Monday, April 23, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang

Hujung minggu yang panjang!! bermula dari hari jumaat, saya ke Puncak Alam. oleh kerana saya menggunakan public transport hari saya sangatlah panjangnya, dari opis ke LRT Bangsar, tunggu bas ke Shah Alam, dari Shah Alam ke Puncak Alam, sampai ke Puncak Alam, Wan nak try cafe baru kawan dia a.k.a owner rumah yang kami tinggal dihujung minggu. 

Mancing Puyu di tengah Paya,
Bawa Bekalan Air Kelapa;
Kalau Singgah Ke Alam Jaya,
Layar Cafe Jangan Dilupa.

Yessza, itulah nama dia, Layar Cafe, dia baru bukan cawangan ke-4 di Alam Jaya, lokasinya berhampiran dengan Econsave Alam Jaya.

Baik mereka suami isteri ni, bukan hanya tumpangkan kami di rumah yang siap dengan barang-barang tu saja, tapi mereka suami isteri juga bela anak terbuang, buat masa ni dah ada 3 orang yang mereka pelihara. Yang terbaru mereka sediakan tingkat atas kedai mereka untuk kegunaan Pusat Tahfiz ... nama tahfiz tu dah lupa! cerita Wan pusat tahfiz ni dah lama wujud di Fasa 2, Puncak Alam tapi tempat terhad, sebab tu lah mereka cari kawasan baru dan pemilik Layar Cafe ni sediakanlah tempat.

Dengarnya mereka sedang cari penaja untuk carpet, PA system dan birai, untuk sesiapa yang nak menderma sila hubungi ..no pun saya tak de buat masa ni (-_-)


Update : 
Phone Number Layar Cafe : 0173568840


** Kalau nak buat tempahan sekitar Lembah Klang pun boleh contact number ni juga.

Apa lagi yang panjangnya hujung minggu saya? Nanti saya update.

No comments: