Pernah aku fikirkan untuk menemui kamu,
dan khabarkan..
Pernah aku fikirkan untuk menemui mereka,
dan ceritakan..
Pernah aku fikirkan untuk menemui mereka,
dan katakan..
Aku tahu mereka tak tahu,
Aku faham mereka tak faham,
Aku sedar mereka tak sedar,
Kerana itu ingin khabarkan "Hey kawan, hargai dia"
Kerana itu ingin ceritakan "Hey kawan, sayangi dia"
Kerana itu ingin katakan "Hey kawan, cintai dia"
Kerana aku pernah kehilangannya,
Pedih!
Demi Si Pemilik Alam, ianya amat pedih!
Tangisku..
Aku ingin seribu tahun lagi.
Walau dia tak bisa bersuara,
Walau dia tak punya daya,
Raungku..
Aku ingin masa lagi.
Baring-bangkit disisinya,
Usap-peluk tubuh lemahnya.
Walaupun dia tetap dijemput pergi,
Ketahuilah kawan,
Perasaan ini perit sekali.
Kerana..
Separuh hidupku dibawa pergi bersama MAK
No comments:
Post a Comment