Friday, December 28, 2012

Ovarian Cyst ( II )

Sambung post lepas..

Petang 23 Disember saya ke PPUM semula, senjanya nurse datang, tarik langsir keliling saya, ajak shave bebulu. Auwww..

Pantas saya cakap "Boleh saya shave sendiri?"
Lebih pantas nurse tu jawab "Boleh!"
Haha, pandai merebut peluang nurse ni ya..

Tak sampai 10 minit, sorang lagi nurse datang, tarik langsir lagi.
"Kita nak masukkan ubat untuk cuci usus, sila baring puan"
Saya baring menurut perintah.
"Tanggalkan kain ya"
"Buat apa?" Kononnya takut nurse ambil kesempatan..
"Kita nak masukkan ubat ikut punggung"
"Boleh saya buat sendiri?"
Jawapan sama seperti diatas "Boleh!"

Sementara boleh bua sendiri ni, apa salahnya kita buat sendiri, kan..

Pagi 24 Disember, doc datang, satu ayat yang buat hati saya bagai henti degupnya, bila doc kata "Kita mungkin akan buang ovari awak ya"

Kata doctor sebab ovari tu besar sangat,dah 6.1cm..

Saya ada tanya doc kenapa cyst tu besar tiba-tiba?
"Puan ada makan apa-apa ubat?"
"Ubat tahan sakit?" Tanya saya
"Selain dari itu?"
"Habbatusauda, vitamin c, pil kurus"
"Biasanya ubat-ubat begitu boleh cepatkan pertumbuhan cyst"
What a surprise!!
Tak sangka pil-pil tu menyumbang kepada tumbesaran cyst..
Tapi saya tak percaya itu kerana habbatusauda!
100% confirm!

Petangnya tekanan darah saya tinggi, nurse kononnya cuba pujuk saya minta saya bertenang,
tapi bagaimana nak bertenang bila kita tahu ovari kita akan dibuang,
Kak ngah kata jangan risau sebab kita ada 2 ovari. Tahu!
Tapi tak kan lah Allah cipta 2 ovari tanpa sebab.

Waktu ditolak ke dewan operation, doc datang untuk verify a few things tentang operation, antaranya tentang persetujuan nak buang ovari,
Agains,
Saya bagitau saya tak setuju untuk buang ovari
Doc memberitahu mereka akan sedaya upaya kekalkan ovari dan buang cyst tu, tapi kalau mereka terpaksa buang cyst itu bermakna cyst tu dah rosak.

Waktu tu, seluruh nyawa saya serahkan pada Allah SWT
100% keputusan saya pulangkan pada Yang Esa.
Tak pernah saya berserah secara total begitu.
Betapa kerdilnya saya rasa waktau itu.
Betapa nikmat perasaan kehambaan waktu itu.
Seketika saya sedar betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai muslim kerana kita ada pegangan.
Ada tempat berpaut.

Sambung lagi..
Penat nak duduk dengan perut masih luka gini ..

Wednesday, December 26, 2012

Ovarian Cyst

Menurut Wikipedia :
 
" An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. Such cysts range in size from as small as a pea to larger than an orange.
Most ovarian cysts are functional in nature and harmless (benign).[1] In the US, ovarian cysts are found in nearly all premenopausal women, and in up to 14.8% of postmenopausal women.[citation needed]
Ovarian cysts affect women of all ages. They occur most often, however, during a woman's childbearing years.
Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter. "
 
Doc diagnose saya ada ovarian cyst ni lepas 3 kali saya ke klinik biasa, lepas doc kata saya bleeding sebab kasar masa having sex, doctor kata sebab balance selaput dara la, sebab period yang tak stable sebab perubahan hormon lah..
 
Bila pergi hospital ( PPUM ) baru tau semua ni sebab PCOS, mula-mula doc try suruh diet dan makan pil perancang (doc suggest kn Diane 35) selama 3bulan. Sepanjang 3bulan tu period cantik, lepas stop tu pun period cam cantik, tapi by october saya sakit kat area rahim, pergi clinic je, lepas bagitau saya ada PCOS doc cadangkan saya ke hospital "Mungkin cyst awak dah makin membesar" Kata doc tu.
 
Disebabkan memang ada appoinment by 7 Nov saya pun tunggu je la, tapi makin lama makin kerap sakitnya.
 
By 7 Nov tu, doc kata PCOS saya mungkin akan hilang secara sebab period saya dah stable tanpa makan ubat, doc mengakhiri kata-kata dengan suruh try mengandung secara normal. Kiranya sampai situ je lah appoinment saya. Sebelum keluar saya bagitau doctor saya kerap sakit side rahim, doc suruh baring dan buat ultrasound, waktu tu la nampak cyst saya dah besar, 5.3+ cm.
Sedih!
.. sebab masa appoinment every month saya minta scan tapi doc refuse. Kononnya cyst tu akan remain kat sana.
Sekarang kata nak operate sebab cyst dah besar.
Menurut doc 5.3 tak lah besar, biasanya mereka akan buang kalo cyst dah 7cm, tapi disebabkan saya dah sakit dan doc kata ini jalan terbaik sebab kami pun plan utk mengandung,..
Takut bahaya bila mengandung nanti.
 
