Thursday, July 5, 2012

Berhenti Dengar Kata Orang

Orang kata ...
Dengar kata ...
Kata orang ...
Saya dengar ...

Untuk orang yang kurang ketegasan diri macam saya ni lah masalahnya,
Yang suka jadi lalang;

Bila Mak Jemah kata A, saya dah menggelabah.
Betul ke?

Bila Mak leha kata B, saya dah tak tentu arah.
Benar ke?

When it's come to family matter,
Awal-awal dulu (until now pun ada ke sisa saki baki nya)
saya macam ada masalah membuat keputusan,
Nak tentukan priority antara family besar dan family baru saya.
( Even berdua bukan ke nama nya family baru juga ke? )

Bila ada masalah antara family baru dan ditanya oleh family besar saya,
mulut gatal ni mula lah nak mencebik,
walaupun tak cerita, tapi cuba juga nak mengekpressikan perasaan.
Konon!
Bila family besar cerita ini dan itu ..
Mula lah nak setuju, walaupun dalam masa yang sama kita tau kedudukan suami kita.
Hurm..

Tindakan terbaru,
Stay where u are..
Even itu family besar kita,
Tak semestinya apa yang mereka kata tu betul,
Mungkin kerana mereka sayang kita dan cuba bantu bukan keputusan yang menyebelahkan kita,
But still, dalam masa yang sama mungkin keputusan itu bukan keputusan yang terbaik untuk kita, untuk family baru kita, kan.. kan..

Eleh, statement sayang suami lah pula!
Bukan, bukan dan bukan! 
Bukan statement sayang suami,
Tapi bila it's come about suami,
Apa janji Allah pada isteri yang setia?

Tipu lah kalau saya setuju 100% apa yang suami kita buat,
Tapi tak kan lah saya nak buka aib dia pada 1001 orang yang saya jumpa!
Dah kekar sangat ke nak tambah dosa?

Moral of the day;
Bila isteri itu diam bukan bermakna dia menurut suaminya membabi buta;
Dia cuma menutup mulut & laku untuk mengurangkan dosanya.
( sekaligus cuba mengangkat darjat suami dia ke tahap yang lebih tinggi )

No comments: