Monday, April 30, 2012

Tuntutan Ambiga

Sunday, April 29, 2012

Saya Adalah Lalang Yang Cintakan Keamanan

Bersih? 
Bersih sangat ke?
Bila online sume pakat post itu dan ini,
yang pro bersih dan pembangkang..
Salahkan polis juga penyokong!
Siapa yang salah?
Pada saya yang salah adalah mereka yang berfikir itu salah! dan yang betul mereka yang fikir itu betul.
Mudah bukan?

Duduk berdemo.
Tolong bagitau saya berapa orang yang cuma duduk?
Makanya berjayakah demo ini?

Iya, saya adalah antara masyarakat yang selesa di lingkaran saya sendiri,
saya adalah masyarakat yang taknak berubah.
Itu saya!
Saya adalah antara masyarakat yang mampu solat dibumi Malaysia,
Saya adalah antara masyarakat yang boleh jumpa surau dimana-mana shopping mall di Malaysia.
Saya adalah antara masyarakat yang mampu dengar bacaan Al-Quran di masjid rumah saya.
Sesuatu pengalaman yang masyarakat Pulau Pinang tak mampu lakukan atas alasan islam itu toleransi.

Pada hari bersih 3.0 tersebut saya dan Wan ke Bukit Hijau, kami memancing haruan, petangnya kami rushing ke Taman Medan untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, seketika saya membayangkan "Kalaulah nikmat ini pun ditarik" related dengan kisah surat biadab minta menghentikan azan subuh dikawasan Puchong.

"Kita sibuk berdemo, bergaduh sesama sendiri, bangsa lain tepuk tangan"
Itu kata arwah mak waktu kes Anwar dengan reformasinya dulu.
Dan hingga kini saya lihat ianya masih lagi relevan.

Apa yang Rasulullah buat untuk mengubah masyarakat jahil waktu mula-mula dia mendapat wahyu Allah?
Dia balik dah khabarkan pada Khadijah, 
Berapa lama islam disebarkan secara senyap?
Bukankah Rasulullah SAW sebarkan agama ini hanya pada ahli keluarga dan masyarakat berhampiran sebelum kepada oang luar?
Bukankah ini strategi yang dilakukan oleh Rasulullah?

Lupa dari mana saya dengar;
Ubah dunia kalau kamu mampu,
Kalau tak, cukuplah dengan ubah negeri kamu,
Kalau tak, ubahlah masyarakat keliling kamu,
Kalau tak, ubahlah keluarga kamu,
Kalau itu pun tak mampu, ubahlah diri kamu.

Bayangkan kalau benar pilihan raya kita tak bersih, bagaimana UMNO boleh menang sipi?
Bagaimana Selangor boleh jadi milik pembangkang?

Tidak!!
Saya bukan pengikut UMNO mahupun PAS ataupun PKR,
Saya adalah pendaftar yang tak pernah mengundi,

Saya Adalah Lalang Yang Cintakan Keamanan.

Wednesday, April 25, 2012

Apakah aku layak bergelar Muslimah?

Aiman Azlan
 ‎"Apakah aku layak bergelar Muslimah?"
Saya kurang faham dengan soalan ini. Konteks yang diberikan membuatkan saya fikir seolah-olah "Muslimah" itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai.
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah.
...
Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang janggutnya.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Muslimah itu seorang perempuan Muslim. Full stop.
 

Pameran Kesihatan & Kecantikan @ Menara KL


I Love Moo Cow

Malam tadi, waktu balik dari Shogun kami melalui kedai yang ada bunyi lembu duk moo-moo, dahla kuat bunyinya.
Gila publisiti tau lembu tu!


Shiqah tiba-tiba cerita "Awak nak tau tak, yang orang tu sembur tu esok carpet dia tumbuh rumput"
Refer pada pekerja I Love Moo Cow yang tengah sembur sabun ke anti septik ke..kat carpet dia guna tong yang dia galas kat belakang badan macam orang sembur racun tu.


Lebih kurang macam ni la alatnya.
Saya yang jujur dan naif ni pun dengan nada sangat kagum dan ala-ala nak percaya terus tengok pada carpet yang color hijau siap ada dot-dot color hijau gelap pula tu.



"Oh, ye ke?"
Tiba-tiba Dhan, boss kami ketawa.
Confirmlah saya kena tipu, kan..untuk coverline terus saya bersuara.
"Tipu!" So dengan cara tu takde lah nampak saya nk kena tipu.
Erk, yeke?

Hujung Minggu Yang Panjang IV

Petang ahadnya waktu makan ikan puyu goreng sambal cili padi tu, ada customer Wan datang pulangkan kereta, saya yang pick up phone, ambil kunci dari mereka, lelaki tu minta nak jumpa Wan, punyanya kemut saya ni, saya bagitau "Wan tengah makan, boleh tunggu kejap?" sambil masuk rumah dengan jujurnya.
Saya bagitau Wan yang diorang tunggu kat luar, bila Wan kata "Ajak diorang masuk makan" baru saya terfikir betapa merepeknya saya.

Lepas makan dan cuci-cuci mereka bersembang tentang event apa ntah, saya masuk bilik solat asar, lepas solat saya dengar Wan baca ayatul qursi, saya cepat-cepat capai tudung dan keluar, isteri lelaki tadi kena rasuk. Wan ni tak lah pandai mana pun, tapi dia ada bantu-bantu Ustaz Rosly, pemilik Terapi Islam Nurun Nubuwwah di Shah Alam 2. Scary bila Wan duk bagi salam tapi perempuan tu tak nak jawab, Wan suruh mengucap kalimah syahadah pun dia tak nak layan. Dia keep menangis dan dalam masa yang sama tak nak pandang Wan.

Lepas Wan baca surah- surah lazim dia muntah, yang peliknya dia muntah color hijau, sedangkan dia baru lepas makan nasi.

Wan minta suaminya pergi jumpa  Ustaz Rosly, pemilik Terapi Islam Nurun Nubuwwah di Shah Alam 2 tu, Wan kata 'benda tu' still ada dalam badan isteri dia,  tapi tu Wan cuma usik-usik je.

Petangnya kami pergi memancing lagi!

Tempat yang sama tapi ikan tak sebanyak paginya. Tapi ikan petang ni version besar-besar. Saya berjaya tangkap 4 ekor. 
Kagum dengan diri sendiri~

Malamnya kami jumpa kawan-kawan Wan, waktu duk bersembang Wan kata dia tak sangka saya nak pergi memancing, tapi yang lecehnya ada 4 perkara;
1. Kena letak umpan
2. Kena keluarkan ikan dari pancing
3. Mata kail sangkut
4. Buang pacat

Pacat?! 
2kali saya kena gigit pacat!
Arrrghhhh!




Dibelanjain Di Shogun Saisaki II


Wah, ketat perut sampai hari ni, kenyang bangat seeehhh ~
Buat kali pertamanya saya tak breakfast.
TQ Boss!!
Waktu kami diberitahu kami hanya boleh makan dalam masa 2 jam setengah je sebab kami sampai jam 8.30 dan mereka akan tutup jam 10.30mlm.
Akak kecewa, nokk..
Apa? mana cukup 2 jam setengah.
Tapi hakikatnya..











( big thanks pada Shiqah sebab sudi pinjamkan gambar )


Minta ampun ye, semua ni bukan saya yang makan,..
( ayat cam nak bagitau makan sikit )
Tapi sebenarnya banyak lagi yang saya makan tapi tak ambil pic.
Berbalik pada perbincangan kita sebentar tadi...
Jangan nak gila cik kak!
Tamak itu amalan setan nirojim!

Hasilnya..
Ketat perut!
Malam tadi masa nak tidur saya dah risau, perut saya cm nak pecah!


Matilah macam ni..
Matilah macam ni..
Matilah macam ni..


Masa ajar Adhwa (anak buah) baca doa tidur dan 2kalimah syahadah tiba-tiba saya terfikir, kalaulah mati malam ni, buat malu je, orang kat Palestin sana mati sebab tak makan, saya mati sebab lebih makan dan ...


Alhamdulillah, saya masih bernyawa dipagi ini.
Terima Kasih Tuhan!

Tuesday, April 24, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang III

Pagi ahad lepas bangun subuh saya dah tak dapat tidur. Ambil kau!
Kalau kat rumah sendiri boleh lah nak kemas-kemas segala benda.
Ni kat Puncak Alam, mati kutu lah, lepas golek -golek, golek-golek.. 
Peluk Wan konon-konon nak kacau tapi dia macam main sedap je tidur.
Pukul 7 lebih Kak  Saba mesej bagitau nasi lemak dah siap masak.
Hah, maknanya saya tak payah tolong masak lah, kan..
Suka!
Kejut Wan dengan jayanya!

Nak keluar rumah tu Wan tanya "Nak pergi mancing tak lepas makan?"
"Nak!" Saya jawab dengan penuh confident.
Wan ketawa sebab saya macam poyo.
Poyo lah sangat, saya teringat ingat yang lompat-lompat semalam tau tak!

Waktu cuci pinggan kat rumah Kak Saba saya dengar Wan bersembang dengan Kak Saba, Wan kata bukan nak ikan sangat pun, Wan sengaja nak ajar saya untuk bersabar.
Maknanya apa? Maknanya saya ni tak sabar ke? i sentap yeeeeww ~

Hasilnya, dari jam 11 lebih sampai 2 lebih kami berjaya memancing 52 ekor,dan lapannya dari saya!
Bukan sebab saya tak terror, tapi style ikan puyu ni makan susah sikit, dia cuit-cuit sikit gitu, kalo yang betul-betul besar ke yang makan umpan tu kata Wan tapi kadang-kadang bila bola merah (apa ntah nama dia) dah tenggelam dan saya sentak pancing still tak dapat juga ikannya. 
Tak paham betul!


Ikan ni Wan kata dia yang pancing tapi saya rasa saya yang pancing
Gelap lah pula. Nampak tak tak tangan yang sedang siang ikan tu.
Seharusnya itu bukan milik saya!

Kisah haruan pula, Wan kata jangan rentap terus, biar dia makan betul-betul dolu. Huh, bila masanya nak tau dia makan betul ke tak?
Seekor je ikan haruan yang saya berjaya bawa naik. tu pun kebetulan, saya nak angkat pancing sebab lama sangat menunggu, tiba2 berat, bila sentak naik, uiks, ada ikan!
Haruan pula tuh!

Jam 2 lebih kami balik, ikan-ikan tu masak sambal cili padi, waktu tengah makan ada orang tel Wan, dia nak pulangkan kereta sewa, Wan suruh ajak diorang masuk makan.

Rezeki Allah namanya tu..

Dibelanjain Di Shogun Saisaki

Yes, yes.. 
Malam ni boss kitorang nak belanja kat sini



Suka ka ka ka ~
Walaupun tak pernah masuk tapi ok la la la ~
Yes, itu mood nak menyanyi!!
Walaupun mulanya rasa bersalah sebab harganya, tapi Shiqah kata "Alang-alang orang nak belanja, bedal je"
Maka saya menyimpan ayat tu sebagai kata perangsang.


Walaupun ada diskaun tapi lepas + tax, harganya jadi RM54.25 nett.
Disebabkan tak bayar sendiri, abaikan tentang itu.

Monday, April 23, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang II

Pada hari sabtunya, kami mulakan hari sedikit lewat, jam 11pagi baru keluar, teman Wan buat kunci rumah, lepas tu kami ke Layar Cafe, makan ikan keli bakar. Wah..

Kebetulan berada dikawasan Econsave, kami beli barang-barang nasi lemak untuk masak sebagai juadah sarapan pagi esok. Haha, tipu itu amalan setan! 
Yang sebenarnya barang-barang nasi lemak untuk Kak Saba, sepupu Wan masak. Wan duk terkenang-kenang je nasi lemak sepupunya sejak makan buat kali pertamanya sebulan yang lalu.

Petangnya kami ke Kampung Bukit Hijau, pada mulanya kami memancing dengan sangat bosan,berbekalkan buah anggur balance Econsave dan air mineral water, saya mula jelling-jeling dan bagi hint nak memancing juga. Sama ada Wan fikir saya takde kualiti sebagai pemancing ataupun Wan ingat  saya tak berminat.


"Tanam pinang rapat-rapat,
Agar Senang Puyuh Berlari,
Kutunggu-tunggu tak dapat dapat,
Kupujuk-pujuk ku pancing sendiri"

Lepas Wan pasangkan umpan saya mulakan skil, mimpi lah kalau dapat, kan...Tapi usaha itu tangga kejayaan, sejam agaknya say tunggu. Yes, ikan pertama berjaya dinaikkan.

"Sayang!"
"Sayang!"
"Sayang!"

Beriya-iya saya panggil dlm keadaan berbisik tapi kuat, sure buruk gila suara waktu tu.
Wan pulak steady je pandang sungai, konon tumpukan perhatian lah tu.

Dan..

Saya melihat dengan jelas ikan tu jatuh dari pancing dan lompat-lompat dengan sangat gembira masuk ke sungai.

Arrrrgghh!!

Hujung Minggu Yang Panjang

Hujung minggu yang panjang!! bermula dari hari jumaat, saya ke Puncak Alam. oleh kerana saya menggunakan public transport hari saya sangatlah panjangnya, dari opis ke LRT Bangsar, tunggu bas ke Shah Alam, dari Shah Alam ke Puncak Alam, sampai ke Puncak Alam, Wan nak try cafe baru kawan dia a.k.a owner rumah yang kami tinggal dihujung minggu. 

Mancing Puyu di tengah Paya,
Bawa Bekalan Air Kelapa;
Kalau Singgah Ke Alam Jaya,
Layar Cafe Jangan Dilupa.

Yessza, itulah nama dia, Layar Cafe, dia baru bukan cawangan ke-4 di Alam Jaya, lokasinya berhampiran dengan Econsave Alam Jaya.

Baik mereka suami isteri ni, bukan hanya tumpangkan kami di rumah yang siap dengan barang-barang tu saja, tapi mereka suami isteri juga bela anak terbuang, buat masa ni dah ada 3 orang yang mereka pelihara. Yang terbaru mereka sediakan tingkat atas kedai mereka untuk kegunaan Pusat Tahfiz ... nama tahfiz tu dah lupa! cerita Wan pusat tahfiz ni dah lama wujud di Fasa 2, Puncak Alam tapi tempat terhad, sebab tu lah mereka cari kawasan baru dan pemilik Layar Cafe ni sediakanlah tempat.

Dengarnya mereka sedang cari penaja untuk carpet, PA system dan birai, untuk sesiapa yang nak menderma sila hubungi ..no pun saya tak de buat masa ni (-_-)


Update : 
Phone Number Layar Cafe : 0173568840


** Kalau nak buat tempahan sekitar Lembah Klang pun boleh contact number ni juga.

Apa lagi yang panjangnya hujung minggu saya? Nanti saya update.

Wednesday, April 18, 2012

Snow Flake Malaysia

Petang semalam waktu duk balas-balas post dengan Kak Lyn kat facebook tiba-tiba Kak Lyn tanya bila nak keluar dengan dia. Setelah berjaya pujuk Wan dengan manjanya, akhirnya kami ditemukan juga oleh takdir dan usaha yang gigih. Mula-mula jumpa kat Subang Parade dan kami terus menuju ke jalan yang besar.

No. 61A, 1st Floor, Jalan SS15/8A, Subang Jaya, 47500, Selangor  47500
017-5837322

Bersama-sama Batrisya (anak sulungnya), kami pun makan dengan senang hati. Yessza..



Mangkuk dia besar gila hokkey ~ memang azab la nak habiskan. puas keluar 18 kisah artis femes kami umpatkan tapi still juga tak habis. makanan ni ala-ala ABC kita kot, tapi ingredients kat atas dia tak sama la dengan ABC kita, tapi kalau ada makcik-makcik yang rajin dan kreatif rasanya benda ni dah wujud dah kot kat dapur-dapur rumah makcik mana ntah.

Lepas habis mangkuk ni saya still tak puas hati sebab tak makan benda panas. Oh, rupanya menu no 15 ada 'mix any three' yes, yes.. mereka bagi peluang untuk kita mengada-ngada! saya pun minta taufu faa, dengan gula merah dengan mata ikan. Yess, Sudah Ketemu Menu Malaysia!

Sedang makan Batrisya minta ikan salmon, Kak Lyn pun dengan tegar ajak pergi Kelab Shah Alam, berbekalkan duit claim LHDN, saya pun melangkah dengan bangganya. saya order lamb chop, sangat menarik,. senak gak nak habiskan! tak sampai 1/2 jam, Batrisya tak nak habiskan salmon dia, saya cuba membantu dengan penuh rela. 

Balik tu waktu chatting dengan Baby (adik Kak Lyn) ;
"Oh, birthday celebration ya" Kata Baby
"A'ah, birthday Kak Lyn! Lupa!!! Dahlah Kak Lyn belanja"
"Kejamnya kau!"

Friday, April 13, 2012

Check BMI

Dia kata Body Mass Index (BMI) merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan. BMI merupakan suatu rumus matematika dimana berat badan seseorang (dalam kg) dibagi dengan tinggi badan (dalam cm). BMI lebih berhubungan dengan lemak tubuh dibandingkan dengan indikator lainnya untuk tinggi badan dan berat badan.

Seseorang dengan BMI 25-29,9 dikatakan mengalami kelebihan berat badan (overweight), sedangkan seseorang dengan BMI 30 atau lebih dikatakan mengalami obesitas.


Lupa ambil ini kat mana!


Tak!
Ini bukan BMI saya.
So, mari diet!

Thursday, April 12, 2012

Disumpah

After breakfast saya dapat sms dari my friend "Awak rasa xxx <refer utk ex-boyfie dia> tu kena sumpah saya ke?"

Hurm, tak pasti wujud element ni dalam islam atau tak, kalau tak silap orang hindu panggil ianya sebagai karma, dan di barat pepatah what goes around comes around sangat popular. Tapi, saya percaya apa yang kita buat kat orang kita akan dapat balasan. Sama ada kita sedar atau tidak, terpulang..
Tapi saya yakin, untuk mereka yang berfikir, pasti ada sesuatu yang dapat dipelajari dari hari-hari yang dilalui, bukankah ALLAH dah kata tiada 1 pun yang dicipta dengan sia-sia.

Oleh sebab tak syiok nak ngumpat kat sms, saya reply dengan sms yang agak santai "Wish nak sumpah org jadi emas, pas2 sy kikis2 gi jual, pas2 benda pertama yang saya nak cari adalah handbag coach, mesti saya bleh beli tanpa rasa bersalah"


Monday, April 9, 2012

Lalang

"Woi,org mcm ako; kami sengaja kosongkan jiwa kami ni tau, psl otak kami dah penuh dgn bullshit politik yang hangpa dok main ni"

Cinta Menghilangkan Rasa Lapar

saya dh bukti,walaupun dari malam ke siang ke malam balik sy sudi duduk rumah bersama awak dgn gembiranya,berbekalkn yong tau fu,megi goreng dan nescafe 3 in 1. Hari ni saya percaya: cinta mampu menghilangkn rasa lapar

Disebabkan post ini di facebook, Wan duk ketawa dari Puncak Alam hingga ke Petaling Jaya. 
Eleh, suka la tu..