Monday, January 14, 2013

Bicara Bulan

Bicaraku pada bulan,
Tolong simpan kenangan semalam.
Kerana aku tak bisa menyimpannya lagi.
Kerana aku sudah punya dia.

Bisikku pada bulan,
Tolong jangan pernah khabarkan pada mereka,
Kerana mereka tidak akan pernah mengerti,
Sekelumit jiwa yang aku rasa.

Jeritku pada bulan,
Tolong pesan padaku,
Lupakan segala segala kisah lalu,
Campakkan saja segala kenangan lepas.
Kerana ianya tak mungkin menjadi realiti.

Tak mungkin pernah menjadi!


No comments: