Sayang,
Aku bukan disini kerana kamu,
Bukan juga kerana dia.
Sayang,
Aku bukan terpaksa untuk disini,
Aku juga bukan dipaksa.
Sayang,
Aku bukan disini kerana lafazmu,..
Lafaz nikah yang kau sumpah.
Kerana aku disini..
Sepenuh rela
Sepenuh hati
Pasti!!
Kerana itu ku ingatkan,
Jangan kau mungkir lafaz sumpahmu,
Kerana aku bukan buta,
Bukan juga aku tuli,
Aku bukan bodoh,
Bukan juga aku dungu,
Ku hanya memandang,
Dan menanam tekad,
Tiba masanya, aku berangkat!
No comments:
Post a Comment