Saturday, February 19, 2011

Salah Akta Rupanya : Akta Jenayah Cyber 1997



Nak sambung mengumpat fasal Miss.D, dalam entry lepas saya dah share fasal Miss.D terhantar email yang sepatutnya dia nak forward pada saya kepada MCMC kan.. sehari selepas tu (which is kelmarin) MCMC dah balas email dia..

Sambil menyibuk boleh lah kita belajar something, kan.. tapi yang salahnya akta yang saya daan Miss.Z search tu cam salah sikit, rupanya kes tu under Akta Jenayah Cyber 1997  . So, kalau ada dapat SMS yang rasa diri terancam kita sepatutnya tahu ada akta yang lindungi kita, dan mungkin kita (atau saya seorang je ) tak tahu kalau SMS tu menyakitkan hati atau rasa terganggu pun still ada akta yang lindungi kita!


----- Original Message -----
From Aduan SKMM <aduanskmm@cmc.gov.my>
Date Wed, 16 Feb 2011 10:05:37 +0000
To " **Miss.D** @bluehyppo.com" <**Miss.D**@bluehyppo.com>
Subject aduanskmm@cmc.gov.my

 
Tuan/Puan,

Terima kasih di atas aduan/maklumbalas anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Berhubung permasalahan hacking, ia dibawah Akta Jenayah Cyber 1997 iaitu dibawah bidang kuasa pihak Polis. Tuan/Puan boleh membuat laporan kepada pihak Polis berhubung perkara tersebut.

Untuk makluman, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Oleh yang demikian, sekiranya tuan/puan menerima apa-apa kandungan komunikasi yang mempunyai elemen-elemen tersebut di atas, tuan/puan bolehlah mengemukakan aduan kepada pihak SKMM dengan menyertakan butir-butir berikut untuk diambil tindakan:


1.    Penjelasan terperinci berkenaan aduan yang dikemukakan dan bukti yang menunjukkan berlakunya sebaran tersebut mengunakan saluran apa bagi menyokong dakwaan pihak puan.
2.    Maklumat lengkap diri pengadu (Nama Penuh, IC No. Alamat Kediaman, Nombor telefon yang boleh dihubungi.
3.    Sebaran Menggunakan Emel
-      Emel asal yang diterima atau disebarkan
-      Internet header bagi emel tersebut
4.    Sebaran menggunakan laman web/internet
-       maklumat yang diperlukan adalah URL/ Link bagi kandungan/artikel/komen/petikan yang dimaksudkan
-       Cekupan skrin URL/Link yang dimaksudkan
5.    Bagi gangguan menerusi talian mobile
- Salinan SMS/MMS /Rekod kandungan percakapan atau video/ Rekod kekerapan panggilan yang diterima beserta masa dan tarikh yang diterima beserta masa dan tarikh
-      Nombor telefon yang membuat gangguan
-      Nombor telefon yang menerima gangguan
-      (Bagi panggilan daripada “Private No/ Withheld” rekod masa panggilan berserta tarikh adalah diperlukan)
6.    Sesalinan laporan polis untuk sokongan.
*Pengadu adalah dinasihatkan untuk menyimpan bukti tersebut sepanjang tempoh siasatan dijalankan dan bersetuju menyerahkan telefon berserta simkad sebagai bahan bukit dari pihak pengadu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan*

Diharap tuan/puan dapat memaklumkan maklumat yang diperlukan kepada pihak kami dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh emel ini dihantar. Sila hubungi kami sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm)


Sekian terima kasih. 
Yang benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor


No comments: