Friday, December 28, 2012

Ovarian Cyst ( II )

Sambung post lepas..

Petang 23 Disember saya ke PPUM semula, senjanya nurse datang, tarik langsir keliling saya, ajak shave bebulu. Auwww..

Pantas saya cakap "Boleh saya shave sendiri?"
Lebih pantas nurse tu jawab "Boleh!"
Haha, pandai merebut peluang nurse ni ya..

Tak sampai 10 minit, sorang lagi nurse datang, tarik langsir lagi.
"Kita nak masukkan ubat untuk cuci usus, sila baring puan"
Saya baring menurut perintah.
"Tanggalkan kain ya"
"Buat apa?" Kononnya takut nurse ambil kesempatan..
"Kita nak masukkan ubat ikut punggung"
"Boleh saya buat sendiri?"
Jawapan sama seperti diatas "Boleh!"

Sementara boleh bua sendiri ni, apa salahnya kita buat sendiri, kan..

Pagi 24 Disember, doc datang, satu ayat yang buat hati saya bagai henti degupnya, bila doc kata "Kita mungkin akan buang ovari awak ya"

Kata doctor sebab ovari tu besar sangat,dah 6.1cm..

Saya ada tanya doc kenapa cyst tu besar tiba-tiba?
"Puan ada makan apa-apa ubat?"
"Ubat tahan sakit?" Tanya saya
"Selain dari itu?"
"Habbatusauda, vitamin c, pil kurus"
"Biasanya ubat-ubat begitu boleh cepatkan pertumbuhan cyst"
What a surprise!!
Tak sangka pil-pil tu menyumbang kepada tumbesaran cyst..
Tapi saya tak percaya itu kerana habbatusauda!
100% confirm!

Petangnya tekanan darah saya tinggi, nurse kononnya cuba pujuk saya minta saya bertenang,
tapi bagaimana nak bertenang bila kita tahu ovari kita akan dibuang,
Kak ngah kata jangan risau sebab kita ada 2 ovari. Tahu!
Tapi tak kan lah Allah cipta 2 ovari tanpa sebab.

Waktu ditolak ke dewan operation, doc datang untuk verify a few things tentang operation, antaranya tentang persetujuan nak buang ovari,
Agains,
Saya bagitau saya tak setuju untuk buang ovari
Doc memberitahu mereka akan sedaya upaya kekalkan ovari dan buang cyst tu, tapi kalau mereka terpaksa buang cyst itu bermakna cyst tu dah rosak.

Waktu tu, seluruh nyawa saya serahkan pada Allah SWT
100% keputusan saya pulangkan pada Yang Esa.
Tak pernah saya berserah secara total begitu.
Betapa kerdilnya saya rasa waktau itu.
Betapa nikmat perasaan kehambaan waktu itu.
Seketika saya sedar betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai muslim kerana kita ada pegangan.
Ada tempat berpaut.

Sambung lagi..
Penat nak duduk dengan perut masih luka gini ..

No comments: