Thursday, December 29, 2011

days to go ..


days to go ..

Wednesday, December 28, 2011

Kawan Lama

Saya telefon seorang kawan tadi, kami pernah kenal 9tahun lepas, waktu saya lepas SPM,
Saya jumpa dia pun waktu search by his name kat google,
Bila buka image, jumpa pic dia,





Dia kerja dengan Lembaga Zakat Sungai Petani,
Tadi,..
Saya telefon dan minta cakap dengan dia,
Kata pegawai tu dia cuti panjang,
Saya cuba minta personal contact number,
Pegawai tu kata dia dah pesan jangan bagi kata orang sembarangan,

Melalui pegawai tu, saya dapat tau dia kena heart attact,
.. dan sedang bercuti panjang sekarang,
Semoga dia pulih.

Tiba-tiba menyesal pula sebab tak tinggalkan no tel,
Saya akan cuba lagi esok.
Either try jugak dapatkan no dia, atau tinggalkan no saya.

Tuesday, December 27, 2011

Jamu Mak Dara Gold

Produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu mengurangkan masalah-masalah seperti yang selalu dialami oleh wanita dari pelbagai peringkat umur. Ia merupakan satu produk herba yang menggabungkan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Khasiat produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem 
tubuh.


Selain itu Jamu Mak Dara Gold juga dapat mengurangkan ketegangan sendi dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka yang menghidap Arthritis.


Produk Jamu Mak Dara Gold merupakan pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Jamu Mak Dara Gold bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk merangsang gaya hidup sihat dan aktif apabila digunakan secara berkala dan konsisten berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan

Boleh didapati di dalam bentuk serbuk dan juga kapsul.

Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-
1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.


2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.


3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.


4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.


5. Memberi Tenaga 
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.


6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.


7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.


8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.


9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.


10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.


11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.


12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.


13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.


Jom Kahwin : Rushing

Plan untuk hari ni ;
Lunch nanti pergi Menara TM, nak tengok bagu anak buah kat sana,
Lunch juga nak pergi teman A'da beli jamu dia di NVDA Beauty,
Balik kerja jap lagi nak pergi mandi bunga di NVDA Beauty,
Balik nanti juga nak jumpa Pak Jak sebab semalam tak jadi fitting baju sebab orang yang jahit baju tu tak sempat nak siapkan.

Arrghhh!!!

Ambil nafas...
Hembus!

Ambil nafas...
Hembus!

Monday, December 26, 2011

Jom Kahwin : Hand Flower Untuk Bridesmaid

Hand Flower Untuk Bridesmaid
Tak payah lah nak rojak sangat!
Tapi saya tak tau nak guna bahasa apa untuk bahasa melayu.
Bunga tangan untuk pengiring pengantin?

Tapi menatang itulah yang kami cari tadi,
kami pergi cari bunga tangan untuk bridesmaid saya.
suka!!

Tak, bukan ini.. Bunga saya belum gubah lagi..

Lets Count : 4

Plan untuk hari ini,..
Deal fitting baju dengan Pak Jak..
Beli tudung dan langsir bilik di Jalan TAR,
Wah..
Dah tak banyak benda nak buat

Sunday, December 25, 2011

Five Day To Go..

5 day to go..
Tadi abah buat small party untuk jiran-jiran kat sini,
sembang pasal kenduri nanti sebab malam jumaat kami masak sendiri, sabtu je guna catering,
so kena lah bincang sapa nak masak,
apa nak masak, banyak mana,.
so, kena ke nervious?
<senyum-senyum miang!>

Saturday, December 24, 2011

Hijab

Tadi masuk kedai ... 
Tak perasan pun apa nama kedai tu, tapi yang pasti kedai tu jual tudung, 
Kaklyn kata "Ida, aku rasa aku nak pakai tudung lah!"
How sweet..
..tapi disebabkan Kaklyn ada masalah dengan persekitaran yang tidak seimbang :p 
so, saya abaikan kata-kata tu.

With my veil I put my faith on display – rather than my beauty. My value as a human is defined by my relationship with God, not by my looks. I cover the irrelevant. And when you look at me, you don’t see a body. You view me only for what I am: a servant of my Creator.
You see, as a Muslim woman, I’ve been liberated from a silent kind of bondage. I don’t answer to the slaves of God on earth. I answer to their King.
Yasmin Mogahed, “A Letter to the Culture that Raised Me” (via thegirlcalledm)

Cancer are ...

#Cancers are selective about who they want to spend time with. 
They are not the type who want to socialize with anyone and everyone.



Friday, December 23, 2011

Facial Treatment : Wow ~

Wah, macam tak de kerja je kan..
Tapi xkisah nak menyibuk gak kat sini!
Nak share kisah saya pergi berfacial~
Wow ~ ~
(Takde la wow sangat!!!)

Tapi untuk saya wow lah!
Saya buat kat NVDA Beauty Care, 
Kat LRT Kerinchi, kedai kecil je tapi wow ~
Nama owner dia Rita, walaupun buat facial, dia urut habis urat pelikat saya!
dada juga..
Kepala pun dia urut, rambut pun,
Nasib baik dah cuci rambut malam sebelumnya, kalo tak sure malu jumpa lipas mati dalam gumpulan rambut,kan..
Walaupun ni facial ke-3 dalam hidup, saya nak bagi rating juga..
dari 1-5 bintang, saya bagi dia 4 1/2!! yang kurang 1/2 tu untuk masa tunggu diawalnya.

NVDA Beauty Care



Postal: Lot D 1.14, Jalan Pantai Baru, 59200, Kuala Lumpur, Wilayah PersekutuanSpa
Tel. No: 03-22881171                                
H/P.  0124674006 / 0163614177






Tapi masa duk bercerita kat kawan-kawan seperjuangan,
Dila kata "Habis lah Kak Adda, wan bukan orang pertama"
Pasal kes Rita urut sampai ke dada
Dalam ketawa, sempat saya fikir, bukan orang pertama?
Arrrgh!!! 
Kenapa mesti Rita? 
Kenapa?!!

Okey, saya admitt,
perenggan diatas ni agak miang!

Wednesday, December 21, 2011

Siapa Arif Alfian Rusli dan Adam Adli?

Tiba-tiba nama Arif Alfian Rusli dan Adam Adli sangat popular disetiap pages yang saya buka. 
Iye, tiba-tiba..
Pages mana? pages mazidul dan mazidul dan mazidul lagi...
(sebab pages ni je yang saya buka sendiri yang lain tu semua link-link dan pages paper dan.. youtube)

Siapa Arif Alfian Rusli?
Google please..


Pinjam dari sini
Arif Alfian Rusli, 28tahun, seusia saya,walaupun saya tak pernah jadi ketua pengawas apatah lagi pelajar sepintarnya tapi alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah lagi terpesong sejauh itu, minta jauh juga dari perbuatan sejauh itu, takut nanti jauh benar untuk berpatah balik.

Menurut komen, ramai yang melahirkan rasa tak puas hati, hatta mengutuk perbuatan beliau,
Iye, saya juga..

Ada komen di ... lupa! kata komentar itu 'Belajar sampai U, tapi bodoh sampai Z' Maaf kerana saya sangat suka komen ini!

Tapi.. 
Pesan arwah mak, bila 1 jari kita tunjuk pada orang 4jari yang lain menunjuk kearah kita, mak kata kita kena lihat diri kita sebelum kata kat orang.
Hah, ustazah sudah mai...
Tak la, tapi komen-komen yang saya baca tu kadang-kadang buat saya terfikir, sempurnanya kamu..
Macam tak fikir langsung yang Allah wujudkan kisah ini dikalangan kita sebab nak beri kesedaran pada kita tentang keruntuhan akhlak masyarakat kita. 
Iye, bukan hanya rakyat Malaysia di Dublin tapi disini juga.

Adam Adli?
Siapa Adam Adli?
Google juga please..

Pinjam pic dari sini
Dia dikatakan remaja 22tahun yang bertanggungjawab menurunkan bendera Presiden UMNO dan berundur bila hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakannya.

Iye, saya bukan srikandi muda sehebat Nurul Izzah, atau sepintar Ariff Alfian Rusli atau punya semangat sekental Adam Adli, tapi saya pernah berusia 22tahun dan pernah bergelar mahasiswa.

Saya ingat lagi, bila abah bayar duit pendaftaran (sebab pinjaman pengajian belum lulus) walaupun tak sampai RM2000 ianya sangat besar untuk saya; 
Tiap kali kawan ajak ponteng saya akan ingat moment itu. 
Bila saya lupa formula statistik juga, 
Bila saya malas nak study, itulah yang menjadi pembakar semangat saya.

Kali pertama menonton kisah mereka di youtube, yang saya terfikir, mereka tak fikir ke apa yang orang tua mereka fikir?


Anak tokei kilang duit agaknya..
Eh,
Seketika, saya jumpa post ini;
Pinjam dari sini
Oh, ingatkan anak tokei kilang duit..
Fikir mak ayah rupanya, dan saya rumuskan mereka ni macam anak buah saya;
"Adhwa sayang Mak Lang tak?"
"Tak!"
"Taknak beli vitagen kat Adhwa lagi!"
"Ok-Ok, sayang-sayang" Sambil peluk saya.

Teka,apa persamaan mereka berdua?
Pada saya mereka berdua sama-sama tak fikir orang tua sebelum bertindak.

Again, saya bukan (diulang 'bukan!!') side UMNO mahupun pembangkang macam yang En.Tunang duk kata, saya cuma seorang rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan Hamba Allah yang sangat sayangkan islam, saya tak sokong kerajaan yang menolak hukum Allah juga parti yang mengaku perjuangkan islam dan mempermainkan hukum Allah.

En.Tunang kata "kita sokonglah depa dulu,lepas depa dah perintah, depa ubahlah" 
Sokong depa dan meletakkan negara kita disuatu kedudukan yang tak pasti? 
Lihat saja bagaimana puak-puak tertinggi parti non-muslim mereka menilai islam.
Say no to that kind of risk, sayang..


Atas pagar? 
Kalau itu perkataan yang sesuai untuk saya, saya terima, asalkan ianya tak mendatangkan murka Allah. 

Monday, December 19, 2011

I've been proposed & I'm engaged :D

 
Cari dia kat sini


Sweet cam nak lompat-lompat, 
Toing..
Toing.. 
OK, keep the tips, 
Kena kuatkan semangat untuk simpan tips dia, 

Bercinta kerana Allah. 
Berkahwin kerana Allah, 
..dan, bersatu kerana Allah.

Tips menarik untuk awal pagi ni,
(Psssttt..now is 0036)
Tiba-tiba teringat kisah tadi, 
En.Tunang singgah solat maghrib kat rumah, 
masa dia nak balik saya tolong angkat paper bag kasut untuk dia,
"Simpan lah dulu, nanti abang datang ambil"
"Bila lagi nak jumpa, next week abah nak buat makan-makan, mana boleh keluar dah" Terang saya
"Apa pula tak jumpa pula,.." Kata En.Tunang
"Bila lagi? Minggu lagi satu kan dah kenduri.." Kenduri??
"Gila, seminggu lagi aku nak kahwin dengan kau?" Gila kentang memang tak sangka.
"Gila!!!" Ya, sangat gila!
Saya meroyan sorang-sorang,
Dalam tak sedar, kan..
Dah nak kenduri..
Saya rasa cam baru je saya calculate ada lagi 3bulan lagi, 
Camne pula hari ni ada lagi 11hari?
Haish..
"Senget" En.Tunang ketawa dan beransur pulang.

Sunday, December 18, 2011

Jom Kahwin : Kasut Kahwin

Alalala ~
Penat pusing-pusing pilih kasut..
Anak-anak lapar, pusing-pusing lagi..
Tak minat,..
Tak minat,..
Tak minat,..
Bila jumpa yang minat, En.Tunang rambang mata, kena la tunggu..
"Cari kedai lain la ayang"

"Oh, tak suka ye? Jom"
Syarat utama untuk melafazkan ayat itu adalah :
- Suara maintain perlahan
- Say no to sarcastic!
- Senyum sehipokrit yang mungkin
- Jalan depan konon-konon excited nak cari kasut dia!

Yes, mak mertua, i amat mencintai anak u!
<Tangan dibahu, mata pandang ke udara>

Sebab niat tak ikhlas itu, sy tertinggal 1 strip kasut saya kat Voir!
Haishhh..


Jom Kahwin : Beli Kasut Kahwin

Semalam En.Tunang kata hari ni dia kena kerja, 
"OK, mengecewakan memang tagline syg!"
Pagi tadi, En.Wan telefon, ajak perli beli kasut kahwin, 
Hip Hip Horey!!!
Masa minta duit kat abah, abah tanya, kasut dalam kotak tu nak buat apa?
Refer pada sepasang kasut yang tak guna lagi.
Disebabkan adik, Linda ada kat rumah, so kami decide untuk angkut bersama, included in package adalah Adhwa dan anak jiran bawah rumah.


1 thing 2 do 3 words 4 you i love you

Ya,syg..awak mampu memilikinya! 2 aje??
0.50sen! dah bagitau dah, tak nak percaya!
Ya, dia sedang teruja memasukkan duit
Teruja lagi..
Excited sebab En.Tunang janji nak belanja purse
Teruja sebab.. banyak sangat sebab dia nak teruja.. #LOL
"Apakata.." Permulaan yang bijak untuk minta baranng free
Ya, inilah Hafiz,anak jiran saya
Kami :)


Kakngah selalu kata kami ni, kalau baik over semacam jer, tapi kalau gaduh..
Ya, ayat kakngah stop kat situ je.
Sila sambung ayat anda tidak melebihi 1800 patah perkataan.

How to Choose the Perfect Wedding Shoes

Lagenda Budak Setan


Lagu lama..tapi kalau nak suka jugak boleh tak?


Ombak Rindu Instrumental

Saturday, December 17, 2011

Dimana Letak Syurga Itu?

dimana letak surga itu
biar kugantikan tempatmu denganku
adakah tanda surga itu
biar kutemukan untuk bersamamu

Sering kita cari syurga, sampai kita lupa kita pernah memilikinya dan mengabaikannya.

Sayang,..
Kemudian kita buat pilihan, sedangkan itu bukan pilihan terbaik, 
Kita pilih bukan sebab cinta, tapi sebab takut tiada lagi pilihan lain.

Di penghujung garisan,..
Kita sedar yang kita telah buat keputusan yang salah.
Dan waktu itu kita sedar, kita dah terlalu lewat untuk buat keputusan.

Kata teman,..
"Bukan dah terlambat, awak kena berubah untuk permulaan yang baru"
Untuk sisa-sisa masa yang ada, 
Tolong kurniakan kekuatan untuk perubahan itu Tuhan.

kubiarkan senangku menari di udara
biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta

Jom Kahwin : Saya Sayang Kawan-Kawan Saya

Jom ambil mood pas kad kahwin kat kawan-kawan di PJ.
Waktu ni yang saya rasa bukan excited nak kahwin tapi lebih kepada excited nak jumpa kawan-kawan,
Excited nak pakai baju cantik,
Excited kat kawan-kawan yang excited.
Bila kawan-kawan cerita diorang dah beli/tempah baju polkadot untuk majlis saya..
Suka!!!

