Sakit!!!
Merata-rata sakit!
Mungkin sebab tak berpantang sangat.
Saya bantai jer semua!
Buah-buah sejuk je tak berani lepas extra ordinary sejuk menggigil hari tu!
Jadi saya makan buah pun, pilih buah omputih jer..epal besar, buah lai, buah anggur!
Takat makanan-makanan berat tu saya balun je semua!
Mungkin sebab tu bekas operation kat perut ni masih tak sembuh-sembuh lagi, walaupun dah nak masuk 4 bulan dah buat laparoscopy.
Since minggu lepas saya duk sakit kat payudara (auwww.. xpenah guna perkataan ni selama ni!)
Rasa macam bengkak je,..
Dengan duk rasa nak kencing setiap jam nya.
Dengan rasa penuh ni kembungnya.
Walaupun saya tak pernah rasa macam ni masa nak period, tapi saya duk kata 'Mungkin sebab nak period kot' tapi tak payah tanya lah kenapa masa lepas operation pula rasa macam ni, memang saya tak de jawapan.
Tapi waktu google'ing saya baca tanda-tanda ni antara tanda-tanda hamil. Wowww!!! Perasaan nak beli UPT tersangatlah berkobar-kobar, tapi taknak ditipu lagi, mula-mula kawin dulu sebulan sekali mesti nak beli UPT tu, walaupun tiap kalinya hasilnya mengecewakan.
Saya cuba juga baca forum nak cari pasal pengalaman period lepas laparoscopy, tapi tak jumpa pula.. Tak kan lah saya seorang je ada nasib gini.
Masalahnya sekarang, saya nak makan ubat allergic. Mestilah tak berani kalau nak check waktu-waktu tak confirm macam ini,kan..
Jom cari Watson!
No comments:
Post a Comment