi Yang Gelap

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang...


Tak ada apa pun, tiba tiba nak nyanyi lagu ni..
Alhamdulillah, setelah penat berchentan - chentun. Penat bertunang bagai.. Semalam abah dan En.Tunang dah selamat hantar borang..

Miowww..
(Laksana kucing manja yang miang)

Semalam, waktu sembang dengan Aida kat rumah, saya tanya Aida
"Awak rasa saya dah bersedia ke nak kahwin?"
"Awak patut listdown, tulis kenapa awak patut kahwin dan kenapa tak patut kahwin.."
Hurm..
"Tapi saya rasa, kalau sekarang ni, awak dah lewat dah.."
"Awak patut fikir cara untuk terima dan berubah untuk perkahwinan awak"

Hurm, jawapan Aida sangat positif! Suka jawapan yang tak berapa bagi saya terbang berangan di angkasa raya!

Jadi. jom fikir caranya..



Monday, September 26, 2011

Jom Kawan : Tidur


Sedang habis cerita berborak dgn Aida semalam, saya tak tahu apa yang berlaku, saya terjaga tengah malam dan Aida masih belum tidur
"Awak tak tidur lagi?"
"Saya charge HP" kata Aida duduk depan charger.
"Saya tertidur masa kita sembang ya?" Teka saya
"A'ah, awak tertidur" 
Haha,ampunlah Aida..saya tak sedar kejadian tu berlaku. 
Tak senonoh saya ni, tengah sembang pun boleh tidur :(

Sunday, September 25, 2011

Jom Kahwin : Hantar Borang Kahwin

Kejap tadi En.Tunang tel, tanya borang dah isi ke..dah complete ke semua? sebab kami dah plan nak pergi JAIS esok, waktu ulang alik dapur ke hall pasal nak clear meja makan, Adik Linda tiba tiba bersuara. 
"Eeii tak sabarnya nak habis hari ni" 
"Adik cuti bila?" Tanya saya konon-konon concern
"Esok" Jawab adik ringkas
"Oh, yeke? Akak pun ambil AL esok, akak nak pergi JAIS dengan Abg Wan"
"Suka, nak ikut!" Adik excited lebih..
Apakah? 
Tak sweetlah pergi hantar borang kahwin bertiga! 
Kan ke pepatah kata berdua lebih baik! 
Haha, tipu! saya tak kisah pun nak angkut sesapa hantar borang ke apa ke..

Friday, September 23, 2011

Jom Kahwin : Entry Ini Jiwang

Malam tadi,jam 8 lebih tel rumah dah bunyi. Hah, sure salah ni no lah tu.. tel rumah tu sebulan sekali pun susah nak bunyi. Lamanya dering.. panas takde siapa yang mengalah nak keluar bilik pick up call, saya pun keluarlah.. (lembut hati mak, nyahhh..) tu pun sebab bilik saya pun yang paling dekat.

"Assalamualaikum" Suara kena tegas, melambangkan usaha yang dikerah .. bergerak dari katil lagi, bangun..jalan, buka pintu, jalan, angkat ganggang..usaha tu, nak angkut lemak bersama lagi..

"Ayang..awat abg call hp tak dapat?"

Boipren cheq..

"Org tel balik!"  Saya terus letak tel, cari hp..mana nokia cabuk i nih?? selongkar..selongkar..

Jumpa! Sure la bateri habis, kan..

Rupanya En.Tunang tel pasal malam nanti ada org nak berubat. 
Pula tu kata dia lagi "Tel mlm asyik cancel call je" 
Pembetulan, syg bukan tel malam eik..kul 2-3 pg tu kira awal pg dah, sure la saya dah hanyut dibuai mimpi..

Tanpa hujan atau guruh juga petir, En.Tunang tanya saya "Ayg tak rindu abg ke?"

Jawapan standard yang saya bagi tiap kali soalan tu diutarakan "Tak"

Seperti biasa En.Tunang ketawa cam kelakar sangat.

Sembang-sembang, kitorg deal untuk pergi JAIS isnin nanti..(saya dah bayangkan nak pakai jubah hitam saya tu, sopan giteeeww..)

Excited lebih saya ni, tapi time sembang takleh lah tunjuk kita ni teringin sangat kat dia, kan.. saya pun buat- buat atur jadual..konon busy lah sgt!

Minta maaf lah, tak reti nak lahirkan rasa teruja kalau dengan En Tunang ni. Rasa cam loser je kalau nak bagitau dia yang saya sangat dambakan kasih sayang dia. Eeeiiuuwww..

But then, saya yakin dia tau apa yang saya rasa.

Kita berdua jauh berbeza,
Langit dan bumi tapi serasi,
Ku cintaimu, kau cintaiku..
Itu saja yang perlu kau dan ku tahu..

Tapi entry ni pun dah jiwang,kan..

Thursday, September 22, 2011

Jom Makan : Sate Goreng

Tadi ada pot luck raya kat office, ada balance kuah kacang dan Zila dok agih agihkan kat kawan..bungkusan yg terakhir tu dh xde sapa dah yg nak, then Zila letak kat atas meja saya "Awak ambil je lah!"

Sampai je rumah, tak ada benda makan pun..makanya saya google dan temui ini disini ;


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup

Cara-cara

  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

Dan....

Tapi ni bukan gambar yang saya masak, ni gambar milik makcik google