Big Hugs to u guys :)

Friday, December 16, 2011

Fuck You

Apa lagi?
Saya terima segalanya!
Apa lagi?
Bagi..
Saya akan ambil!
Ambil semuanya!
Saya Benci Semua!!!


Benci bila kena marah atas kesalahan yang saya tak buat!
Benci bila kena jawab soalan yang saya tak tahu!
Benci pada pertolongan yang tak membantu!
Benci segala-galanya tentang semuanya!


Apa kejadahnya tanya bila awak boleh buat keputusan sesuka hati?
Apa jenis soalan yang awak tanya kalau awak sebenarnya nak pretend macam nak membantu tapi sebenarnya lebih menyusahkan hidup saya?


Saya benci segala-galanya tentang semuanya ~

Jom Nyanyi : If I Were A Boy

Lirik Lagu Beyonce – If I Were A Boy
If I were a boy

Even just for a day
I’d roll outta bed in the morning
And throw on what I wanted then go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I’d kick it with who I wanted
And I’d never get confronted for it.
Cause they’d stick up for me.

[Chorus]

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed
If I were a boy
I could turn off my phone
Tell evveryone it’s broken
So they’d think that I was sleepin’ alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
Cause I know that she’d be faithful
Waitin’ for me to come home (to come home)

(Chorus)

It’s a little too late for you to come back
Say its just a mistake
Think I’d forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong

(Chorus)

But you’re just a boy
You don’t understand
Yeah you don’t understand
How it feels to love a girl someday
You wish you were a better man
You don’t listen to her
You don’t care how it hurts
Until you lose the one you wanted
Cause you’ve taken her for granted
And everything you have got destroyed
But you’re just a boy


Where Are You Now?



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tajuk Nasyid : Permata Yang Dicari
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa

Thursday, December 15, 2011

Yang Mana Satu?

Adhwa Oh Adhwa ..

Grrr.. <mood tak berapa redha>
Sejak akhir-akhir ni memang Adhwa liat sangat nak balik rumah dia.
Sebabnya Adhwa tengah addicted main games kat uptoten 
Kata Adhwa "Mak Lang pandai" <Bangga!>




Baru je lalok nak tidur, Adhwa panggil suruh ajar dia main games, 
Baru nak tidur dia panggil lagi minta nenen, dah nak pukul 1 kot, masa duk gerodek-gerodek milo dia kat dapur
"Mak Lang buat lah maggie"




Apakah?
"Adhwa minum nenen je lah, kan dah malam, nanti gemuk" Cubaan memujuk
"Alah, Mak Lang buatlah maggie, taknak pedas, Mak Lang letak telur, nak udang banyak-banyak"
Sudahnya, tangan saya luka sebab kopek udang beku sebab nak cepat.

1.55AM
Iye, saya ingat sangat waktu tu, baru lepas teman Adhwa makan, saya tidur dan suruh dia tengok Ultraman Tiga kat youtube jer. 
Dah tak mampu nak layan dia main games dah.

Tak tahu jam berapa, Adhwa kejut ..
"Mak Lang, maklang tutup la komputer" Saya dah mereng-mereng dah bangun tutup laptop
"Mak Lang buka lah TV, Adhwa nak tengok cartoon"
Arrghh!!

Saya letak toto kecil, letak bantal..buka TV, bagi remote kat dia.

Baru baring kejap..
"Mak Lang, Adhwa nak selimut"
Arrrghh!!!

Bangun pagi tadi Adhwa takde kat sebelah.

"Dia kata hang marah dia" Kata abah
"Mana ada Ida marah" Saya pertahankan diri saya
"Dak eih, dia duk terlentang kat depan nun, abah dukung lah dia masuk dalam dengan TV dok pasangnya" Ceritanya.. 

Adhwa.. Adhwa..