Ngantuk!!
Malam tadi tidur jam..hurm, xtengok pun jam waktu tu, terus tidur tapi pastinya dah lewat sangat. Saya dan Miss.Z teman Miss D ke IPD PJ (untuk isu yang sebelum ini) lepas kerja semalam. dari jam 6 petang di IPD PJ dilayangkan ke Balai Polis TTDI sebab Miss D kena jumpa I.O .. Singkatan untuk apa? Entah.. tapi saya dan Miss.Z agak ayat tu refer pada Investigate Officer. (READ : Pegawai Penyiasat rasanya lepas diterjemahkan sebab title tu agak popular)
Yang menariknya waktu pegawai polis di IPD PJ bagitau kes tu ada 3 akta yang terlibat - Akta Komunikasi dan Multimedia , Akta Jenayah Siber (which is we already knew!) dan Akta Jenayah! Akta Jenayah? Iye, sms-sms busuk dia tu mengandungi ugutan ugutan yang diletakkan dibawah akta jenayah! Dan yang lagi menarik sebab Miss.D setuju untuk teruskan laporan itu. Go Go Power Puff Girl!! Saya yang duduk kat belakang bersama Miss Z beriya iya berdoa supaya Miss D yang sebelum tu keep repeating ayat ayat solehahnya such as "Saya nak ingatkan dia aje" "Saya dah maafkan dia" "Saya tak kisah tentang tu, saya boleh maafkan dia" akhirnya bersetuju untuk teruskan aduan. Ini semua mungkin hasil suara Cik Pegawai Polis yang penuh berwibawa ( Syabas Inspector Shahab! tapi.. dia bukan inspector rasanya! )
Tipu lah kalau saya tak simpati pada Mrs Honey Money tu.. Kesian, sebab dia perempuan macam kita juga, bayangkan kalau apa apa jadi, siapa nak tanggung anak dia? Menurut Miss.Z , kalau sabit kesalahan Mrs Honey Money tak boleh kerja dalam bidang IT/network/system dan apa apa yang related dengan internet lagi rasanya..Hah, kan dia kerja dalam bidang tu.. kalau jadi apa apa, siapa nak layan suami kesayangan dia tu? Tapi bila teringat cara dia tu.. moral dia yang sangat nipis, emosi saya langsung tak keruan!! Emosi saya yang tak keruan ni apa hal?
Itu lah, sebelum buat hal kena lah guna akal yang waras, mentang mentang lah sebelum ini Miss D diam je.. Kamu datang serang kat rumah, jerit jerit macam nak masuk Pertandingan Bintang Radio (REPEAT : Pertandingan Bintang Radio??!) malukan dia kat kawan rumah dia. Apa semua tu? apa? apa?? Yang tak boleh blah kamu kaitankan kami kami yang tak berdosa ni.. Kami tak bersalah! Kami insan yang lemah! And the most important thing! KAU SABOTAJ AKU!!! Memang silap besar lah dear, mestilah saya gunakan bakat meracun minda yang telah saya miliki sejak azali, kan.. nasib baik Miss.D dengar nasihat kami,. simpan semua bahan bukti! E-mail je yang Miss.D terdelete! hampeh!!!
Jadi malamnya kami berkampung dirumah saya untuk email maklumat selanjutnya ke SKMM, nampaknya sangat bersemangat Miss D kali ini, mungkin benar kata orang orang dulu "air yang tenang jangan disangka tak ada buaya"
** Sempat pula Miss Z berjejak kasih bila tersedar salah seorang pegawai polis tu kawan sekolahnya.. Siap bertukar tukar no lagi.. (READ SLOWLY : siap sms-sms-sms lagi malam tadi..) MIOWWW ~
No comments:
Post a Comment