Masa tu baru sibuk nak cari insurans, sebelum ni dah ramai dah cadangkan ambil insuran itu - ini.. tapi disebabkan kebanyakkan officemate saya amik dari Shazhir ni, saya pun pergi lah jumpa. Wow, rupanya kalau ambil insurans 2 tahun lepas, saya mungkin akan dapat RM25000. Wow!!! + dengan cara dia bercakap tak nampak macam nak meniaga sangat! Dia lebih macam nak bagi maklumat dan agak caring. Menurut kawan-kawan saya dia ni cepat respon nya ; Any inquiry, please call Shazhir - 0169022953
Tapi disebabkan saya dah tersangatlah lewat maka seharusnya untuk cyst ni diorang ak cover.
 
By 21 Dec 2012, saya buat a few test itu dan ini untuk persediaan membanteras cyst tu, waktu tu baru doc bagitau dlm cyst tu ada macam dermoid cyst. Maknanya dlm cyst ada cyst lagi. Adoila... Disebabkan saya buat kat PPUM yang half goverment, charge untuk electrocardiogram (ECG), RFT, LFT, CBC, Group & Cross X Match- Blood Transfusion, Chest dan katil untuk sehari adalah RM130.50, Haha..type cam hebat tapi sebenarnya copy dr bill je. Disebabkan kami dah bayar RM500 as a deposi pada awalnya, kami hanya tolak duit deposit tu jer.
 
Sebab saya takde darah tinggi, penyakit jantung dan lelah, saya boleh balik dan datang semula petang 23hb Dec tu.
 
( Panjanglah, sambung eik.. )

Saturday, December 15, 2012

Suatu Pernah ( II )

Bukan awak!!!
Bukan awak seorang saja.
Iya, itu jawapan kalau awak kata post ini untuk awak.
Sebab awak bukan satu-satunya kawan saya yang ;
Yang pernah ditanam dalam dasar cinta..
Yang pernah dikunci di bilik kasih..
Yang pernah dibelenggu sayang..

Ah,  alasan lelaki untuk menawan!
Sewenang menggelarnya cinta..
Tidak mungkin sehina itu cinta!
Mana mungkin!!!

Kata kawan,
Dia sedih,
Tapi..
Dia rela demi cinta..
Ya,
Demi cinta..
Dalam sayu, saya memandang matanya dan mengangguk faham.
Angguk penuh erti.
Penuh faham kawan!
Sepenuh hati.

Bila awak memeluk saya penuh hampa,
Meluahkan rasa hairan kenapa dia ulang dan ulang dan ulang dan ulang..
lagi dan lagi dan lagi dan lagi..
Saya angguk penuh erti.
Mengerti kenapa awak hairan.

Demi cinta,
Awak seolah membiar tubuh lemah kamu itu..
Awak biarkan seolah tiada secebis sayang pada tubuh awak itu,
Pada hati  awak itu..
Pada perasaan  awak itu..
Pada segala milik  awak itu,
Milik mutlak kamu sendiri kawan..

Jauh dalam hati terdetik,
Mana mungkin bisa kamu memiliki cinta,
Kala kamu tak bisa sayang diri kamu sendiri.
Membiarkan pipi kamu ditampar,
Badan kamu ditolak,
Perut kamu disepak..

Apa?
Atas nama cinta?
Haha..
Cinta yang bagaimana?

Saya pernah bercerita pada salah seorang kawan,
Kala saya ditepis si dia,
Saya bangun dan pegang dia..
Saya ditepis lagi!
Saya bangun dan pegang dia..
Saya ditepis lagi!
Saya bangun dan pegang dia..
Saya ditepis lagi!
Saya bangun dan pegang dia..
Saya ditepis lagi!
Saya bagun, cakar dia berulang kali..
Dari sisa tangisan tadi saya tersenyum melihat dia meraung kala menyentuh belakangnya yang berdarah.

Bangga!
Power of women.

"Tak boleh, dia tu kuat!" Kata kawan
Sebab kuat lah saya tak tepis dia..
Sebab kuat lah saya tak tumbuk dia..
Sebab kuat lah saya tak tendang dia..

Sebab tu saya cakar dia, sambil mata pandang keliling,
melihat mug disebelah, melihat remote air cond disana.
Sambil dalam hati membulat nekad!
'Kalau kau balas, aku hentak kepala kau pula'

Saya searching google sambil dengar Suatu Pernah by Fynn Jamal berulang kali.
Rata-rata kata jangan lawan.
Tapi pendapat picisan saya kata, lawan!!
Saya ulang lawan!!
Iye, kawan!
Lawan!!
Walaupun MESTI tak akan menang punya,
Tapi..
Untuk memberi sign yang Aku tak semudah yang kau fikir!

Jika lepas ini kamu ditinggalkannya.
Yakinlah kawan,
Itu kerana dia yakin kamu bukan si alas kaki yang dicari.
Bukan!

PALESTIN ITU JAUH DARI KITA



Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
apabila rumah kediaman digesel trak
harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

Irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

Irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

Tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah           

Fynn Jamal - Suatu Pernah



suatu pernah


verse 1habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...



verse 2dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.



chorusterleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



verse 3takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.



(repeat chorus)


bridge
pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.

tentang cinta yang pernah. lagu ada sini. sila.

Fynn Jamal - Biar



Ayahanda beta ..
Kekasih beta ..

Saturday, December 1, 2012

Alarm Bunyi ( Lagi )

Alarm bunyi!
Bangun tidur dan kejutkan Wan..
 
Kejutkan lagi..
 
Alarm bunyi lagi ..
 
Kejutkan lagi..
Kejutkan lagi..
 
Alarm bunyi lagi..
 
Lagi..
Alarm bunyi lagi..
Lagi..
Lagi..
 
Dan saya cara terakhir adalah ... apa lagi, kan..kalau nak kejutkan si suami di pagi hari ni penuh romantik kan,..
Saya naik atas dia penuh ghairah..
Fikir apa hah?
Saya langkah dia sebab dia tidur side luar dan saya side dinding lah!
Aci gila nak cerita benda gitu kat sini?!
 
Saya buka lampu - keluar - buka TV - baring depan TV
 
Alarm hp saya bunyi, maknanya dah 5.45AM.. Biar!
Alarm hp dia pula bunyi lagi .. Biar!
Alarm hp dia lagi satu bunyi lagi.. Biar!
 
Bancuh-bancuh milo,
 
Alarm bunyi lagi..
 
'Hi'rup milo panas depan TV, wah!!!
Kagumnya, dah lama tak rasa perasaan ini, dulu masa belum bersekedudukan dengan Wan selalu sangat saya bangun 2jam atau lebih, relaks relaks, santai santai depan TV, kemas dapur, masak masak, basuh baju, sedai baju, buat (atau selalunya beli) breakfast, makan dengan abah lepas tu baru la pergi kerja.
 
Tapi sekarang ni semua dah berubah, bangun pukul 5 pun tak sempat lagi nak buat semua tu. Paling sempat pun sidai baju, bancuh milo suam hirup cepat2. Huk huk ~
 
Akhirnya, setelah penat menaip mukadimah sepanjang panjangnya Wan bangun juga jam 6 berapa ntah!
 
Dengan matlamat nak bergembira, saya keluar! Yessza!!!
Bukan senang nak wujud mood dan keizinan Wan dalam masa yang sama.
Best!
Midvalley, here i come!
 
Alarm Bunyi Lagi ..
Oh, kali ni bukan alarm tapi hp, Zura tel tanya duit kutu bila nak bayar!
Cittt..
 
 

Monday, November 26, 2012

Penat

Salam hangat untuk cintamu
Aku yang kandas dan patah hati
Biarlah orang memandang lemah
Aku tak mau bercinta lagi
(Jera - Agnes Monica)
 
 
Saya percaya, cinta itu boleh hilang ;
Semudah  petikan jari,
Selayang debu yang ditiup angin..
Sepantas kerdipan mata.
 
Saya yakin iman saya selemah daya,
Senipis nipisnya,
Serapuh rapuhnya..
Tapi sehabis daya saya buat yang 5 itu,
Sehabis usaha menambah yang 1 itu.
Jenuh selongkar almari demi menutup yang wajib itu!
Kerana itu walau usaha saya setapak, saya sudah lelah se-ela.
Sebab saya dah penat menapak.
 
Saya bukan pelakon hebat,
Diam tika melihat dia berlakon.
Saya tak mampu senyum waktu dia bergebang lancang.
Saya bukan pemerhati itu!
Oleh sebab itu juga saya memilih untuk gadaikan rasa yang konon dipanggil cinta!
Huh, cinta!!!
 
Cukup sudah tanggungjawab yang saya pikul!
Berhenti untuk menambahnya!
Saya bukan sehebat itu untuk menggalas gunung dibahu kiri dikala bukit tersedia dibahu kanan!
Saya tak rela menarik lautan tika sama menolak tasik!
 
Hancur hati,
Kala semua yang saya panggil dunia diam!
Sedangkan kamu adalah segala-galanya untuk saya,
Berkecai jiwa,
Bila kamu sebahagian dari mereka.
 
Pasti ada jawapan yang pasti,
Tapi saya memilih untuk berdiam,
Melihat caturan Allah,
Saya yakin ada jawapan yang pasti.


Friday, November 9, 2012

Dunia Tak Perlukan Awak

Kadang kala kita akan pilih tindakan yang salah semata-mata untuk memaksa orang memalingkan pandangan kearah kita.
Kedengaran agak ketandusan kasih-sayang, bukan..

Percayalah tindakan itu tak kan berjaya.

Dunia tak ingin lakonan sayang,
Dunia tak perlukan mereka yang meminta,
Dunia hanya perlukan awak sekiranya awak memberi..

Hurm, kerana kita tinggal didunia!

Dunia hanya pandang awak bila awak hulurkan gaji setiap bulan,
Dunia hanya akan sedar kewujudan awak bila awak hulur bantuan,
Dunia akan wujud bila awak bergembira.

Ya, saya kunci jawapan saya Abg Aznil!

Wednesday, September 26, 2012

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri

Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Wednesday, September 12, 2012

ke - Annoying - an

Bayangkan..
Bila 1 dunia kata 1+1=2
tapi kita asyik pertahankan 1+1=11

Hurm,
Bila kawan-kawan sibuk perkatakan tentang ke-annoying-an kawan kami ni,
saya terfikir bagaimana kalau dia tak sedar pun apa yang dia buat salah,
dia tak faham kenapa tiap 1-2-3 bulan ada je orang yang block dia.
hari-hari ada je benda merepek yang dia buat yang mendambakan caci maki orang lain.
tu belum kira nama dia di-raise up tiap kali kisah air mata malu ke, luahan perasaan ke, gossip-gossip manja ..

Pendek kata nama dia memang sering bermain di bibir-bibir manja lah!

Masa breakfast tadi kawan kami bersuara,
"Pasal tu lah saya malas nak rapat dengan dia, dari kat u lagi saya buat-buat biasa je"
"Oh, awak satu kolej dengan dia?" Saya ketinggalan seperti selalu
Kawan kami ni angguk malas nak layan orang yang ketinggalan agaknya!
"Dia memang macam tu dari dulu ke?" Tanya yang sangat gossiper!
Kawan kami ni angguk laju, tanda sangat setuju agaknya.

Pagi tadi baru saya dapat tau betapa merepeknya perempuan ni bila dia sanggup stay back sampai jam 1 pagi semata mata nak tau kawan kami ni duduk mana, tak puas hati dia siap sms tanya kenapa kawan kami ni masuk lorong ini, kenapa nak masuk lorong tu .. bla bla bla...
Bayangkan betapa menyibuknya dia?
Sangat!!!

Wednesday, August 29, 2012

Pergi !!!

Jangankan selangkah,
Seinci pun tak kuharap.

Jangankan secawan,
Setitis pun tak ku ingin.

Pergi,
Walau diri dicincang 1000
Tak mungkin aku berpaling.

Tak pernah mungkin.

Pada Ya Rabbul Izati,
Aku merayu agar kau dibinasakan.

Hancur Binasa..
Selamanya.

Wednesday, August 8, 2012

Raya.. Raya... Raya...

Hari ni puasa ke 19!

Wah pejam celik - pejam celik dah 19 hari kita puasa dan malam ni bermulalah 10 malam terakhir.

Hah, sebenarnya setiap malam dibulan ramadhan ni pun ada hikmahnya tapi seperti yang kita sedia maklum diantara 10 malam terakhir ni terletak malam lailatur qadar jadi ketibaannya agak dinanti lah yer..

Lepas 10 malam ni lagi lah tak sabar kita nak tunggu ya, malam raya namanya.
Dah kahwin ni mood nya lain sikit, tambah pula bila kena raya  dia. Ouch!!!

Tambahan pula tahun ni buat pertama kalinya abah dan adik nak raya kat rumah adiknya di Ipoh. Wah!!!
Pengalaman baru tu!

Keputusan abah ni disebabkan ;
- Saya balik Alor Setar, Kedah
- Azura balik Setiu, Terengganu

Berikutan dengan keputusan abah, Abg Chik pun decide nak balik Sg.Petani, Kedah.
Tinggallah Kak Ngah raya kat KL sorang-sorang. Ceh, drama sangat kalau sorang-sorang. Mestilah dengan family dia, kan..
Lagipun family suami dia kat Keramat je.

Mula-mula excited sebab dapat merasa raya kat kampung tapi sekarang mood dah pudar sebab banyak sangat persoalan yang tak terjawab.

Menyebabkan cuti raya yang 9 hari tu pun macam takde erti je.

Moral of the story, kalau dah takdir tahun ni saya raya sorang-sorang kat KL pun. Saya terima cabaran itu penuh syukur.

Tuesday, July 31, 2012

My Hero


There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you

So kalo diberi peluang untuk nyatakan siapa hero dihati kita, siapa yang kita pilih?
Saya pernah ada impian seindah cinderella, mengharapkan suatu hari ada Hero yang akan datang dan bawa saya pergi,
Hero yang akan melindungi saya, menyayangi dengan sepenuh hati,..
" ...and we lived happy ever after. The End. "
Tapi hidup realiti tak seindah itu.
Macam Beby kata waktu chat di FB semalam
"Ko kan ada Allah, Dia pasti tak akan kecewakan kau"
Gosh, macam mana saya boleh terlupa?
Hero yang sebenar adalah ALLAH SWT

Wednesday, July 25, 2012

Instant Frozen Yogurt

Hidangan : 4 Hidangan , 3/4 cawan setiap hidangan 

Masa aktif : 10 minit | Total: 10 minit

Kami suka menggunakan peach beku dicincang, tetapi anda boleh menggunakan beri beku atau apa jua  buah-buahan beku, anda mempunyai pilihan dalam yogurt beku yang ini ultra-cepat yang dibuat tanpa menggunakan mesin pembuat ais krim.

3 1/2 cawan beri beku atau buah buahan lain dicincang kasar (kira-kira 16 auns)
1/2 cawan gula sugar,  sebaik-baiknya yang halus
1/2 cawan yogurt kosongn tanpa lemak
1 sudu besar jus lemon

Campurkan buah-buahan dan gula di dalam pemproses makanan; kacau sehingga dicincang kasar. Masukkan yogurt dan jus lemon dalam cawan pengukur; dengan mesin di atas, secara beransur-ansur tuangkan campuran melalui tiub suapan. Proses itu sehingga licin dan berkrim, mengikis sisi sekali atau dua kali. Hidangkan segera.

Satu hidangan: 159 calories; 0 g fat (0 g sat, 0 g mono); 1 mg cholesterol; 40 g carbohydrate; 25 g added sugars; 3 g protein; 2 g fiber; 24 mg sodium; 241 mg potassium.
 
Copy from yahoo

Wednesday, July 18, 2012

Birthday Wishes

Birthday Wishes, tak lah penting sangat tapi bila ianya dilupakan, mau tak rasa nak jerit kuat kuat?
Bayangkan bila birthday kita, yang ingat hanyalah jobstreet.com. Apakah?
Bayangkan kita berjaga hingga tengah malam, tunggu kul 12 tgh mlm, takde sapa wish..
Buka FB pun takde new notification update.
Selongkar handphone, kot kot la ada yang nak tel, kan..
Haraaammm.. jgn kata nak tel, sms pun takde.

Lepas tu kita tidur dengan harapan ada benda best esok.
! ! !  M  I  M  P  I   ! ! !
Semua orang masih bermimpi dan tak wish..
Jam 1 takde, takpe, takpe.. mereka sengaja lah tu.
Jam 2 takde, takpe, takpe.. mereka busy lah tu,
Jam 3 takde, takpe, takpe.. mereka bergurau lah tu
Jam 4 takde, takpe, takpe.. mereka nak buat surprise party agaknya,
Jam 5 takde, takpe, takpe.. mereka nak siapkan kerja yang masih bersisa kot
Jam 6 takde, erk, mereka .. erk??!

Sudahnya sampai ke 4pagi tadi duk tunggu orang wish tapi hareeemmm!

Haha, sedihnya hidup!
Kesimpulan individu ni boleh buat conclusion bahawa ada kuasa mistik sengaja nak sabotaj dia.
Drama!!

Tu lah yang saya rasa semalam.
Totally loser!

Tipulah kan, walaupun bukan Fasha Sandha tak logik lah kalau xde sapa yang wish,
Tapi saya tak dapat even birthday wishes dari Wan!
Damn sedih!

Friday, July 13, 2012

Rancangan ALLAH

Saya punya impian,
Impian yang dimasukkan kedalam doa,
Bayangkan..
Betapa ikhlasnya saya memohon.

Bila impian saya hadir,
Walaupun baru bayang-bayang,
Saya mula runsing,
Adalah ianya hadiah dari Allah,
atau;
Hanya dugaan untuk membuat keputusan.

Kata dia,
Bagaimana kalau kontrak tak sambung lepas ni?
Kata dia,
Bagaimana kalau tempat itu lebih teruk dari tempat sekarang?
kata dia,
Bagaimana kalau bebanan kerja lebih berat?

Kata saya,
Tak tumbuh, tak melata,
Tak cuba lagi, tak payah nak kata.

Jaripunberkata ; Rezeki milik Allah, saya percaya ada sesuatu yang lebih baik Allah rancang untuk saya !Pasti!

Wednesday, July 11, 2012

Berkurun lama ku rasakan chentaku padamu ...

Mungkin lirik ni dapat meninterpretasikan perasaan meninggalkan blog ni sendirian.
Phuuuihhh,
Cam Hanis Zalikha budget diri ini, kan..
Banyak jer benda nak share,

Tapi share ke tak share ke, ada erti kah?!

Ambil mood!
Ambil mood!
Ambil mood!

Thursday, July 5, 2012

Berhenti Dengar Kata Orang

Orang kata ...
Dengar kata ...
Kata orang ...
Saya dengar ...

Untuk orang yang kurang ketegasan diri macam saya ni lah masalahnya,
Yang suka jadi lalang;

Bila Mak Jemah kata A, saya dah menggelabah.
Betul ke?

Bila Mak leha kata B, saya dah tak tentu arah.
Benar ke?

When it's come to family matter,
Awal-awal dulu (until now pun ada ke sisa saki baki nya)
saya macam ada masalah membuat keputusan,
Nak tentukan priority antara family besar dan family baru saya.
( Even berdua bukan ke nama nya family baru juga ke? )

Bila ada masalah antara family baru dan ditanya oleh family besar saya,
mulut gatal ni mula lah nak mencebik,
walaupun tak cerita, tapi cuba juga nak mengekpressikan perasaan.
Konon!
Bila family besar cerita ini dan itu ..
Mula lah nak setuju, walaupun dalam masa yang sama kita tau kedudukan suami kita.
Hurm..

Tindakan terbaru,
Stay where u are..
Even itu family besar kita,
Tak semestinya apa yang mereka kata tu betul,
Mungkin kerana mereka sayang kita dan cuba bantu bukan keputusan yang menyebelahkan kita,
But still, dalam masa yang sama mungkin keputusan itu bukan keputusan yang terbaik untuk kita, untuk family baru kita, kan.. kan..

Eleh, statement sayang suami lah pula!
Bukan, bukan dan bukan! 
Bukan statement sayang suami,
Tapi bila it's come about suami,
Apa janji Allah pada isteri yang setia?

Tipu lah kalau saya setuju 100% apa yang suami kita buat,
Tapi tak kan lah saya nak buka aib dia pada 1001 orang yang saya jumpa!
Dah kekar sangat ke nak tambah dosa?

Moral of the day;
Bila isteri itu diam bukan bermakna dia menurut suaminya membabi buta;
Dia cuma menutup mulut & laku untuk mengurangkan dosanya.
( sekaligus cuba mengangkat darjat suami dia ke tahap yang lebih tinggi )

Thursday, June 28, 2012

Kulit Perut Yang Sensitif

Sensitif!
Sensitif!
Sensitif!
Perut yang sensitif ni menggedik tau!
Dah berparut dah bekas pakai korset tu!
Kawan saya suruh guna bioever,
Tapi saya nak spend bioever tu untuk guna with maharani dengan kopi garam mineral dia,
Ye la, saya ni bukan sekaya mana, kan..
Hurm, semua ni demi kurus dan baby!

Lepas kahwin ni memang kulit jadi sensitif mengada-ngada,
Bekas jerawat yang dulu seminggu pun leh hilang sekarang dah masuk 2 minggu still kekal bertahtha lagi.
Bekas nyamuk pun!
Arrghh!

Bila kawan saya kata "Ko guna la losyen dulu"
Ting!!!
Tiba-tiba saya teringat Kak Maria,
Dia ni kawan pejabat yang dah pindah ke dept lain,
2 minggu lepas masa jumpa dia, kitorang beramai-ramai sepakat untuk terkejut bila tengok parut jerawat dia dah pudar.
Wah!!!
Lepas sembang-sembang dia bagitau dia guna SkinLab.
Nak cari!
Nak cari!
Nak cari!


Friday, June 22, 2012

Jujur Atau ...

Cik Operator       : Mungkin ada PC Encik yang effected by virus
Mr. Customer      : Ya, ada lebih 50 PC yang kena virus.
Cik Operator       :  (Encik tau tak kami boleh block IP en untuk jawapan berani mati itu?)

Wah, sangat jujur En. Customer ini, mengaku tanpa rasa bersalah!
Hehe..
Saya pun confuse untuk mereka-mereka yang jawab sejujurnya gini,
Adakah itu tandanya mereka ni jujur atau tanda mereka ni sengaja nak perli kita.

Tapi bayangkan kalau benda sama ulang 80 kali.
Tak ke annoying gitu?

Tapi kadang- kadang kesian untuk mereka-mereka yang jujur tanpa batasan sehingga mengundang padah pada diri sendiri.

Contoh situasi ;

Danish                                 : Makanlah, mak Danish masak
Sandha                                : Mak Sandha masak lagi sedap.
Loofa                                   : Rasa ini pula, kek ni adik Loofa buat
Sandha                                : Kek yang adik Sandha buat lagi best
Zalna                                   : Rasa ini pula, koktel ni BFF Zalna buat
Sandha                                : Oh, kurang susu cair, koktel BFF Sandha buat lagi sedap
Sandha bangun dan berlalu pergi dengan perut kenyang
Danish, Loofa & Zalna      : WTF?!!

Mungkin Nora Danish cakap jujur, mungkin juga dia jenis tak nak kalah. Moralnya... tak bermoral!

Thursday, June 21, 2012

Princess Castle For Sales

Princess Castle For Sales
*RM160
* Free postage around peninsular Malaysia
 *can fit up to 3 kids
*come with storage bag
Any query contact Azura

Pok Li

Sejak Wan tahu saya ada blog, merata dia jaja cerita tentang isteri dia ni hebat sangat! Hebat ke? Fitnah dalam masa yang sama memuji diri sendiri. Wan tak kata saya hebat pun, dia cuma cerita betapa saya ni amat pandai membina blog. Erk, berlagak juga ke? Haish.. susah nak pilih kata-kata yang merendah diri untuk orang yang hebat ni. Muntah laju laju!

Bermula dari situ ramailah yang muncul meminta supaya tolong membina blog untuk mereka, tapi yang saya sempat buat blog Pok Li je, Pok Li ni ustaz yang Wan duk mengaji kitab dan tempat Wan melempias kebosanan dan tumpang menghabiskan masa di waktu penat lelah setelah seharian bekerja. Erk, tumpang habiskan makanan juga.


Pok Li ni pengamal perubatan islam merangkap mengamal perubatan alternatif la gitu, disamping itu juga Pok Li ada Homestay, kawasan yang strategik sebab terletak berhampiran dengan UiTM Puncak Alam, dengan Jeram, Kuala Selangor, yang paling penting kawasan dia amatlah berdekatan dengan pasar malam. Wah, kagum lebih pula cerita pasal pasar malam eik. Merepek!


Pok Li ni sempoi sangat, walaupun berjubah, berjanggut tapi dia cakap mendamaikan hati. Wah, ayat.. dia cakap lembut je, kelakar pula tu.. walaupun kadang-kadang saya perlukan translator sebab Pok Li ni pula slang kelate yang agak pekat.
So bila orang semua dah ketawa, saya kena tunggu orang habis ketawa dan "kenapa?" ke, "Macam mana?" ke, "Tak faham!" ke, "Apa dia tadi" ke.. atau soalan-soalan yang seangkatan dengannya. Lepas ada orang tolong translate kan baru la terkedek kedek nak ketawa.Spoil!!!



First time jumpa Pok Li ni waktu kenduri kahwin, lepas 2 hari kenduri kami ke rumahnya, datang makan mee goreng lepas makan ada orang datang, lepas Pok Li rukyah orang tu meracau marah-marah. Siap cakap bahasa siam lagi malam tu, Wan pun tumpang glamour tolong translate kan, pasal Wan ni boleh cakap bahasa siam.

First time tengok orang meracau kena rasuk, tak senang duduk saya duk pindah-pindah kerusi sambil Wan duk ketawa-ketawa. Mana tak risau, dah lah ada sorang perempuan sebelah saya ni ada gangguan juga, tangan dia asyik menggigil je, dan dia tak boleh manage tangan kanan (atau kiri! Lupa!) dia tu. Pula tu dia asyik la duk ikut saya pindah tempat, sebab dia pun takut juga. Tapi, sebenar saya takut dengan tangan dia juga. Habis segala surah saya baca, siap tersasul baca doa makan lagi.

Tapi, sekarang tidak lagi, sekarang kalo lepak rumah Pok Li, siap boleh lepak dengan anak-anak dia makan-makan sambil sembang-sembang lagi. Lantak lah Pok Li duk bertungkus lumus memerangan jin yang jahat tu. Gila hebat! Perasan lagi!

Tuesday, June 19, 2012

Tent Castle For Sales



*RM65 
* Free postage around peninsular Malaysia
 *can fit up to 3 kids
*come with storage bag
Any query contact Azura

Ku Tetap Menanti

Berdendang si anak rantau
Mendayu di angin lalu
Bergema di jiwa raga
Sarinanda buloh perindu

Menanti aku terlena
Terbayang kenangan indah
Bagai hati membawa-bawa
Menyusok jiwa memendam rasa
Ku tetap menanti

Penyanyi alunkanlah lagumu
Penyair hujahkan kata-kata
Pemuzik mainkan bunyi-bunyi
Untuk hati yang pernah dilukai

Menyanyi untuk berhibur
Menghilang duka di hati
Tak rasa seindah rupa
Walau apa yang terjadi
Ku tetap menanti

Annoying Friend

"Aku cakap baik - baik je dengan dia, aku tanya macam mana hari tu tiba-tiba je dia marah-marah aku" 
Lepas tu kita si pendengar setia ni pun urut urut bahu teman dan kata "Jahat betul dia tu, kan.." sambil juih-juih bibir tanda menyampah sangat kat orang yang melukakan kawan kita tu.

Sebelum kita nak point pada orang yang buat kenyataan kena marah tu, ada tak kita terfikir ;
- Kenapa dia kena marah?
- Apa perbualan mereka sebelum tu?
- Bagaimana kawan yang kena marah tu feedback waktu komen?
- Bagaimana intonasi yang digunakan?

Semua tu penting, walaupun secara tak berapa nak langsung ~ kan!

Kita ni sibuk back up kawan kita, tapi kadang - kadang dalam masa yang sama kita sedar kawan kita tu memang jenis annoying waktu bercakap dan agak sarcastic tapi disebabkan dia tu BFF la kononnya terus lupa semua tu atas dasar setia kawan.

Setia lah sangat!


Bukan kisah BFF, saya ngakk punya BFF yang annoying gitu, tapi untuk mengekpresikan perasaan tu supaya dapat memahami dengan lebih mendalam saya guna kisah ini.


Kadang- kadang kita ni terima bulat-bulat je apa yang orang cerita tanpa kaji detail- detail lain.

Monday, June 18, 2012

Boulevard lyrics


I don't know why, You said goodbye
Just let me know you didn't go forever my love
Please tell me why, You make me cry
I beg you please on my knees if that's what you want me to

Chorus:
Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

Just one more chance, Another dance
And let me feel it isn't real that I've been losing you
This sun will rise, Within your eyes
Come back to me and we will be happy together

Chorus:
Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

Maybe today, I'll make you stay
A little while just for a smile and love together
For I will show, A place I know
In Tokyo where we could be happy forever

Chorus:
Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

Chorus:
Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

-Dan Byrd

Wednesday, June 13, 2012

Beautiful Is Pain


Aceceh, seksi lah konon pic ni, kalau cartoon memang lah nampak seksi, tapi kalau realiti ada orang kisah? 
Siapa yang nak kata orang gemuk ni seksi, kan?
Kena fikir 8kali sebelum kata, kan..
Takut nanti van Hospital Bahagia angkut bersama baju bertali.

Oleh sebab itu saya nak mula bertekad,
Untuk lekatkan Premium Beautiful ni kat badan!
Arrrgghh!

Sesak ni, cam kahwin hari-hari pula bila pakai korset hari-hari.
Kak Ngah pernah "Beautiful is pain"
Maknanya, kalau tak penah rasa pain utk beautiful saya tak beautiful ke eik?
Arrgghh!!! 

Lagi hampir dengan raya, lagi berkobar perasaan nak kurus.
Dah lah tahun ni raya kena balik Aloq Setaq,
Dah lah masa balik lepas kahwin hari tu makcik dia tegur 
"Ingatkan hang pilih bini pinggang kerengga, rupanya macam makteh juga"
Gurau ke tu?
Gurau ke tu??
Sangat tuuuttttt 
( Kalau awak fikir tuuuuttt ni refer untuk mencarut, awak silap! Tuuuuttt ni merujuk kepada mengekpressikan perasaan yang takde perkataan )
Manusia ni macam-macam kan, sebab tu saya mengambil keputusan untuk tidak ambil hati makcik dia cakap macam tu, but still kata-kata tu buat saya ingat dan berfikir untuk jumpa dia semula kalau still belum kurus until raya.


Tambahan pula, saya kena jumpa doc gynie by 28 august ( Kalau tak silap! )

Tuesday, June 12, 2012

Petua Suri Rumah Untuk Menurunkan Berat Badan

Rosleeza Afiq Dan Yan shared ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA's photo.


Petua Suri Rumah Untuk 
Menurunkan Berat Badan


1. Lakukan perubahan kecil setiap hari. Anda akan beransur-ansur (tetapi pasti) kehilangan berat badan beberapa kilogram.

2. Lupakan semua hasrat untuk menurunkan berat badan dengan cara yang pantas dan fokuslah kepada perkiraan yang lebih rasional.

3. Jangan duduk di dapur untuk melakukan aktiviti seperti mengira bil, membuat bajet atau perkara yang melibatkan perancangan dan membuat anda berfikir. Ini kerana, jika anda stress, anda mudah mencapai apa sahaja makanan di hadapan anda atau membuka peti sejuk untuk mencari sesuatu yang menyegarkan.

4. Kalau anda rungsing, jangan duduk di meja makan. Anda perlu keluar berjalan-jalan dan menghirup udara nyaman. Jika tidak, anda mungkin akan menghabiskan kekacang atau makanan ringan yang ada di atas meja. Berjalan di luar bukan sahaja akan melupakan seketika soal makan tetapi anda telah mendapat kelebihan tambahan dengan aktiviti senaman.

5. Elakkan perkara-perkara yang membuat anda makan tanpa sedar. Jangan mengadap makanan ringan sambil menonton TV.