Pada hari sabtunya, kami mulakan hari sedikit lewat, jam 11pagi baru keluar, teman Wan buat kunci rumah, lepas tu kami ke Layar Cafe, makan ikan keli bakar. Wah..
Kebetulan berada dikawasan Econsave, kami beli barang-barang nasi lemak untuk masak sebagai juadah sarapan pagi esok. Haha, tipu itu amalan setan!
Yang sebenarnya barang-barang nasi lemak untuk Kak Saba, sepupu Wan masak. Wan duk terkenang-kenang je nasi lemak sepupunya sejak makan buat kali pertamanya sebulan yang lalu.
Petangnya kami ke Kampung Bukit Hijau, pada mulanya kami memancing dengan sangat bosan,berbekalkan buah anggur balance Econsave dan air mineral water, saya mula jelling-jeling dan bagi hint nak memancing juga. Sama ada Wan fikir saya takde kualiti sebagai pemancing ataupun Wan ingat saya tak berminat.
"Tanam pinang rapat-rapat,
Agar Senang Puyuh Berlari,
Kutunggu-tunggu tak dapat dapat,
Kupujuk-pujuk ku pancing sendiri"
Lepas Wan pasangkan umpan saya mulakan skil, mimpi lah kalau dapat, kan...Tapi usaha itu tangga kejayaan, sejam agaknya say tunggu. Yes, ikan pertama berjaya dinaikkan.
"Sayang!"
"Sayang!"
"Sayang!"
Beriya-iya saya panggil dlm keadaan berbisik tapi kuat, sure buruk gila suara waktu tu.
Wan pulak steady je pandang sungai, konon tumpukan perhatian lah tu.
Dan..
Saya melihat dengan jelas ikan tu jatuh dari pancing dan lompat-lompat dengan sangat gembira masuk ke sungai.
Arrrrgghh!!
No comments:
Post a Comment